Wednesday, May 22, 2013

Love & Marriage







i'm far from perfectionist. 
i'm not looking someone who perfectionist
Yasmin Mohaged is such an inspire me in many way
so, i dediced to start change my self first.

Monday, May 20, 2013

Pangil Nama




Pagi ni sangat tenang. Maka bila hati tenang, aku rasa aku nak menulis pun tanpa mengikut  perasaan. Personaliti orang ni berbeza-beza. Ada yang jenis tak kisah dan ada jenis yang kisah dan mementingkan personaliti. Sebab tu dunia ini indah sebab ianya dipenuhi dengan orang-orang yang pelbagai perangai.

Aku Cuma nak cerita pasal 'call name'. Bagi contoh paling mudah aku sendiri. Kadang-kadang orang confuse (in term of kerja) nak panggil aku 'Cik' atau 'Puan'. Actually dua-dua ni aku tak kisah. Tapi kalau panggil 'Puan' (selalu sangat) aku rasa lebih dihargai. Bukan bermakna aku bajet bagus dan berlagak kan. Tak, sebab aku rasa satu part tu aku dah selamat. Maknanya kalau orang panggil 'Cik' mean orang tu bujang lagi dan ada peluang untuk di 'tackle'. Ok lah, bukan bermakna aku bajet bagus sangat (lagi) sampai tak bagi orang takcle. Cuma ada rasa sedikit inferior sebab kita tak kahwin lagi. Maka bila orang panggil 'Puan' aku rasa conversation tu tak mengarut. Mungkin juga dengan panggil 'Puan' berkali-kali doa tu cepat sikit sampai kan.

Macam di University, aku punya lecturer ramai yang ber title 'Doktor (phd)'. Malah ada yang Profesor (full) yang mengajar aku. Kalau Profesor Madya (PM) masih lagi tak kisah nak panggil diaorang Doktor. Tapi bagi yang dah bertaraf 'Profesor' aku rasa diorang jenis kisah sikit kalau kita tak panggil dengan gelaran tu. Cuba kita fikir positif je la kan. Diorang nak dapatkan title Doktor tu punyalah susah bersusah payah ( bila aku buat degree ni pun aku rasa sangat mencabar). Then nak dapatkan Profesor Madya pun banyak kertas kerja yang kena buat. Lepas tu nak dapatkan Profesor lagi pun susah. So, why not kita yang kena please diorang ni, panggil title tu dengan sempurna. Diorang sangat appriciate dengan title tu sebab bukan senang nak dapat.

Masa presentation satu subjek ni, kawan aku kat first slide just tulis nama seorang Profesor ni sebagai PM. (profesor Madya) kat depan nama dia. Then kebetulan lecturer ni duduk belakang aku dan aku terdengar dia cakap macam ni,
" hah? Profesor Madya?"

see, maknanya kita kena tahu siapa orang tu sebelum kita bentang. Kena buat research dulu. Lagi satu tak kan lah tak perasan kat nota-nota dia nama dia dah berubah. Sebelum ni kitaorang kenal maybe just PM sahaja. Tapi sekarang dah naik pangkat. Kita kena kenal dengan siapa kita nak bercakap.

Tapi kalau title Datuk, Tan Sri ( golongan elit) macamana pulak erk. Kenalah juga respect call name tu walaupun ada sesetengahnya dapat title tu berbayar. Apapun, respect other people okay. 


Tuesday, May 7, 2013

Rasa Ini





sabar ya wahai hati..

Hiking Bukit Tabur



Finally have a time to write about this.(poyo).

sebenarnya perancangan nak pergi ni macam ad-hock planning je. Kalau jadi, ok. Tak jadi, next time can come. Then nasiblah ada cuti 1 May (almaklumlah aku kan busy). Mula-mula planning dengan Zam. Tapi dia tak dapat pergi last minute, sebab kena balik jumpa laki kat Ipoh. Then tinggal lah berdua dengan Ziha. Dia dah pergi dua minggu sebelum tu. Pengalaman dia, katanya tempat ni agak tricky dan susah sikit sebab berbatu dan berbukit-bukit. Lagi mencabar. Aku dah google lah dulu. Tengok orang cerita memang quite scary tapi rasa teruja nak datang dan rasa sendiri penglaman. Malam lepas balik kerja terus shoot pergi Seremban dan tidur rumah Ziha. Pagi tu barulah bertolak ke lokasi. Bila pagi barulah tahu bukan aku dengan Ziha. Ramai geng officemate dia nak join. Fuh lega sikit. Atleast tak adalah scary sangat. 


Aku rasa salah satu nak overcome stress adalah buat aktiviti macam ni. Aku suka beach juga. Tapi buat masa ni dan kekangan masa, aku rasa aku perefer hiking. Oleh itu aku mempergunakan cuti satu hari ni untuk hiking walaupun tahu esoknya mesti penat sebab dah kerja balik. So far aku rasa stamina aku okay lagi. Alhamdulillah. Moga Allah bagi aku kesihatan untuk aku buat banyak benda yang bermanafaat. 

Dinasihatkan kalau nak hiking Bukit Tabur ni pakai sarung tangan. Sebab kebanyakkan track adalah berbatu dan tangan boleh terluka. kekuatan tangan dan kaki juga sangat penting. Sebab nak kena memanjat (kalau pernah buat rock climbing) macam tu lah. Cuma ni sangat mencabar sikit. Tapi jangan risau, sebab banyak group hiking yang akan membantu kat sini. Itulah kelebihan bila buat aktiviti macam ni. Memang semua orang tak selfish tak kira kau apa bangsa dan dari negara mana. (eh?).




Kitaorang start hiking pukul 8.30 am..
first step je pun dah penat  sebab terus terusan mendaki tanpa landing ..



Cantik sangat






Banjaran titiwangsa..
Bila dah turun bawah macam bangga tambah tak percaya kitaorang dah mendaki banjaran ni



Diorang semua Civil Engineer dari pelbagai company/Jabatan.
Masa hiking baru berkenalan.
Team hiking JB-N9-KL (tetibe je terwujud nama)



dah macam cerita Hobit lokasi ni. Dalam cerita Korea pun ye..
cantik sangat!



ketinggian ni telinga aku dah tak boleh dengar sangat.
Lain kali pakai earplug yang guna masa piling tu.



wow...Beatiful scenery.
Masa ni Q-up nak turun. sebab sangat curam..



Yes..penat gila dan tak ada mood nak ambik gambo.
(macam poyo je ayat aku ni)

lepas ni kena beli kasut baru yang murah macam ziha punya (kasuh noreh getah)..
sebab kasut ku dah hancus...




Bila dah lepas check point yang paling mencabar, pandnag belakang..
pehhh....ramai jugak yang Q.
dan tak sangka lepas weii..






Yea our team dah sampai peak tepat pukul 12pm




Turun ikut jalan kebun (kalau naik dari sini memang tak adventure langsung) . Turun +-45 minit je

so silalah hiking kat sini. Serius besttt sangat!!!


Mak aku bising juga aku suka sangat mendaki bukit lah..gunung lah. Sebab tu kalau balik rumah, jangan lah mengadu sakit lah apalah sebab hiking. Nanti kena bebel. Best tau sebenarnya hiking ni. Sebab dapat tengok benda-benda yang cantik. Then lagi satu boleh overcome fear dan confident level. Seriously!


I is malas nak edit picture ni. So no filter lah untuk picture-picture ni.



Friday, May 3, 2013

Free? Lain Kalilah..


Sekarang ni sibuk sana sini dok update status bila nak menjelang PRU ni. Yang baru nak berjinak-jinak ambik tahu hal politik kemain update status ala-ala poyo macam banyak nau ilmu tu nak berhujah pasal politik. Padahal ilmu tu baru dapat malam tadi pergi ceramah politik tu. Kita kalau tak banyak sangat ilmu, tak perlu nak berhujah dan menyalahkan pihak lain. Nanti nampak sangat kebodohan kau. Lebih-lebih lagi bila tiba-tiba je kan kau melancarkan serangan peribadi sebab tak melayan cerita politik kau yang tiba-tiba je muncul (eh?). Tak payah nak cakap orang lalang. Aku ada sebab malas nak layan. Jadi orang biar neutral. Tak payah nak jadi extreme tiba-tiba. Aku memang jenis yang malas nak layan argument. Just dengar dan baca. Sebab aku tahu ilmu aku bab-bab ni kurang. Tapi kalau bila dah tak melayan, serangan peribadi pulak kan. Lain Kalilah! (i had my own vote, no need to brainwash me).

Salah satu manifesto satu parti ni adalah menghapuskan PTPTN. sejujurnya aku memang tak setuju. BAgi orang yang tengah membayar ataupun tak bayar walau sesen memang seronok lah kan. So macamana pulak yang dah habis bayar (PTPTN hutang aku lagi adalah) macamana? Oklah fine, maye sebab hutang aku tak berpuluh ribu macam diorang kan.

Sebenarnya aku pernah minta pengecualian dari memabyar PTPTN lepas Diploma dulu. Sebab CGPA aku lebih 3.8 (dulu waktu Diploma). Tahu tak balasan surat dia macamana "permohonan anda ditolak disebabkan peraturan kami hanya menetapkan pengecualian pembayaran kepada mereka yang cemerlang dan memperlohei CGPA 4.0". Lebih kurang macam tu lah ayat dia.Sekarang dah bagus. Sebab macam-macam inisiatif dah disediakan dalam pembayaran PTPTN ni. Itu zaman 2005 ye masa aku nak buat pengeculian pun dah ada skim macam ni.

Pendidikan percuma? Sebenarnya bagus inisiatif tu. Kalau boleh dilaksanakan memang bagus. Lebih-;ebih lagi yang belajar kat IPTS yang yuran pengajian sangat tinggi. Tapi bagi aku pula, banyak negatif bila pendidikan percuma ni lebih-lebih lagi di IPTA/S. Aku setuju dengan NC UTM, competition dalam pendidikan percuma ni. Sekarang ni UTM menuju ke arah pendidikan percuma untuk studentnya. Maknanya, UTM sekarang tengah berhempas pulas menyediakan financial endowment (tanpa subsidi daripada kerajaan) kepada pelajar yang cemerlang. Qualification nak masuk UTM sekarang adalah CGPA 4.0 dari matrikulasi (full time). UTM hanya select mereka yang betul-betul cemerlang. So dalam tempoh pengajian, mereka kena belajar betul-betul dan cemerlang disebabkan pengajian percuma yang disediakan. Sekarang cuma beberapa course permintaan pasaran kecil ada disediakan untuk tujuan ini. So, persoalannya macamana dengan yang tak cemerlang? tahu tak NC jawab apa " University lain ada. Pergilah Uni lain. Ini namanya competition dalam education".

Bila ada pengajian percuma untuk mereka yang tak berapa cemerlang, aku rasa student ni tak berapa nak appreciate. Percuma boleh, tapi hanya untuk mereka yang cemerlang. Bila ada competition macam ni, barulah students ni tahu macamana nak grab peluang. Aku pernah jadi student full time dan aku tahu mana duit PTPTN tu kawan-kawan aku tu gunakan bila dapat. Dua hari je ada yang habis. Belajar pun malas. (itu bila tak free pun dah malas). Sekarang bila dah kerja, aku rasa bila gunakan duit sendiri kita akan lebih appreciate. Baru sedar betapa bergunanya setiap sesen duit tu. Baru rasa appreciate sangat.

Even kalau masa sekolah dulu pun ada skim bantuan pelajar cemerlang kan. Aku tak ingat berapa ratus dapat setahun. Aku ingat dulu, aku berusaha keras (walau bukan bijak pun sangat) untuk dapat benda tu. Bila aku pindah sekolah, aku dapat lagi (lapping). Mujur tak kena bayar balik. So sama juga macam pendidikan percuma kat IPTA sekarang ni (JPA misalnya) akan hold biasiswa kalau pelajar tu tak cemerlang dalam semester tu. Macam tu juga MARA, akan bagi FOC kalau pelajar tu cemerlang. So isunya di sini adalah, kita nak dapatkan pendidikan percuma kenalah jadi pelajar cemerlang dan persaingan tu penting. Tapi kalau FREE sesaje, aku rasa students ni memang tak ada improvement. Belajar sesuka. Sebab diaorang tahu yang tak akan ada komitmen lepas habis belajar nanti.


akhir kata, tak sabar nak habis study ni..nak habiskan study..nak habiskan study...penat jadi pelajar part time ni.


Sunday, April 28, 2013

This is life


Akhir-akhir ni aku rasa terisi lah sikit.Sebenarnya kita ni banyak je masa. Tapi kadang-kadang kita ni banyak habiskan masa buat benda-benda yang lagha. Contoh yang paling mudah berapa banyak kita habiskan masa dnegan menghadap laman sosial (merujuk diri sendiri) dari buat benda yang lebih bermanafaat. Contoh yang paling mudah cuba setengah jam sebelum tidur baca sebuah buku. Dapatlah kot kita baca 4 helai sekurang-kurangnya dalam masa setengah jam. Kalau cepat membaca, dapat lah baca 10 helai. Ayat ni pun aku ambik dari slot apantah kat ikim masa aku dengar petang-petang. Ada betulnya juga. Sebab aku rasa, aku memang sangat perlu baca banyak buku dan (jurnal) juga.

This week aku join kelas usrah. Akhirnya kan terbukak juga pintu hati aku. First time aku datang aku rasa sangat rendah diri. Sebabnya?kenalah tengok diri sendiri kan macamana. Baru rasa ilmu agama tu sangat cetek walau kita belajar sekolah agama sampai darjah khas. Tapi sebenarnya ilmu cetek sangat. Then aku rasa diorang ni semuanya bila bercakap sangat-sangat lembut dan sopan. Tak adalah nak cakap kuat-kuat atau gelak kuat-kuat. Respect sangat. Semua isi kandungan yang diorang cakap adalah isi yang bukan lagha semata. Paling penting tak adalah melatah "bongok, bodo etc". Tapi ditukar kepada "istighfar" Then pakaian diorang sangat loose. Part ni aku rasa aku kena belajar kot dalam kehidupan seharian aku dan aku masih belajar. Yang penting aku rasa masih rendah diri dan diorang ni kebanyakkanya educated sebab belajar sampai phd. But lucky me lah kenal dengan kawan-kawan baru macam ni. Bila kita mencari ilmu, inshaAllah ada je pintu tu. (ni aku rasalah). Officemate aku offer belajar agama lebih kepada fiqah kat area perumahan dia. Malangnya aku kan ada komitmen kelas wekend. kalau week day insha Allah aku boleh pergi. 

Lately ni juga aku punya kadang-kadang over thinking. Tapi malas nak layankan sangat. Cuba untuk sentiasa postive. Aku yakin lah dengan apa yang aku rasa dan apa yang aku buat. Kadang-kadang mesti doubt kan. Tapi malas nak fikir sangat, sebab aku ni lain sikit kalau dah over thinking. Stress mak (dah tak nak lalui zaman itu lagi). So aku rasa ujian Allah tu macam-macam. Bila kita terlupa DIA dia bagi kita ujian untuk kita lebih dekat dengan dia. DIA nak kita lebih meminta dan merayu. Itu lah yang aku fikir kan. Usaha dah buat, the rest Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk diri kita tak kiralah dari segi relationship, kebahagiaan, kehidupan, rezeki dsb. Mungkin usaha kita tu tak setimpal dengan apa yang kita nak dapat. Itu lah kot point-nya.


-miza-

Friday, April 19, 2013

confession to make



Saya terasa ingin meluahkan. Sepatutnya macam tak payah. Tapi rasanya macam nak tulis juga.

Aku tahu aku bukanlah wanita idaman ramai lelaki (aiceh). Maksud aku aku tak berapa nak feminin. Semuanya biasa-biasa sahaja. Aku pun tak selembut mana. Kasar juga. Ada orang tegur aku cakap suka menjerit. Mungkin pada orang yang tak biasa kenal aku, mesti cakap aku kurang ajar. Tapi, benda yang dah terbiasa dan bila berhadapan dengan orang yang tak biasa dengan kita, mesti ada salah faham kat situ. Okay, tak apa. Aku terima dengan hati terbuka. Even bila dah kena tegur, aku tanya semua officemate aku adakah aku ni cakap menjerit. Dan bila jawapannya (ikhlas gila) memang betul aku rasa "something wrong somewhere with myself". 

Kalau boleh memang tak nak jadi orang lain.Tapi bila umur menginjak dewasa sikit ni (ehem) aku rasa perlu lah kot ada satu anjakan paradigma. Cakap kasar ni sebenarnya bukan diri aku asalnya. Aku belajar melalui pengalaman aku sepanjang aku hidup. Ada perkara-perkara yang perlu aku buat dan akhirnya dah jadi kebiasaan.

Dulu sekolah aku selalu jadi penolong kelas sampai form 5. Mestilah suara kena kuat sikit dan kalau orang dalam kelas buat bising kenalah marah (ni form 1-3 je boleh). Masa darjah 6 kena tulis kat papan hitam. Lepas tu sambung belajar selepas SPM. Aku ambik course Elektrik mula-mula aku masuk politeknik. Kelas tu cuma ada 2 orang je perempuan. Tahu je lah orang lelaki punya gurau, kasar gila. Hati aku hati tisu. Kemudian tukar course masuk civil, ramai gak perempuan tapi lelaki memonopoli. Civil punya kerja kasar. So haruslah aku terjebak sama. Kemudian praktikal kat YTL Constrcution. Site tersangat-sangat besar. Aku dengan Nani je perempuan kalau kat site. Semuanya lelaki. Masa ni lagi hebat. Kalau kau tak tegas especially dengan mat-mat indon tu, mesti kena pijak kepala. Engineer kat site ajar kitaorang jangan jadi lembik, kena jadi macam diorang. Okay, ni peringkat pertama lah aku belajar. Even aku rasa, aku lagi okay dari Nani sebab dia punya bahasa lagi kasar.

Kemudan habis Diploma aku kerja kat PD. Company tu buat CIQ kat situ. Kat sini agak mencabar. Aku kena jaga site. Masa tu aku sorang je perempuan dan PM aku pun walau perempuan dia punya jiwa macam lelaki. Tapi dia tak adalah kasar sangat. Okay je. Masa ni aku ingat lagi, muda lagi kan. Consultant kat site aku ingat lagi nama dia Edy. Aku selalu kena marah dengan dia. Balik office nangis sorang-sorang. Kemudian aku belajar lagi, kalau aku tak nak terasa hati dengan semua gurauan kasar dan ayat-ayat teguran kasar orang-orang kat site, aku kena jadi perempuan yang cakap bukan dengan lembut. Kena jadi macam diorang tapi dengan sopan sikit sebagai perempuan. Day by day, aku rasa aku okay je kalau kena tegur. kalau siapa yang pernah jaga site dan duduk site, kita semua tahu macamana bahasa orang kat site ni. Lagi-lagi environment kau lelaki. Orang site berbeza pada aku.

Kemudian kerja kerajaan aku dapat lagi kerja dengan semua orang lelaki dan aku sorang je perempuan. Masa ni kena berhadapan dengan orang ramai. Aku pernah menangis depan public yang buat aduan kerosakan sebab masa tu dia marah aku kaw kaw atas sebab aduan kecil yang aku rasa emosi sungguh orang ni. Tapi aku pun muda sangat masa kerja tu. 22 tahun. Lepas tu bos aku nasihatkan jangan emosi bila berhadapan dengan public. Aku belajar lagi kuatkan hati. Kali ni kalau aku kena marah, aku rasa okay malas aku nak layan kau. Tulis je kat borang report tu, nanti aku suruh Tukang pergi tengok.

Bila dah terbiasa dengan persekitaran macam tu, aku jadi terbiasa. Lebih-lebih lagi aku rasa bila kau engaged dengan orang-orang contoh kontraktor/officemate lelaki kalau kita cakap lembut-lembut, ada yang ambik 'kesempatan' atas kelembutan kita. Tak tahulah, ni assumption aku waktu muda. So aku rasa aku kena tegas. Kalau aku lemah-lembut sangat, nanti orang akan fikir lain. Aku bukan perempuan macam tu. Aku bukan mengada-ngada dan gedik. Tu bukan aku. Ditambah lagi kawan-kawan perempuan akupun dalam bidang teknikal, aku rasa semua pun lebih kurang macam aku. Cuma mungkin suara aku annoying gila. Tapi ada juga yang lembut aku tak nafikan. Ada sorang Engineer kat satu jabatan ni, mula-mula datang memang lembut gila. Masuk setahun kerja, dari jauh dah boleh dengar suara dia.

Kadang-kadang bila dah terbiasa, bila kita rapat dengan seseorang tu bila kita dari volume 2  ke volume 5 orang ingat kita meninggi suara nak marah. Betul, kita tak tahu apa assumption orang tu. Sebab yang baru kenal mesti ingat aku kurang ajar. Tak apa, aku terima apa pandangan orang. Sebab aku rasa untuk umur aku sekarang, aku berada dalam umur yang matang. So, haruslah sejajar kan. Mak aku pun cakap, kalau dalam keluarga mesti orang dah faham aku macamana. Tapi yang tak kenal, mesti akan anggap lain.

So disini, aku sekadar ingin meminta maaf pada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan yang kecik hati dengan kata-kata aku. Aku pun bukannya meninggikan suara dengan sebarang orang. Ada sesetengah keadaan aku merendahkan suara. Tabiat dan perangai..mana satu yang boleh diubah dan tak diubah ye? aha..nanti google lah.

Tak semua orang boleh menerima keburukan kita. Makanya, bila harus ada waktunya berubah...mengapa tidak. Tapi bukan berubah ke arah gedik ye. Contoh yang paling orang ramai kenal, Yatt Hamzah dan Diana. Dulu bahasa dia kasar. Tapi sekarang, cakap lembuttt sangat. 

p/s: Terima teguran dari sudut yang positif. 


Thursday, April 18, 2013

sosial time


Dah lama aku tak bersosial dengan housemate. Memang tak pernah pun. Konon macam busy lah kan. Sejak aku start masuk semester baru, aku rasa dah jarang aku duduk lepak tengok tv dengan diorang. Kalau ada pun just tengok cerita drama hingga hujung nyawa haritu je. Makan jap, pastu masuk bilik memerap. Diorang ajak pergi tengok movies or jalan pergi bazar karat pun aku tak mahu. Penat + ada kerja yang lebih utama nak kena fokus. Padahal adakalnya aku menghabiskan masa untuk tidur sampai ke subuh lepas solat isya'.

Then bila aku dengar diorang nak pergi bazar karat dan aku cakap;

" akak nak join boleh?"

Muka terperanjat mereka berdua. Tapi excited. Sebab dah lama tak meghabiskan masa bersama. cehwah.
Daripada kau layan perasaan kau yang ntah papa, baik kau cari alternatif lain untuk ignore perasaan tak tentu hala tu kan. Walau sebenarnya kau tak nak pun berjalan malam-malam ni.

Kebiasaanya aku cuma spend time pagi ahad (kalau tak ada kelas + balik rumah mak aku) pergi berjogging kat Bukit Indah. Then pergi pasar Perling (bajet mak mak lah kan nak masak). Balik rumah buat apa yang patut. Itulah je kot yang aku mampu nak buat sekarang. Nak ajak aku jalan pergi mall, not so me lah sekarang. Dulu boleh lah. Sebabnya waktu office hour pun aku boleh merayap. Tunggu aku cuti panjang sikit, baru boleh buat aktiviti berkelah + bbq kat pantai ye adik-adik. 






Siapa yang belum tengok cerita Oblivion ni dipersilakan tengok. Serius best walau theme Sains Fiksyen. Walau duduk kat kerusi depan sekali, aku tetap seronok nak tengok. Otak kau berfikir tau tengok cerita ni.