Wednesday, September 17, 2008

Percutian Ke Tasik Kenyir






Sebenarnya percutian ini adalah percutian Jabatan aku sendiri. Ianya berlaku pada tahun yang lepas (2007). Tetapi sengaja ingin aku semadikan dalam blog yang baru pertama kali aku cuba ini untuk my first penulisan. Memandangkan Jabatan aku memang menyelenggara rumah peranginan persekutuan, ianya lebih memudahkan lagi perjalanan kami kesana. Kami bertolak dengan menggunakan dua buah bas Jabatan. Jadi memanglah havoc sikit kerana ramai yang menyertai dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff (walaupun sekarang ini ada yang dah bertukar angin ke tempat lain termasuklah aku ni).


Ini adalah tempat kami berhenti untuk menjamu selera di awal pagi. Kuala Berang. Tempat kat sini memang best makannya, selain
murah kita dapat lihat banyak pilihan makanan kat sini. Lagi satu, buat pertama kali setelah sekian lamanya aku dapat menikmati nasi lemak, nasi dagang yang berharga 50 sen. Iyelah, sekarangni mana ada harga makanan semurah itu. Semuanya mahal. Malah jangan terkejut kalau jumpa kuih 2 keping seringgit. Sesudah menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir yang tidak berapa jauh dari Kuala Berang.


Sesudah sahaja sampai, apalagi tak menyabar kitaorang nak bergambar. Almaklumlah bukan senang nak sampai tempat macam ini kalau tiada percutian jabatan ni. Menurut kajian juga, tak ramai orang yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke sini kerana tempat ini agak jauh dari pekan. Tetapi untuk yang menenangkan fikiran, saya rasa tempat ini memang bagus untuk beristirehat. Kerana memang lari dari hinggar binggar bandar, yang ada cuma hutan yang menghijau. Malahan dari chalet ke darat pun pengangkutan yang digunakan adalah boat.




Perjalanan dari darat ke rumah peranginan persekutuan kerajaan di Tasik Kenyir ini mengambil masa lebih kurang 20minit. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat kehijauan dan kenyamanan tasik buatan manusia ini. Dalam pada tu sempat pulak kami melihat satu pulau kecil yang dinamakan Pulau Gawi. Sebenarnya ada dua pulau kecil, tetapi aku dah terlupa satu lagi nama pulau yang kecil ini. Sebenarnya pulau ni tidak berpenghuni, tetapi dipenuhi kehijauan pokok-pokok hutan yang merimbun. Pada kami yang baru pertama kali menaiki bot (terutamanya aku kot) mestilah excited sangat. Jadi aku memang tak melepaskan peluang untuk mengabadikan seberapa banyak pemandangan di sini.


Inilah antara chalet yang terdapat di Rumah Peranginan di Tasik Kenyir ini. Malahan ada juga beberapa kemudahan yang terdapat disini seperti court badminton, dewan seminar dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut apakata korang klik http://www.bph.jpm.my/. Sekrangni nak buat tempahan dah senang dah pakai online selain harga yang ditawarkan adalah berpatutan berbanding dengan tempat lain.







Pada sebelah petangnya, kami di bawa pula ke air terjun saok. Disini anda boleh lihat kejernihan air terjun yang mencurah-curah jatuh ke bawah. Jadi memang sesiapa yang datang ke sini memang patut mandi. Untuk ke tempat ini dari rumah penginapan kami, ianya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit dengan menggunakan penggankutan yang utama iaitu bot. Bagi kaki-kaki pancing juga, boleh ambil peluang untuk melepaskan gian memancing di air terjun ini. Kerana mereka yang biasa dengan tempat ini mengatakan banyak ikan yang boleh diperolehi di sini.



Dari dorm penginapan, saya dapat melihat tempat membela ikan dari jauh di 'jeti' rumah peranginan ini. Sebenarnya pada waktu malam, kita boleh buat BBQ di sini. Jadi sumber ikan yang diperolehi adalah daripada sangkar ikan yang terdapat di sini selain dari luar. Kita juga boleh memberi makan ikan yang terdapat disini. Sememanya pengalaman begini memang menyeronokkan. Selain itu kita juga boleh pergi melawat ke taman herba yang terdapat di dalam kawasan rumah peranginan ini. Antara herba-herba yang terdapat disini adalah seperti tongkat ali dan kacip fatimah. Bagi yang ingin bersenam dan melihat pemandangan pokok nan menghijau





Gambar-gambar terpilih ;-)


Aku nak mencuba macamana lah agaknya nak masak satar ni. Dapatlah aku belajo macamana nak bungkus satar ni. Payoh gok kalu mule2 nak wat. Penat mokcik kedai ni nak melayan kitaorangni. Dahler x cukup kakitangan, jadi kitaorang pun tukang menyibuk sekali. Tunggu turn gak lah nak dapat satar mokcik ni yg sedap. Nasib x kena tinggal bas.







Ini pulak si Faizal n Si sirul. Diaorangni adalah antara orang yang bertanggungjawab menyediakan ikan bakar, ayam dsb masa kitaorang wat bbq. Makanan mmg berlebih, jadi adalah yang makan berlebihan juga.



Cantikkan pantai ni. Masa ni kitaorang drop jap kat pantai Marang ni. coz ada yang nak pekena pulak kopok lekor. Tapi memang view pantai ni memang cantik. Susah nak digambarkan dengan perkataan kecuali kalau tgk sendirilah ;-)





Sempat lagi si salwa ni bagi makan ikan kat dalam sangkar ni.




ha, ni pulak view dari luar dorm kitaorang sebelum pergi ke jeti nun di bawah.



Aku n salwa bergambar dengan staff kat sana sebelum balik.




yeah..our memorable still keep it in our mind. lepas ni dah susah dahnak pergi sini. Jadi pada aku inilah percutian yg bermakna kerana kebanyakkan daripada rombongan ini termasuk diri aku sendiri dah bertukar angin ke jabatan lain.


*kalau boleh nak upload banyak2 gambar, tapi sebab pertama kali aku menulis.jadi ada beberapa kelemahan yg aku kena belajar















































2 comments:

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

Assalamualaikum...salam ziarah...satu percutian yang amat menarik ni....boleh mengisi masa lapang.....:)
teruskan usaha...semoga kejayaan menjadi milik anda...:)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.