Wednesday, May 6, 2009

MuzIk@IndiE muSic

Indie Muzik....Kebelakangan ini muzik ini semakin berkembang dan telah pun diterima di persada seni tempatan. Malahan kalau kita lihat, muzik genre ini banyak mendapat anugerah pada Majlis-majlis anugerah seperti AIM, ABPH, AJL dsb. Malahan ianya boleh bersaing dengan muzik-muzik luar terutamanya dari negara seberang yang semakin membanjiri persada muzik tempatan. Baru-baru ini aku berkesempatan melihat konsert GIG yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan yang sememangnya dikhususkan untuk remaja. Stesen ini menjadi platform muzik ini untuk bertapak dan memperkenalkan muzik mereka di arena muzik ini.


Sebenarnya bagi diri aku sendiri, walaupun aku bukanlah seorang yang mengikuti konsert-konsert seperti ini, tapi aku support kepada muzik jenis ini. Malahan sejak dari zaman sekolah Teknik lagi underground band begitu terkenal di sekolah ku sewaktu itu. Malahan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Punk, Skin, Rock, Hardcore, Ska dsb sewaktu zaman persekolahanku waktu itu, menjadikan kami terdedah dengan environment sebegini. Aku bukanlah pengikut salah satu kumpulan tersebut, tetapi aku hanya sebagai pemerhati dari luar. Namun aku juga peminat muzik ini memandangkan jika ada persembahan-persembahan kebudayaan di sekolah, pelajar-pelajar yang mempunyai kumpulan muzik mereka sendiri akan mengadakan persembahan. Malah, rakan sekelasku mempunyai stadio jamming sendiri di rumah. Tapi bila dah sibuk dengan komitmen kerja, waktu untuk jamming telah terbatas.Waktu itu juga, ramai kawan-kawan ku yang selalu jamming pada hujung minggu di Muar dan zine-zine group ini yang mereka baca. Dari situ aku terdedah dan tahu akan kewujudan muzik ini.


Sebenarnya banyak tanggapan negatif dan positif untuk muzik ini. Ini memang tak dapat disangkal. Dulu aku sering disajikan dengan kisah-kisah yang kurang enak tentang environment muzik ini. Jadi pelawaan teman yang kebetulan aktif dalam muzik ini aku peruntukkan betul-betul untuk melihat dengan kepala dan mata ku sendiri pada konsert GIG yang pertama kali aku pergi memandangkan ianya anjuran stesen muzik tempatan, jadi aku terbuka untuk melihat sendiri. Walaupun ianya bukanlah gambaran sebenar, tetapi aku puas.


Permulaan aku tiba, aku kekok sangat. Almaklumlah yang datang tu terdiri dari peringkat umur remaja-remaja yang baru nak naik. Walau ada juga yang sebaya dan lebih tua dari ku, namun bilangannya hanya sedikit. Kebanyakkanya yang datang adalah lelaki dan fesyen pakaian mereka bermacam ragam. Namun rupanya bukanlah hanya aku seorang yang datang bertudung, ada juga sorang dua yang bertudung. Malahan kalau tiada pun, aku tak kisah.Pada aku, i'll be myself dan tak hiraulah pandangan budak-budak sekeliling. Tapi jangan tak tahu, ada juga yang datang bawa anak kecil.


Konsert ini sangat menarik. Aku ingatkan aku just datang nak tengok suasana GIG macamana beberapa minit dan terus balik. Rupanya hampir 3 jam juga aku menjadi penonton yang setia. Tanpa disangka-sangka, aku terjumpa juga dengan kawan satu politeknik dulu. Kebetulan dia datang untuk menyokong kawan-kawanya yang membuat persembahan. terperanjat juag dia tgk aku ada sekali. Dalam konsert tu aku cuma ingat satu je nama kumpulan tuh, namanya Laila Lounge. Itupun sebab lagu Mawar Khayalan tu selalu diaminkan di corong radio dan kebetulan temanku tu bersahabat baik dengan ahli kumpulan ini.


Kesimpulan yang aku boleh rumuskan adalah, muzik indie ini bagus. Kerana ianya merupakan origanilty muzik anak-anak tempatan dan harus kita beri sokongan. Cuma aku rasa aku tak boleh 'masuk' untuk ke konsert GIG seperti ini. Sebabnya, aku tak tahan bau asap rokok yang sangat kuat dan tolakan para-para lelaki ketika kumpulan-kumpulann indie ini membuat persembahan. Jadi bagi perempuan-perempuan yang mcm akuni, pandai-pandai lah jaga diri.Tambahan pula, ramai remaja-remaja yang baru meningkat naik. Tujuan aku ke GIG ini sekadar ingin mengetahui keadaan sebenar suasana konsert GIG. Mungkin inilah pengalaman yang berharga. Apapun aku akan terus menjadi peminat muzik ini seperti YUNA, MUH, BUNKFACE, HUJAN, PESAWAT dsb. Semoga kehadiran mereka bukanlah hanya sementara di persada muzik tempatan. Tetapi untuk selamanya agar mereka dapat memecahkan monopoli muzik seberang...





Kat bawah ni beberapa keping gambar yang sempat aku snap..pape..layan dulu



Kumpulan Laila Lounge aka Laila....lagu diorang yg glamer Mawar Khayalan..utk filem KAMI The Movie

Sangat ramai peminat muzik ini....namun bagi yang peempuan tu..pandai-pandai lah bawa diri


Kumpulan adik-beradik dari JB..dari yang besar sampailah yang adik yang sek.rendah..semuanya berpakaian zaman dolu2..




2 comments:

esyra said...

hai..saye pon ske indie music..hehe...

MieZa's Blog said...

sayapu suke..walau bertudung..bole je...mcm Yuna