Tuesday, June 16, 2009

Back to be Student again

Alhamdulillah, akhirnya niat aku tercapai juga. Sebenarnya aku memang agak keliru dan agak cuak juga. Almaklumlah hampir 5 tahun aku tak belajar. Cuma aku bernasib baik kerana kerjaya aku sekarang ini menuntut aku untuk menelaah semula nota-nota lama semasa belajar untuk exam-exam tertentu. Jadi otak aku tidaklah batu sangat. Cuma untuk subjek calculation, aku kira aku kena bekerja keras kerana x banyak yang dapat aku aplikasikan dalam kerjaya aku ni. Apapun sebenarnya, aku gembira berjumpa dengan ramai rakan-rakan yang hampir 6 tahuan aku tak jumpa. semuanya berjumpa semasa kami sama-sama mendaftar untuk sesi pengajian separuh masa kali ini.
Aku jumpa member2 lama waktu di POLISAS. paling aku tak sangka, aku boleh jumpa Liza. classmate aku waktu kat sana. msa tu aku dapat course elektrik. Kami berdua perempuan..tapi aku tak bertahan lama sebab aku tukar kursus lepas tu..dan paling tak sangka dia dah pun berkahwin dengan Komeng (our wakil kelas dulu). dia citer yang percintaan diorang pun lepas habis belajar...Habis Diploma kat Poly lain, akhirnya berhubung kembali..huhuhu..itulah dinamakan kekuatan jodoh..
Apapun aku berharap sangat-sangat, agar dari 55 orang yang mendaftarkan diri untuk course aku kat JB ni..aku adalah antara orang yang akan kekal sehingga ke penghujungnya. kerana aku sedar yang banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi memandangkan, ini adalah kursus secara separuh masa...ermmmm...AMIN

No comments: