Friday, June 5, 2009

sulaman Manik & Labuci

Bercerita mengenai sulaman manik & labuci ni..seni ni mmg dahlama aku minat..sejak aku di semester akhir masa aku belajar. Sebenarnya minat ni timbul bila rakan serumah ku selalu menjahit labuci pada pergelangan tangan baju kurung dia. Almaklumlah, mak dia pekerja kerajaan. Jadi aku cuba-cuba buat. Tanpa melihat pada contoh-contoh rekaan jahitan manik dan labuci yang lain. Pada masa itu, aku kira corak dan design nya taklah semegah mcm yang ada sekarang ni. Bila tgk balik baju yang aku jahit tu tahun 2005, lawak pun ada..hihihi..yelah..baru nak belajar menjahit manik.

Ok setelah beberapa helai baju aku jahit manik sendiri..akhirnya aku beli buku jahitan manik ni..itupun setelah puas aku usha kat Badan Bookstore selama satu jam setengah..mencari dan melihat keseluruhan buku seni jahitan manik yang ada. Memang banyak, tapi aku tak nak beli buku yang aku sendiri tak akan buka lepas tu..huhuhu..Pilih punya pilih aku rasa buku ni sesuai dengan aku yg amatur ni..wah gitu..barulah aku tahu macamana cara jahitan manik yang kemas. sebab sebelum ni aku semberono je jahit. Ikut idea aku jek..tapi at least ada juga yang minta tolong aku buatkan jahitan manik kat baju diaorang..so skrgni semua baju-baju lama aku, aku jahit manik. nak cuba kat baju sendiri dulu...sebab raya ni aku kena jahit manik kat baju adik aku..kawan aku pun dah booking awal2.karang kalau tak cantik..kena komplen susah pulak..




Aku ingatkan jahitan bunga lily ni susah...rupanya senang jek...pasni aku ada idea nak buat kat baju plain..biasanya aku tak totally ikut apa yang diorang desingn..kebanyakkanya aku ubah sikit2..barulah kreatif dan inovatif kan..;-)



Ha..inilah bukunya..xdlah mahal sangat..cuma RM 39.90..mula-mula aku ingat nak belajar jahit manik kat satu akak kat BBU..tapi bila pk pk balik..setakat basic..akupun reti..so aku beli buku je..save duit aku..huhu

No comments: