Sunday, August 2, 2009

Experience as a Student

Pejam celik pejam celik akhirnya dah dekat sebulan jugalah aku belajar kat UTM ni. Dengan assignment yang makin menerjah ni, ditambah dengan Test 1 yang bakal aku dan seangkatan denganku lalui...wah..macam dah lama betul belajar ni..padahal jumpa lecture baru 4 kali..huhuhu..Bayangkan kalau satu subjek tu dua minggu sekali baru jumpa dan satu hari suntuk belajar subjek tu, mau tak tepu kepala ni. Ini belum lagi subjek yang memang killer. Bercakap mengenai subjek ni, untuk semester ni kami dibenarkan mengambil 10 mata kredit dan bersamaan dengan 4 subjek. Nampak macam sikit, tapi memandangkan kami ni cuma belajar hujung minggu, memang menguji dan cabaran betul.






Dalam kelas aku ni ada lebih kurang 48 orang. Kesemuanya telah mempunyai kerjaya sendiri dan separuh dari kelas ni bekerja dengan jabatan kerajaan termasuklah aku. Masing-masing nak improve kan diri masing-masing. Ada juga yang hampir sebaya dengan bapa aku pun, dia memiliki semangat yang tinggi untuk menyambung pelajaran. Masih aku ingat lagi hari pertama aku masuk dalam kelas, waktu tu subjek structure. Quite awkward untuk kami ni. Sebabnya, lecturer yang bertittle PM mengajar dalam English dan masing-masing terkebil-kebil. Memang ice breaking takde langsung. ermmmm, aku memang stress gler time tuh. Dah lah subject tu killer sebab aku masih ingat lagi waktu belajar kat politeknik dulu..subjek ni memang susah, tapi bila kita faham dan tahu step..kita tau bagaimana nak menyelesaikannya. Malahan ia adalah subjek favorite aku waktu kat poli dulu. Sebab itu aku rasa stress sangat bila benda yang aku suka dan aku tahu aku boleh buat dulu, sekarang ni aku agak payah nak ketch-up..something wrong kan. Sedih sangat, sebab aku rasa im not gurl with this type dulu. Maybe disebabkan bila dah kerja, banyak benda yang tak diaplikasikan dan hampir 4 tahun aku meninggalkan zaman diploma!!! Sebenarnya taklah lama sangat jika dibandingkan dengan beberapa lagi rakan dalam kelas yang hampir 10-12 tahun tak belajar.


Aku amat-amat besyukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar. Aku masih ingat lagi kata-kata dari seorang kawan yang menjai teman study ku di kala ini " kau kena lupakan apa yang pernah kau alami dulu waktu kat Poly..zaman kat poly dah berakhir..kau anggap je lah yang sekarang ni kaulah manusia yang paling bodoh sekali kat kelas. Buka buku baru dan mulakan langkah baru. Jangan hidup dalam kenangan!! " thanks syuk....aku tak cakap aku pandai dulu, tapi aku tak sangka baru 4 tahun tak belajar..aku jadi tercangak-cangak. Itu yang menyebabkan aku stress sangat-sangat. Sebab aku bukan macam ni dulu...Tapi untuk masa sekarang ni, apa yang perlu aku lakukan adalah study smart..dan bukan study hard macam yang pernah aku lakukan sewaktu bergelar pelajar full time.


Sekarang ni, masa aku sanagt-sangat terhad. Aku kena jadi manusia yang berdisiplin dari segi pengurusan masa. Hujung minggu, aku memang tak fikir apa.. Study..study..study..hari biasa pulak..kerja..kerja...do assginment, make some review etc..etc..tapi aku tak nak stress sangat, aku boleh lagi lepak-lepak dengan kawan walaupun masa aku limited..dan yang paling aku miss sangat...i miss spend time with my family..(i'm family type person)...rindu aku kat adik aku yg chomel..nak gaduh dengan dia....dan luckly aku belum berkahwin dan have someone special so far..aku belajar semula disebabkan oleh kekecewaan yang pernah aku alami dan aku mahu mengisi ruang-ruang yang boleh menyebabkan aku berfikir lagi dan lagi..tensionnn..tapi sekarang, everthing is under control dan aku happy dengan apa yang aku lalui sekarang walaupun aku akui, aku amat-amat penat..Untungnya, sebab aku rasa berat badan aku dah turun sekarang..hehehehe..


Melihat kepada semangat yang ditunjukkan oleh kakak-kakak dan abang-abang yang ada dalam kelas ni, ia sebenarnya menjadi pemnagkin pembakar semangat untuk aku meneruskan perjuangan ini. bayangkan masa mereka sangat-sangat limited. Macamana nak bahagikan masa dengan keluarga, keluarga sendiri, sebelah suami, pelajaran, kerja..etc..etc..aku harus mengambil contoh dari semangat mereka. Aku boleh katakan kelas degree sekarang ni lebih happening. Salah satu sebabnya sebab, bila lecturer mengajar..kita boleh sharing our idea deisebabkan half of us berpengalaman dalam bidang ini..cuma tiada degree..Dalam kelas aku ada seorang yang boleh aku panggil pakcik, tapi disebabkan satu kelas..we call him abang aja..kadang-kadang kesian aku tengok dia. Sebab mungkin dia dah lama tak belajar, bila belajar semula, dia nampak memang stress terutama subjek 'diffrential Equations'..kesian sangat-sangat..sampai dia tak nak masuk kelas. puas kami pujuk, dia masuk juga kelas..dan yang paling besttt sebab dia ni joker..jadi sahaja ayat-ayat dia menjadi bahan ketawa bila dalam kelas..Satu contoh masa subjek DE, dia boleh tanya satu soalan a bit 'lawak' walaupun mmg patut kita persoalkan kepada Dr. " macamana lamdar ni wujud, sebab dulu masa sekolah kita amik aja apa yang diajar..sekarang ni saya nak ty doktor"..terkebil-kebil doktor tu nak jawab..hehehehe..gelak satu kelas..


Apapun, aku berharap perjalanan aku selama 4 tahun untuk memburu segulung ijazah dalam bidang civil engineering ini tidaklah terhenti macam tu sahaja. Akan aku pastikan 5 tahun dari sekarang, apa tittle aku waktu tu. Ir mungkin dalam list impianku..InsyaAllah..dengan lambakan graduan sekarang ini, aku rasa berbaloi kalau aku mampu mengharunginya sehingga ke penghujung seperti mana yang telah ditetapkan dalam jadual..Aku pun tak tahu apa yang akan terjadi pada kehidupan aku akan datang..mungkin aku akan berkahwin, mungkin aku juga akan berhadapan dengan lambakan kerja, ditukarkan tempat kerja...ada anak dsb....satu sahaja hope aku bila aku berkahwin, biarlah lelaki itu jenis yang memberikan sokongan moral dan bukan membangkang mcm yang pernah aku temui.....Pada kawan-kawan sengkatan denganku, anggap ini satu cabaran buat diri kita..4+ bukanlah idaman sekarang ini, memandangkan banyak yang perlu kita handle pada masa yang sama..Tapi..pastikan kita sama-sama bersunguh-sunguh untuk menyahut cabaran ini dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja...



No comments: