Thursday, February 18, 2010

Cuti CNY

Cuti CNY haritu mesti semua org ada planning masing-masing. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu.mesti ramai yg ada planning nk pergi berjalan. Macam aku pulak, cuti ni aku spend time dgn famili aku sendiri. Pada aku sangat berharga. Coz time2 inilah kami adik-beradik dapat berkumpul sama-sama. Bila masing-masing dah besar ni, agak payah nk berkumpul sama. bayangkan kalau balik rumah, jumpa sorang jek..minggu depan balik, jumpa sorang jugak. Sekarang ni adik aku yang bongsu, halimah dah form 1..dh masuk asrama.so yang ada kat rumah tinggalah mak dan abah aku. Jadi kadang2 bila balik, agak sunyilah sangat. Sebab bila aku balik skrgni, susah nak jumpa dia..memandangkan aku pun awal2 pagi sabtu dah balik Jb semula memandangkan nak rushing pergi UTM pulak.. dia ajelah yang membisingkan rumah mak aku ni..kawan gaduh aku..huhuhu..adik-adik aku yang dua orang kat UTM pulak, Zai and fatimah skrgni busy manjang..aktif sgt persatuan tulah, persatuan nilah, study..mcm2 lah..so, mmg x selalu nak jumpa..tp aku kalau g UTM..mmg jumpa diorg..tp si zai tinggal 2 bulan lagi nk habis degree dia..hope lepas ni senag dia dapat kerja..Bawah aku pulak, Am kat Cameron Highlands ikut makcik aku..dia kerja dgn company construction Cik Noi..dulu habis diploma, aku sempatlah kerja 3 bulan dgn dia masa buat site CIQ PD. Adik aku yang ketiga pulak, Saufi..dia dh habis belajar kat Nursing College. Skrgni dia kerja kat Jhr Specialist kat Jb nih. kadang-kadang je jumpa..tapi sememangnya, bila berkumpul time-time cuti ni mmg syok..dapat makan semeja..borak2..huhu..almaklumlah, akuni anak sulung. Sentimental sikit..kui kui..kakak yg suka memerintah dan membebel,..kesian adik-adik aku...Tapi bila masing-masing dah besar ni, jadi best pulak..sebab masing-masing dpt contribute pd mak and abah..tak dpt banyak, sikit pun jadilah kan..

Mak and abah aku bukanlah orang pandai-pandai..Orang kampung jek. Abah setakat SRP jek..Mak pulak SPM..cuma skrgni mak aku jadi cikgu sekolah agama..abah aku pulak hanyalah pneroka dan juga buat dua kerja, pengawal keselamtan kat RISDA dan jaga pam air kampung kitaorang. Tapi sebenarnya aku amat berbangga ada orang tua macam diaorang. Kami tidaklah kaya harta, tapi sejak kecil abah dh berikan kami adik-beradik pendidikan agama yang secukupnya. So bila dh besar panjang ni, pandai2lah kami mencorakkan nya sendiri. Hahaha..kalau aku refresh semula, aku ingat lagi masa aku nk belajar sembahyang..masa tu aku ingat abah mmg zalim..semua perbuatan dlm solat kena baca kuat-kuat..baca sampai pandai..huhuhu..menangis aku..huhu..lepas tu, masa aku sekolah rendah sampai menengah, kami wajib solat berjemaah. Wajib tuh..TV sila OFF waktu magrib..kalau x..mmg kena marahlah dgn abah aku.Dahlah waktu tu cerita spektra tgh glamer..ingat lagi, waktu aku form2 cerita Fanthagiro tgh glamer..dia main pukul 10.30 mcm tulah..(luperr..)..wahh..bapak aku mrh kalau aku tgk..dh mlm..tidur..esok nk sekolah..bapa aku keluar, aku on semula..wahhh...tapi segala yg bapa aku ajar tu sbnrya skrgni kalau aku fikir semula, byk benefit kat aku dan adik-beradik yg lain. Cuma adik aku yg bongsu agak bernasib baik, sebb skrgni bapa and mak aku dh tua..dh tak kuasa nk marah2..cuma skrgni yg jadi hantu kakak-kakak dan abg2 dialah..kuat membebel.."adik ni mlslah belajar"...itulah inilah..huhu..turn kami pulak...

Haritu aku sempat singgah tgk embah wedok aku kat rumah bibik aku kat Moakil. Dia dah uzur. aku sgt sedih melihat dia skrg..sgt uzur. Rasanya hari raya haritu dia tak mcm tuh..menitis aku tgk..bygkan org yg kita jumpa sblm ni tidaklah seuzur tu, skrgni dh uzur. Tak boleh berjalan. terbaring...kesian..cuma aku berharap, satu hari nanti bila mak and abah aku dh tua..kami adik-beradik tidak akan lupakan mereka..AMIN..apapun, pada aku selagi org yg kita syg masih ada lagi dihadapan kita..wajiblah kita menghargainya...Biarlah tuhan amik nyawa mak and abah aku bila kami semua dh berjaya...diaorang dpt tgk dan merasai kesenangan dan kejayaan kami.For me..spend time dgn keluarga is most valuable than others..




saja jalan-jalan kat pantai mersing..nk g Tanjung Leman, mak ckp " xpyhlah jauh..nk masuk dlm..baik g mersing je"..sampai sana..mmg jammed..coz hari cutikan...





No comments: