Tuesday, March 30, 2010

Tentang sesuatu

Entry ini ditulis ketika aku sedang mengulangkaji untuk subject Mathematic Engineering. Dikala perasaan gusar, yang bukan disebabkan oleh subject ini aku meluangkan masa sebentar untuk menulis. Ini salah satu cara aku mengurangkan kegusaran yg melanda jiwa. Tadi En. Suhaimi, Juruteknik kanan di pejabatku menyuarakan hasrat ingin mengeluarkan sebahagian akaun 2 KWSP nya untuk pembiyaan pengajian perubatan anaknya di Mesir. Aku sunggu bangga dengannya. Kerana kedua-dua orang anaknya memang sangat pintar dan air wajahnya sangat gembira tatkala bercerita tentang anak keduanya yang menunggu panggilan masuk ke Universiti. Seronok tengok anak orang pandai-pandai.

Aku ingat lagi dulu masa adik aku nombor 5, fatimah mendapat pangilan temuduga JPA untuk melanjutkan pelajaran ke overseas, abah memang berkeras tak mahu menghantar ke PICC Putrajaya. Selama aku menjadi anak Meskam Bin Mohamed, aku aku abah memang akan berusaha untuk mengadakan sesuatu untuk anak-anaknya jika ianya sangat berguna untuk anak-anaknya. Abah memang beriya-iya suruh dia belajar di Malaysia sahaja..dan kalau boleh kat Johor. Katanya, belajar di dalam ke ..luar negara ke..sama aja. Tatkala Fatimah mengisi borang UPU, abah dah pesan pilihan pertama UTM Skudai. huhuhu, siap tetapkan syarat tu...Banyak juga lah tawaran yang adik aku dapat, UTP salah satu darinya. Tapi akhirnya demi mengikut kata abah, Fatimah mengambil kursus Kejuruteraan Kimia di UTM Skudai. Dapat aku lihat betapa gembiranya wajah abah ketika Fatimah menerima tawaran tersebut. Sekarang ni kiranya, anak-anak abah berkumpul belajar kat UTM Skudai sahaja. Tak universal langsung bapak aku nih..huhuhu..Konon dekat boleh selalu balik, tak jugak...

Rasanya akuni agak degil. Sebab, kalau akulah di tempat Fatimah, aku akan berusaha untuk pergi juga temuduga tu. Tak perlu sangat ikut cakap abah. Ye, aku ingat lagi ketika aku beriya-iya nak masuk sekolah Teknik, aku buat sampai jayanya..nak tak nak..finally i got it..memang degil aku ni..dan family aku memang tahu. Yang berjaya keluar belajar dari Jb ni cuma 3 orang, aku, Am dan Saufi..berjaya melepasi luar kawasan Johor.

Aku suka baca notes dan status seseorang yang bernama Nurul syuhada Lee di FB. Aku addict tgk status orang, baca notes..itu jek kat FB. Dia sibuk bercerita tentang kerjaya sbg model dan arkitek. itu dan ini..aku sangat teruja bila datang kelas, dan kat foyer FKA dipenuhi dengan student perdana yang sibuk bercerita tentang alam pekerjaan yang mereka akan tempuhi dan juga pengalaman sewaktu praktikal juga interview. Sebab dulu pun aku mcm diorg waktu aku jadi pelajar sepenuh masa. well, bila dah tempuhi alam pekerjaan, baru tahu best or tak. Macamana komitmen, tekanan yang harus ditempuhi dari pelbagai sudut...




Gedik santai kat Pesta Konvo Mac 2010...time ni diorg tgh sibuk memperkatakan tentang 1 Malaysia di belakang itu





No comments: