Friday, April 23, 2010

~Dahulu Kala~

Lama sangat aku meninggalkan alam sekolah menegah, dah 10 tahun. Senang je nak kira, sebab aku ambik SPM tahun 2000. Actually, banyak glerr kenangan aku kat SM. Teknik Muar ni. Kebetulan aku duduk asrama, terima kasih lah kepada arwah Cikgu Jailani (bapa saudara ku juga), sebab kerana pertolongan dia aku dapat masuk asrama. Kalau tak, jenuh nak mengulang dari rumah atok aku kat Bukit Gambir. Actually, pengalaman masuk asrama ni mula-mula taklah best sgt jadi ASPURI ni..kene ragging dgn akak senior. kena pakai baju kurung g prep (sbb diorg x buat pun), solat berjemaah (ini ok lah), then malam2 diorgni suke sgt wat spot check ntah pape time kitaorg tidur, lepas tu kalau ada budak perempuan junior yg close dg senior Aspura, mesti semua junior kene bambu. Masa tu mau rasanya aku nk mengadu kat radio, sebab geram punya pasal. Tapi bila dah naik form 5, kenekan balik junior, rasanya zaman kitaorang dah x sehebat zaman masa kitaorg jadi junior. Aku masih ingat lagi, dalam dorm aku ada sorang nama latifah (skrg ni dia dah kerja, but not sure post dia..tapi yang pasti profesional), bangun 3 pagi mandi..then tidur semula. Dia buat semata-mata x mau berebut pagi2 bangun pukul 5.00am. Perangai x best aku pulak, sebelum tidur sangkutkan towel and letakkan barang2 mandi kat bilik air.so kire aku cop lah kan bilik mandi tuh, pagi2 aku dah boleh masuk dulu. hahaha, bukan aku sorang jek yg buat. Sapa cepat dia dapat. Bile xder air pulak, aku tadah baldi dan simpan bawah katil xpun simpan kat bilik air yang aku cop..hodohnyer perangai. Nak hidup, lagipun aku mmg x suke lambat2 ni..xnak berebut-rebut. Itu dululah, skrg lebih relax jek. iyekerrr????tanya sendiri, jawab sendirilah kan.

Insiden yg aku xleh lupe bila aku dituduh fly masa nk minta outing. cadangnyer nak temankan Che zai outing, aku bajet nak balik rumah atok aku, then tetibe bile aku nk minta sign dengan bonda Azizah, Pak Din panggill kitaorang (kebetulan kitaorang letak beg kat depan rumah dia). hwahwah, menangis x berlagu aku time tuh...puas dah terangkan, tapi dia tetap menuduh juga. Dalam kelas pulak (kebetulan dia megajar aku subjek pengajian Kejuruteraan Awam) asyik kene perli je aku. Tapi yg penting aku pun xlah terasa sangat, sbb budak2 laki kelas kau ramai yg fly. hahhahahahha..terasa sikit sebab aku pompuan beb (padahal aku x buat pun, siap minta sign lagi walhal niat tu mmg nk balik kampung)..diorg tu semua lelaki...hai, hidup lagi tak ye Pak Din skrg...kitaorang satu sekolah time tu mmg jaki sgt dgn dia..Apapun, semoga dia sihat selalu.




First time aku jumpa Ayus. Pic ni tahun 2008. time ni aku ingatkan Che Mat datang dgn aweks dia, rupenyer Ayus. sebab memang dah berubah gler dah Ayus. Che Mat aku adalah jumpa jugak, sebab masa kat PD dulu dia selalu lepak kat rumah adik dia yang belajar satu poli dgn aku.




waktu ni, zarina datang dgn tunang dia. Sebenarnya due-due budak sekolah aku juga. Si Amri ni dulu ambil Automatif dan si Zarina pulak, PKJ. Tak bercinta pun masa sekolah, jumpa masa alam kerja, dan bercinta. Sekarangni dah kahwin dah diorg..dah ada anak pun. Akupun jumpa gak senior masa sekolah, jumpa kat Friendster, hahaha..(dulu dia glamer masa sekolah coz dak sport..zam mmg admire dia..tp bila jumpa balik, fizikal sgt berubah..sbb wes lemu)..tapinyer xd jodoh kot, walau pun aku selesa sbb kitaorg sama2 satu kampung asal dan satu keturunan, JAWA. Dah nak kawin pun, hope abang bahagia selalu saya doakan.



Yezza. waktu ni diorang masih lagi jadi tuanangan. Sekarang Biha dah kawin dah pun..


Waktu ni majlis Sue and Zaman. Tahun 2008 juga. Diorang ni bercinta sejak tadika..waw hebat..tadika tu mule2 kenal lah kan. Gler ar..sampai dah kerja. jodoh diorang panjang jugak.


Best fren ku sejak zaman sekolah Menengah Cik Zam kita. Kitaorang senang nk jumpa sebab kampung atok aku dgn rumah dia xdlah jauh sangat, almost budak2 kelas aku pun org Muar. see, aku gemuk seyy time nih..tapi time nih x terasa pulak gumuk..rasa ok jek..(biasalah kalau dah perasan sendiri kan)

 

1st time jumpa si Nurul dan Aisa lepas SPM. Masa ni Nurul baru grad kat UITM Penang, Aisa nak kahwin dalam tahun tu jugak...skrg dh ada baby yg cumil. Dan hubby dia skrg adalah senior kitaorang dulu. humm, cara diaoarang berkenalan???dulu kela skitaorag selalu budak2 senior jadikan tempat kelas tambahan. So meja kitaorang kan berbalut (nak jadi kelas tercantiklah konon), so cara nak mengurat zaman dulu letak kertas nk berkenalan dlm buku bwh meja, xpun selitkan atas bawah sampul plastik meja..





mule-mule nak berdiri, tapi kitaorang ni spesis kecik, so kena mencangkung kat depan tuh..hahaha..pict ni masa kitaorang form 5/2000. Sekolah ni ada 3 course, teknik, vokasional dan SKM. Dalam pic ni semua Teknik (Gabungan Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik). Nampak tu Pak Din..hehehe...Actly kat Jb jumpa gak muke2 dlm gambar diatas esp yg lelaki lah, tapi aku akan berfikir "mcm pernh nampak"..mmg x dpt jawapan. sampai rumah baru teringat "lah, itu budak sekolah aku"..


Inilah dia bebudak kelas ku dahulu kala..waktu ni pict ni diambil masa Jamuan Akhir tahun sblm SPM..best gilerrr


Jamuan akhir Dorm kitaorang. Time ni buat kat KFC. Aku ingat lagi time ni kene marah dgn orang2 kat situ sebab kitaorang konon-konon bising sangat. Actually, skrgni jumpa balik..kat mana..kat FB lah. termasuklah Bonda Azizah. Best dapat reunite semula.


Inilah classmate ku..5 PKA/00. skrgni semua dah bekerja. Tapi x semua involve dalam bidang yang kitaorang belajar dari zaman sekolah ni. Tak silap aku cuma aku and Zam je yang meneruskan perjuanagn civil ni. Hehehhe..


Always my best frens..duduk kat kelas semeja. Dorm lain. Bilik prep sama. Skrg dia dah jadi Engineer kat WCT (aku jugak yg terlewat sudah)..huhu..tak mengapa, sebab aku hanya mengidamkan tittle Jurutera di jabatan kerajaan sahaja since aku dh keje gomen kan. Skrg oleh krn WCT buat pjct infra Nusajaya, so kenelah bermastautin kat Nusajaya sblm berpindah randah.sblmni kat KL.almaklumlah, kerja site ni mcm nomad..ikut projek kan. Nama cikgu tu cikgu Asiah, cikgu kelas kitaorang yang cantik dan baik hati. Dia ajar kitaorang BM. Yang aku ingat apa yg dia ajar kat belakang tu, "dalam karangan awak kena ada aliran..pada permulaan slow, kemudian menaik, dan kembali menurun"..ceh..ingat lagi. Thanks cikgu, dapat jua aku A dlm SPM.

No comments: