Thursday, April 22, 2010

Musibah Alam

Entry kali ini aku ingin sekali bercerita tentang bencana alam yang terjadi di Iceland. Sekarang ni dah bermacam-macam bencana alam kat muka bumi ni. Sebelum tu, gempa bumi di daerah Yisu, Tibet, Wilayah Barat China dan sebelum-belum itu pun gempa bumi di Haiti, Padang Indonesia dsb. Semua ini terjadi dari kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh tangan-tangan dan akal manusia sendiri. namun dari segi saintifiknya, letusan gunung berapi yang menyebabkan debu tebal yang menutupi seluruh kawasan Eropah sehingga menyebabkan penutupan laluan trafik udaranya adalah disebabkan oleh fakta yang ingin aku terangkan di bawah ini. Kebetulan untuk semester ini, ada satu subjek "Geology and Rock Mechanic" yang aku pelajari dimana di permulaan bab menerangkan bagaimana terjadinya letusan gunung berapi sehingga terjadinya proses 3 jenis batuan di muka bumi ini. Dalam exam baru-baru inipun, ada dalam soalan final ku..alhamdulillah, aku dapat A-. walau target ku A+. Aku patut dan wajib bersyukur. Terima kasih kepada Dr. Hj. Tonnizam dan PM. Dr. Md For yang mengajar dengan penuh dedikasi (actually subject ini bukanlah subject favorite student civil engineering).

Ok, kat sini aku copy dan paste apa yang telah aku belajar tentang fakta saintifik kejadian gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan seangkatan dengannya :-

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.

Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.

Punca gempa bumi.

Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempabumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Negara kita sangat beruntung, disebabkan Malaysia terletak diatas lapisan titonic (lapisan ini sentiasa bergerak setiap hari). Jikalau terasa pun, hanyalah kesan gegaran. Namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini akibat abu gunung berapi eyjafjallajokull iceland amat-amat mengerunkan. Cuba kita amati, bagaimana hanya dengan satu gunung yang meletus, tetapi keseluruhan benua Eropah terpaksa menanggung akibatnya. Beribu-ribu penumpang terkandas akibat penutupan laluan udara ke negara-negara Eropah, Konsert artis-artis hollywod seperti mylie cyrus terpaksa dibatalkan, Promosi untuk filem terbaru Iron Man 2 pun terpaksa dibatalkan dan Whitney houtson terpaksa menaiki kapal untuk mengadakan konsert di sebuah negara. Malahan ada peniaga yang membeli kereta terpakai semata-mata ingin pulang ke negara asal mereka menggunakan  jalan darat (Utusan malaysia 19 April 2010).

Teringat aku sebuah buku yang aku lupa tajuknya, diamana buku itu menceritakan pada satu masa nanti semua kemudahan teknologi yang canggih tidak dapat digunakan, maka manusia akan menggunakan teknologi asal. Pada masa itu kenderaan-kenderaan seperti kuda, unta akan digunakan sebagai tunggangan. Jalan darat akan digunakan sebagai laluan utama dan kapal-kapal laut yang dianggap lembab dan lambat akan digunakan semula sebagai satu trend penagangkutan.

Ini sangat terbukti dalam bencana yang Allah turunkan. beribu-ribu orang menggunakan kapal laut untuk pulang kenegara asal semata-mata tidak mahu terkandas terlalu lama di lapangan terbang. Aneh malahan sangat lucu, mereka terpaksa tidur di kawasan Airport semata-mata ingin mendapatkan penerbangan pertama sekiranya laluan trafik kembali pulih. Jika tidak, mereka terpaksa menunggu hingga minggu seterusnya. Namun semalam (19 April 2010) laluan trafik udara kembali pulih sedikit demi sedikit. Kerana kajian mendapati awan abu yang meliputi ruang udara Eropah tidak akan menjejaskan enjit jet sekiranya pesawat terbang di kawasan yang dicemari gunung berapi. Terbukti walau secanggih mana teknologi yang manusia ciptakan, namun masih tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Allahuakbar....




Debu-debu ini seperti Air terjun



Bila salji dan debu bersatu

Pemandangan dari atas



Orang ramai berpusu-pusu melihat debu di gunung berapi gunung eyjafjallajokull. Amat beruntung kerana tiada penduduk di sekitar kawasan ini seperti mana gunug-gunung berapi di Asia



letusan gunung berapi pada waktu malam



see. terasa macam hari kiamat pulak..nauzubillah min zaliq..semoga aku tidak berjumpa keadaan ini..






Kejadian-kejadian seumpamam ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pengajaran kepada manusia. Namun dengan pembangunan yang ada sekarang, ia menuntut manusia untuk mengorbankan alam yang diciptakan tuhan. Ini tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun, sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam negara yang aman damai walaupun situasi politik negara kita sekarang ini agak terumbang-ambing. sebernarnya negara kita begitu pemurah, cuba kita lihat sekiranya ada bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, banjir dsb di begara jiran..negara kitalah yang menghulurkan pertolongan dahulu. Oleh kerana itu mungkin, negara kita terlepas dari bencana alam yang besar walaupun masih ada juga yang dapat kita rasai.

No comments: