Tuesday, May 4, 2010

Apa Yang Telah Aku Belajar???



This pict just to reminds me as a muslimah..we just human beings and always makes a mistake and as a muslims, i always remind myself try to dont go too far away...and just turn back if i notice i did mistakes...syukran Yazakallah to ppl who always reminds & besides me..gives and takes is the best way that i've learned.


Apa Yang aku telah belajar?????
Aku belajar,

Bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai..

aku belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...


aku belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama aku dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

aku belajar,
untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain..
kerana aku yakin dan percaya proses pembelajaran utk menajadikan diri lbh maju..
memerlukan masa dan sama-sama harus belajar..

aku belajar,
Bahawa orang yang aku kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada aku.


aku belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.


aku belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai ku...


aku belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan ku....
Dan untuk itu aku harus memaafkannya....


aku belajar,
Bahawa aku harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...


aku belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi ku,
Tapi aku harus bertanggungjawab untuk apa yang aku telah lakukan...


aku belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...


aku belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki,
Tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya..


aku belajar,
Bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri aku..

aku belajar,
Bahawa aku punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti aku harus benci dan berlaku bengis...


aku belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang aku cintai..


aku belajar,
bahawa orang – orang yang yang aku kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan ku...


Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.


Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga diri ini lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

1 comment:

MisZ inSZAiNS said...

aku suke bace yg ni,,mengingatkan aku tntg erti hidup ini..~;)