Sunday, May 30, 2010

Di akhir rasa ini

Apa yang aku cari??
aku tahu apa yang aku inginkan...tapi..aku takut..
aku takut tidak akan tergapai apa yg aku impikan..
ia umpama sebuah angan2 yang cuba dilakarkan oleh arkitek
melalui lukisan 3D ACD dan yang seumpama dgnnya..
bila sampai ke tangan QS..banyak pulak yang diconggak..
sesudah sampai ke tangan Jurutera..ada sahaja yang diubah di tapak..
maka Pengarah Projek mengarahkan design diubah..
itu belum lagi arahan dari PP jika projek itu di bawah
seliaan JKR..argh..banyak sangat prosedur yang perlu dipatuhi...
ISO, audit..meeting sana sini..huhuhu..pening kepala...

kalaulah apa yang aku inginkan semudah kita
menikmati keenakan tahu bakar di Otak-Otak Danga Bay
seperti menikmati satay Wak Radol di Kempas..
terkadang seperti merasai mee rebus di ZZ
atau pun juga asam pedas Seni Bong..
arghhhh....
alangkah indahnya hidup ini..

Namun aku sedar..apa yang aku inginkan tidak semudah
seperti apa yang aku harapkan
tidak semudah seperti resepi di ruang dapur....
kadang2 aku terpaksa menurunkan sedikit keinginan ku
yang tinggi melambung..
teringat kata-kata seorang yang aku sangat hormati
"kita tidak mungkin dapat semua apa yang kita hajatkan dalam satu masa"
dan aku bersetuju dengan phrasa itu...

Banyak yang telah aku korbankan
untuk mendapatkan apa yang aku inginkan..
masa, perasaan, wang..
aku meletakkan diri sebagai wanita yang
berada pada tahap sepatutnya...
itu yang aku telah pelajari...
pelaksanaan???
aku masih belajar dan terus belajar...

kadang-kadang aku terpaksa menipu perasaan aku ...
semata-mata untuk menjaga hati orang lain..
aku belajar untuk memujuk hati
agar tidak mudah terasa dan merajuk hati..
aku belajar untuk mengalah...
aku belajar bahawa biarlah aku lebih mencintai seseorang itu...
aku belajar untuk berusaha...
aku belajar untuk lebih menghormati...
aku belajar untuk terus mempercayai..
aku belajar untuk menyukai...

kadang-kadang aku terfikir...
setahap mana apa yang telah aku belajar...
sejauh mana yang telah ku gapai...

aku harap aku tak penat...
kerna, bila ku penat...aku tahu apa yang aku akan lakukan...
dan sesungguhnya aku belajar untuk menikmati hidup dgn cara yg betul..



No comments: