Friday, May 7, 2010

Jika Aku Seorang Ibu???

9 Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Ibu seluruh dunia. Harini (7/05/2010), kebanyakkan stesen-stesen radio menyiarkan topik berkenaan IBU. Lagu-lagu yg berkumandang pun semuanya berkenaan dgn ibu malahan surat-surat khabar pun lebih kurang sama. Mungkin juga kerana 9hb. Itu jatuh pada hari Ahad, jadi topik sebegini lebih komersial jika dibincangkan pada hari bekerja dan bukan pada cuti umum. Salah satu tajuk topik kat radio-radio adalah “JIKA AKU SEORANG IBU” (radio X-Fm). Tajuk ini sangat menarik untuk dikupas dengan lebih mendalam memandangkan terlalu banayak isu yang diketengahkan pada masa ini sehingga tertubuhnya kempen KAMI PRIHATIN by Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (satu usaha yang sungguh murni).
Topik yg diutarakan oleh DJ Ray tu sesuai (angan-angan mungkin) bagi mereka yg bujang dan juga belum ada rezeki dikurniakan anak. Bagi diriku yang masih single, apakah angan-anganku Jika aku seorang Ibu??actually seronok aku tgk kawan-kawan yang dah ada anak. Muda-muda lagi anak-anak dah membesar. Ada antara kawan-kawan aku yg sebaya dah ada 4 orang anak, dan yang sulung berusia 7 tahun!! Bayangkan, umur 40tahun dah relax. Anak-anak dah besar dan dah boleh jaga badan semula (pinjam kata-kata Kak Akma yg skrg berumur 35tahun dan anak sulung form 1). Tapi bygkan akan datang aku umur mcm tuh, kalaulah aku dah berkahwin masa tu anak-anak kecik lagi, metabolisme pun dah menurun, nak kena layan anak-anak yang kecil, nak kena uruskan rumahtangga lagi (hope aku dpt husband yg ringan tulang..huhu). Tapi zaman moden skrg, ramai yg kahwin lambat dan dalam sesebuah institusi kekeluargaan pun paling ramai pun 3 orang anak. Apapun, pada aku ini semua bahagian hidup masing-masing yang telah Allah tu tentukan yang mana semuanya ada hikmah yang tersendiri.
Well, Jika aku seorang ibu…hummm, dalam dua tahun ni aku sering berfikir jika aku seorang ibu, mampukah aku mendidik anak-anak di zaman yang serba canggih yang mana arus kemodenan mempengaruhi kehidupan kita secara tidak langsung. Sejujurnya dengan kisah-kisah dan pengamatan mata ku sendiri, aku amat takut membesarkan anak di zaman moden yang tersangat mencabar jika tidak punya kekuatan minda, fizikal dan iman yang kuat. Aku pernah menyaksikan bagaimana sekumpulan remaja sekolah masuk ke tandas dengan berpakaian sekolah, kemudian menukarkannya dgn pakaian yang orang-orang dewasa pakai --->sah-sah mmg ponteng sekolah (actly apa nak hairanl kalau difikirkan dgn akal yg logik, skrg semua terdedah dgn cepat)..itu tidak lagi dengan nilai-nilai rohani dan personaliti yg skrg terlalu ampuh. Aku tgk budak-budak skrgni depan mak bapa je lagak baik, tapi belakang sudah berubah (ada dua persoaniliti). Ironinya ini bukan salah mak bapak, kdg2 mrk telah memebesarkannya dgn sempurna, tp disebabkan oleh pengaruh luar yg begitu kuat, ianya boleh berubah sekelip mata. Kes-kes seperti Benjy dan adik AminulRashid, sesunggunya banyak membuka mata banyak pihak. Secara peribadi, aku sendiri tak menyalahkan kedua-dua pihak (ibu-bapa dan pihak berkuasa). Kerana masing-masing menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan mereka (ibu-bapa sedaya upaya mempertahankan anak-anak sendiri). Aku berpendapat, ini semua adalah silap anak-anak mereka kerana tidak mampu berfikir sedalam-dalamnya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Apapun benda dah jadi, menyesal tiada gunanya. Segala-galanya menjadi tauladan bagi kita yg bergelar ibu bapa dan anak-anak.
Keluarga, adalah keluarga kita sendiri yang mana segala-galanya kita sendiri yang mencorakkannya. Kita memang x boleh membandingkan dgn keluarga org lain. Ini krn keluarga kita sendiri dan kita yang bertanggungjawab. Sebab itulah aku berfikir, jika aku seorang ibu kelak, mampukah aku mendidik anak-anak sebaik yang ibu-bapa aku pernah berikan kpd aku, bagaimana aku mahu tangani segala permasalahan yg bkl mendatang, segalan2ya bermain di fikiran (aku pernah terbaca dlm buku "Jangan Bersedih" org yg takut utk mendatangi sesuatu benda akan dtg dan belum pasti adalah org yg gagal), huhu..itu mmg betul.atleast aku tahu batu asas yg perlu aku ada utk aku pegang bagi hari-hari kemudian. Aku boleh ungkapkan sebegini,  
''perkahwinan bukanlah sekadar sesibuk atau se-excited mana kita ingin membuat persiapan majlis perkahwinan agar kelihatan perfect, tepapi yg lebih penting keluarga yg bagaimana yg kita ingin corakkan selepas majlis  perkahwinan tersebut"
..huhu..itu yg lebih penting. Hopefully aku berjaya menempuhinya walau ku sedar zaman yg mendatang sangat-sangat mencabar dlm pelbagai sudut dan aku mampu memngimbangi antara kedua-dua kepeluan duniawi dan ukhrawi buat generasi akan dtg memandangkan aku sndr berfikiran terbuka.


Buat mak yang teramat kami sayangi, we love u forever. Tiada siapa yg mampu mengantikkan tempatmu. Walau tidak semua keperluan material yang kami inginkan dapat dipebuhi, namun kami bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak-anakmu. SELAMAT HARI IBU emak, semoga diberikan kesihatan yg berpanjangan utk melihat kejayaan kami anak-anakmu dan membalas jasa yg telah diperuntukkan kepada kami....;-)

No comments: