Friday, June 11, 2010

~FRIDAY bluess~

Harini aku terlewat bangun tidur, padahal aku rasa dah set jam 5.45am. Tapi maybe aku off my fon bila charging sebelum tidur, so unfunction kot. Tapi rasanya sebelum ni ok jek, boleh pulak berfungsi.
Tapi rasanya aku kot yang tidur mati, diz week aku sangat penat. dunno why, nak kata banyak kerja..kerja macam tu jugak. Tapi itulah, badan memang penat. Siap aku beli eye Mo utk relex kan mata aku yg memang sangat penat. Nak pakai spec, kalau boleh tak nak biasakan (even, cuma time dalam kelas je aku guna..bukan rabun..cuma kalah cahaya).

Aku rasa, apasal aku tidur lama sangat. Sebetulnya, dalam aroun 4.45am aku dah tersedar..yang tak boleh blah siap capai kertas Calculus yg aku nk study malam tadi, konon2 nk tgk ...tapi tidur lagi. Bangun2 dah pukul 6.35am. Biar betik.....aku tgk jam tangan, double check kat jam-jam tangan lama aku yang aku gantung kat dinding, third check lagi, jam kat dinding dining area. yelah, memang dah 6.45am. Rasa mau send sms pada En. Awi, ckp aku masuk lambat sikit. Tapi aku fikir semula, inikan cuti sekolah, jalan mesti lenggang punya. Baju pulak tu tak bergosok lagi, konon nak bangun malam nak iron baju. Last2 aku siap mandi, solat semua, aku capai baju yg tak payah iron dan sarung tudung yang bersarung jek..haha, sungguh selekeh, no make up ok (walau mmg dhlama aku x make up kalau nak pergi kerja, lama tu amik masa nanti), so make up sampai office aja. around 7.00am aku keluar, sampai guard...aduihhh bengang lah aku nampak muka pakcik ni. Tak faham aku, mesti asyik nak tahan jek. Tanya, "knp x buat kad sentuh" (malas lah tu nk buka palang, padahal kad aku hilang mana ntah).."bila nak amik lah kat management"...banyak songeh lah pakcik....tapi bila aku tanya Ita, dia pernah ke pakcik tu tegur dia..

"takder pun, nampak je kete aku terus dia buka palang"..

bengang seyyy aku dengar. kenapa aku jek jadi bahan dia..petang pun sama, pagi pun sama. Unfair ok pak cik...kdg2 aku fikir, pakcik ni saja je nak borak2 dgn aku..huhu, dgn Ita xd lah pulak nak bagi warning ke apa..bengang lah aku. Macamana nak amik, office tu tutup pukul 5.30pm, kdg2 aku bukan terus balik..so bila lagi nak amik...and jalan, memang lenggang. 7.15am aku sampai office. Giler x cepat, sblm ni mau setengah jam aku sampai kalau keluar 6.30am pun. Kalau area2 pagi ni aku keluar, mau pukul 8.00am aku sampai office. dahlah skrgni kat area BBU IRDA mmg tgh rancak upgrade jalan. Semua kenderaan dilencongkan kat jalan Danga Bay, so mmg crowd sikit kat tempat tu..


my menu for breakfast..CHAR MEE..siap tapau lagi...ni on of char mee yg sedap kat Jb..location kat Hutan Bamdar. Husband dia chienese sarawak and convert to muslim bila kahwin dgn aunty ni (ckp berabuk english aunty ni seyy, since ramai sedara mara sgporean). selain dr char mee, aku suka gak mee kolok dia. sedap bangat. start tahun ni, kalau siapa nak tapau..kena bwa bekas sendiri. no more plastic..bagus idea aunty ni. aku tersangat sokong. In fact, kalau shopping pun, aku bawa beg sendiri utk pack semua groceries ke, even tak mau plastic kalau benda tu kecik je..btw, char mee ni mmg sedap...

No comments: