Thursday, June 10, 2010

KAMPAR Part I

Ini adalah jornal perjalanan ku sepanjang Induksi Umum Kumpulan 1 bil.3/2010 Kementerian Kerja Raya. Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang malas nak pergi..sebab dah pernah pergi masa post Kumpulan 2 dulu. Tapi disebabkan skrg ni tergolong dlm kumpulan 1, wajib pergi untuk penegsahan jawatan. Kalau tak, lambatlah nk confirm. Lebih dari tu, tak boleh naik pangkat..gaji memang confirm2 stuck. Lagi parah, memang kena buang kerja lah. Lepas tu melopong nak cari kerja kat mana..haha2. Tidaklah begitu best berbanding pengalaman 4 tahun lepas. Masa tu umur aku pun 24, muda lagi dan yang pergi pun semua muda2 belaka dan mmg tgh excited yg amat.

Pengalaman kali ni memang amat berbeza. Walaupun isi kandungan kursus/modul, lebih kurang je..cuma memang ada penambahan terutamanya yang pergi kali ni kebanyakkannya golongan profesional mcm Engineer, JuruUkur Bahan dan Arkitek, surely mesti kena tahu banyak benda dalam perkhidmatan, since org kata apa, jadi BOS. Tapi post aku, boleh dikira lah dgn ..x sampai 20 orang. Tapi gred kitaorang masih lagi tergolong dlm kumpulan 1 ni lagi..huhu..next time kalau ada rezeki dapat J41, syukur yg amat..x perlulah aku nk tempuh induksi mcm ni lagi..sudah penat lah. Malah, yg paling penting aku bersyukur bermula dari bawah. Bukan terus2 dapat kedudukan tu..Bukan senang nak senang kan.

Oleh kerana tahun ni, gomen dah mula buat pembajetan yg mmg amat dirasai oleh kami gomen servant..kenalah kursus di tempat-tempat yg berkenaan dgn gomen juga. kalau tak sblm ni mmg kat hotel semua (ni demi menyokong industri perhotelan..aku perasan, why hanya gomen je yg selalu mendokong dan menyokong segala tindakan dlm issue yg selalu dibangkitkan, knp swasta pun tak buat mcm tuh???unfair ..huhu..personal opinion ok). Aku pergi pun naik public transport, since aku dapat pelepasan pergi untuk course yg ke-2 (sbb dah pernah pergi induksi slm ni..serius x excited lgsng nk pergi), Si Sidek (driver office aku) that time nak uruskan majlis perkahwinan dia (time2 ni  lah sibuk nak kahwin bagai..haha2...dia pun menegjut je nak kahwin sbnrnya)..so aku dgn rela hati pergi sendiri. Nak drive???oh....belum berani sejauh begini.


Tak tahu apa nama ikan ni. Ni kat Yong Peng, stop sebentar makan. Banyak ikan besar-besar kat sini..since kat sini tempat cina. Teringat zaman remaja kat polisas dulu, sanggup masuk kuil cina nk tgk ikan naga. dgn budak2 ni..giler apa..dululah, zaman remaja2 yg lambat sikit nk pick up.

 inilah pekan kampar. Kecik je..mcm pekan kat Parit Jawa, Muar. mcm tu lah..haha..rumah kedai pun, ala-ala lama punya. Then aku tunggu jap kat kedai makan kat tepi jalan, tunggu kak wani dari Ipoh. Konon nak tumpang dia ke Kem, since husband dia pun kena g induksi sama. Tapi last-last dia lambat, dia pas dgn kawan dia yg keje PKK, Asni. Dari situ we all kenal..



My tag name. wajib diapakai sepanjang tempoh kursus ni.



ni view dari luar dorm kawasan penginapan kitaorang. Tempat ni memang cantik dia punya view. Sebab ada banjaran Titiwangsa kat belakang. Lebih dari itu, kemudahan sukan kat tempat ni memnag mantap. Sebab ada track sukan, kayak, gym, padang bola dsb. Tempa pun dah namanya Kompleks Rakan Muda, cuma sayangnya tak ramai bangsa kita gunakan. Mostly bangsa lain..sayangkan...padahal free jek. infact nak gunakan gym pun, cuma RM 15.00/month. cuma tidaklah secanggih gym yg ada di luar, tapi still boleh digunapakai.


.............continue then..........

No comments: