Wednesday, June 16, 2010

KAMPAR PART II

aku nak continue with my journal masa di Kampar. Dah lama gila stuck, best kot nak remind semula. best ke??bolehlahhh..well, kehidupan selama 2 minggu ni mmg sangat padat. Untuk setiap aktiviti, peserta kena awal 15/20 minit awal. huhu, boleh adjust lah kan masa. Bak kata fasilitator batch ni
" batch awak ni ..batch yg paling pasif.." sebab, dia x dapat denda pun peserta yg lambat, tak pakai tag nama etc etc mcm yg lepas. dikira nerd ke?? well, i should proud.coz why? diorang ni kebanyakkanyannya gred J41 ok..ada yg ketua jabatan dkt sesetengah jabatan masing2, kalau nak buat kepala sendiri boleh aja. coz bos apa, siapalah urusetia yg most most hanya gred 17 jek..tapi diorg tak, still ikut law. walaupun ada rungutan dibelakang, itu biasalah, mana ada yg perfect kan semua..termasuklah aku yg rajin komplen belakang with rakan-rakan seangkatan..hahaha..(since dh ada exp. dlm induksi yg lepas, so banyak benda yg aku nk pertikaikan..hahahaha)



ini group aku..BELIAN..batch kali ni ikut nama pokok pulak.dulu masa aku induksi, ikut nama binatang liar. Cheers group ni plg glamer dalam induksi kali ni, memule aku pun x sure knp (since aku masuk pun lambat  kan)..sikit2 kalau Belian je..diorang akan ckp "cheers" or "oh Belian!!"..cheers group ni mmg best kot. Since suara Arif tu mmg kuat gila...dan yg paling best, even reunion semula kat FB pun, still cerita benda yg sama...





Ni waktu Kursus dalam kelas. satu hari tu ada 3 tajuk yg berbeza kadang-kadang. Subjek-subjek yang diajar ni utk menjawab soalan dlm exam masa hari terakhir nanti. Ada exam ok. Subjek yg aku plg suka adalah dari SPRM, IIM..then perkhidmatan. Coz semua tu related kan. Yg lain2 pun ok..Banyak tu nk cover..boleh pulak kan kalau dh mengantuk sangat tidur jek....since subjek Sejarah Malaysia mcm boring jek..




Suasana dalam dewan tuh. Ni break time kot. Susunan kedudukan random. Tapi kalau aku dtg awal, aku suka sendiri pilih siapa yg duduk sebelah aku even sebenarnya tag nama kitaorang tu kumpulan bertugas dah tentukan. Suka-suka ati ja kan. Senang aku nak borak bila boring. Lebih2 lagi duduk sebelah kakak2 gosip yg memang banyak mulut ni. Tapi kalau dah mengantuk, aku tidur juga. Yang x boleh blah, ada satu subjek tu mmg boring (Dasar-Dasar Malaysia)..aku kenal penceramah tu..coz dia dulu entertain batch aku masa post lama aku tahun 2005. Bayang kan skrg dh berapa tahun, most most dia skrg dah M48 mungkin.Sangat boring, coz dia membaca walau ada intonasi. Start ceramah 8.30am, tak sampai 15 minit aku dh terlepap..mengantuk gilakkk...sampailah habis dia ceramah..im pretty sure bukan aku jek..coz bila diorang put balik pict2 masa induksi kat FB, ramai gak yg tidur...pict yg x boleh blah, pict Ariff..kelihatan begitu menikmati saat2 tidur sampai mulut terbuka...Kalaulah staff ko tgk Ariff, mau diorang gelak kan ko..





Nama dia Hasni. 1st ppl yang aku jumpa dan kenal kat Induksi kali ni. Itupun sebab Kak Wani minta tlg dia amik aku kat Pekan Kampar, since dia pun pergi kursus ni sama. As keje kat PKK Perak, btw she is nice and soft spoken person..sangat berbeza dari aku yg energetik sikit.sikit je, x bnyk pun..tapi dlm sepanjang course ini, dialah Best Friend aku..kitaorang sebaya..memule dlm fon panggil dia kakak, then aku tanya kak wani balik

"akak, Hasni umur berapa?"
"entah, baya2 miza kot..xpernah tanya pulak..27/28 mcm tu"
"suka2 ati je kak saya pnggl dia kakak"
"hahaha, nasiblerr"

Bila dah jumpa tanya balik, baru tahu..kami sebaya ok..
even, kitaoarang tak rasa kitaorang baru kenal..macam dah lama kenal jek..boleh borak apa aja (BTW inilah luahan perasaan kitaorang masa malam last..hehe)..Kalau pasal kerja, maybe satu Kementerian dan Kak Wani pula satu department dgn aku cuma lain Negeri. 1st day kitaoarang stay kat sini, kamilah org yg paling awal bangun, 4.45am..yang lain lena diulit mimpi..konon mcm x cukup bilik air, padahal banyak giler..peserta perempuan pun cuma 27 orang je dari 70 participants.Then lepas2 tu, 5.30am baru bangun..sebab??mmg dah penat sgt2 x cukup tidur...




Mood: boring...time ni tgh study kot..stress tgk orang study gila2 utk jawab exam...hahaha..stress a bit lah, coz dah lah kena buat assg. personal. bayak tu soalan..then mana nak ikut xtvt yg memang padat (timing lagi)..then nak study, haha sangat x cukup masa..tapi at last, berjaya juga..dan yg tambah stress, dahlah soalan pun subjektif..jawab 4soalan..bukan boleh bawa buku pun. Buku kalau nipis xper, subjek pulak banyak nak cover..sapa nak jawab??nasibler ko..lagi tambah stress bila masuk dorm tgk si Faz study..gila lah minah QS ni..aku rasa sblm tidur tu dia masih study lagi, aku tersedar dia study lagi..aku bangun tidur, dia masih lagi study..stressnya aku...haha, aku relax je...yerlah, mlm last tu sblm exam dapatlah beberapa spot soalan..so study lebih kat situ je....




Antara aktiviti riadah petang. Futsal, bola tampar, bola jaring..hummm, time ni group aku lawan group cengal kot secara Liga. 1st time aku jadi gol keeper, teror gak group aku coz berjaya melawankan group cengal
1-0.  Kalau aktiviti riada pagi (start 6.30am -7.30am), biasanya lari kat track 2 kali pusingan, senaman taichi dan lompat bintang (berstep2 ok)..dan satu lagi tarian yg paling glamer "poco-poco". ermm, tak faham aku dioarang2 minat sangat tarian ni...aku dh expert dah (wah sangat berlagak)..coz biasa buat dgn dak ita n eton masa zaman2 tgh rajin2 lah ber-aerobic dulu2...


ini game yg xleh blah...buka kasut..pastu di randomkan..then cari sampai dapat...xd idea dh AJK sukan




Kak Ros and kak sue...dua-dua mmg banyak ckp..kesian kat kak rose ni, mengandung time induksi. Banyak xtvt yg dia xleh join..



Inilah games yg En. Azlan ckp (our fasi)..games paling pasif dalam sejarah induksi..hahaha..
"kat sini banyak kemudahan sukan, gunakan"itulah ayat dia..sometimes kitaoarang penatlah...then nak riadah lagi...masa pulak terkejar..nasib dh lepas azab 2 minggu..


Port berkumpul utk senaman.
Mula2 kenalah beratur ikut kumpulan. Kemudian setiap group buat kawad lapor pada Penghulu, then penghulu akan buat laporan pada fasi/urusetia. Kat sini juga buat senaman ringan. Kalau ikutkan boleh kurus, coz dua kali senaman satu hari..tapi...mengapa x juga kurus???huhu



 Comel je dia ni. Tapi dia setahun lebih tua dari aku. 1st time tgk dia, comelnya dia ni..
mcm kids. ingatkan Sabahan..rupanya satu kapal juga dari Johor. Ini Sya, Engineer kat JKR..comel, tapi dia sangat tegas. Sebab saya sekumpulan dgn dia. Kecil-kecil cili api...



Rambut baruku..hahaha..hodohnya rambut palsu tuh...inilah dorm kitaorang..macam asrama pulak. sedih kan batch kitaorang tahun ni duduk tempat macam ni. Biasanya diaorang buat kat hotel. Tapi ok lah, bersyukur sangat..sebab dah lepas dah. induksi wajib ni...batch akan2 dtg kalau dapat semula kat hotel tu, kira tuah u all kan...Plus, dorm aku ni best. coz bila sorang bercerita especially  pasal kecantikan, kesihatan ke..semua akan menyampuk...itu tak lagi cerita resepi r/tangga..walau sambil bersolek, boleh je bersembang dari tempat masing2...
pssst: 2 buku yg tebal di belakang itulah antara buku2 yg wajib dibaca...ada lagi 1 buku yg tebal ok



otw balik dorm..aktiviti kelas malam pulak habis pukul 10.30pm. sometimes terlajak juga pukul 11.00 pm mcm tuh....beg tu??mcm beg pizza delivery kan..semua participants dapat time ni....classmate aku gelak bila aku bawa g kelas..ada aku kisah??yg penting aku boleh sumbat macam2 kat dalam tuhhh





ni time ulangkaji...macam2 ragam ada....mmg giler argh tgk diorang pulun study..huhu, dh maca nak amik final exam pulakkk,,,actually aku tertarik dgn jam yg kak rose ni pakai...pattern idaman aku...



With Kak sue. Saja aku buat muka ke-poyoan. Time ni kat Kantin minum petang. Kak Sue and Kak Rose satu jabatan, dari ICU JPM. best diorang ni mulut pok pek..pok pek....



Ini Kak Rose ICU. Coz ada 3 org nama kak Rose dlm induksi ni. Aku rajin minta make up dia, since dia gunakan Simply CT kan..make up sangat best....(in my poit of view)..especially blusher and lipstic. mmg stuff dia sangat menarik if we going to Watson. promoteee



Posing dulu sebelum g dinner malam terakhir. Masa ni dh habis tekanan exam dah..x boleh blah, still juga kena pakai tag nama...



Ini group aku..BELIAN..
makan times..sangat banyak aku mkn..coz mmg dari petang x mkn..
kat sini mmg aku rajin makan, walau xdlah best sgt pun. Tapi sebab lapar..sampai budak kantin tu ckp
"..akak ni mmg kuat makan erk...."
huhuhu
sebabnya mungkin aku suka amik cth roti tu, lebih. org lain amik satu, aku nak juga dua..bekalan makan kat dorm..kat dorm pun aku rembat juga roti/kek As, Kak Rose and Kak sue..patutlah x kurus2 pun kat induksi ni. ini ok per kat kem rakan muda...kantin jekk..
cuba kat hotel...
mesti lagi mewah foods nya...




Persembahan malam terakhir dari group aku. We all sampaikan puisi dulu then nanyi lagu Sudirman, "Pelangi Petang" then cover b/ground tu dgn gambar2 aktiviti team BELIAN masa induksi ni. Masa Reheseal, si syed aka torezz beria2 nk wat bermacam2 gaya..berjalan lah apalah..bila start nak wat persembahan dia ckp , x perlu buat semua tu..kita berdiri setempat..hwahwa..nurveous lah tuhh..


Kena baca puisi ...bantai saja intonasinya...



pict blur dorm kitaorang nasyid lagu  brother's..lupa tajuknya...dorm yg over expose..hwahwa..boleh ker..
dorm lain xdlah nak buat persembahan, dorm kitaoarang je...Dewi lah jadi solonya..she is beatiful, frm Sarawakian....



sebelum balik. bas-bas kat belakang tu angkut barang2 dan peserta. Barang2 induksi ni je dah satu bas...mula-mula aku nak lah juga saing diorang drop by KL. but atas sebab yg tak dapat dielakkan, aku tumpang je kete my -ex bos yg juga jadi fasi masa induksi ni balik JB..selebet gile muka aku...



Singgah kat Bidor beli buah. Tapi aku lebih suka Tapah..envi dia kott..
boronglah buah jambu..tapi bila singgah Pagor, aku rasa lagi murah..camna tuhh..tp aku assume aku ada bawa something made in Perak..


Segala pengalaman yang dikutip dalam induksi kali ni, aku simpan elok2. Banyak sangat yang boleh dipelajari. One more thing, ini juga lebih kepada increase/generate friends networks. Since we all berjawatan dgn pangkal J..x mustahil satu hari nanti boleh jumpa. Lebih-lebih tak mustahil, mereka yang ada dlm group ini jumpa semula, dialah bos or ketua jabatan aku..memandangkan kebanyakkannya adalah J41.

last, Kampar adalah sebuah pekan yg mengingatkan aku kepada suasana pekan kampung ku ( Bukit Gambir)..sewaktu aku masih budak2..sekarang pekan di kampung ku, telah berubah wajah..



No comments: