Tuesday, July 27, 2010

~Nisfu syaaban~


Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Harini 15 Syaaban. dari pembacaan aku, banyak kelebihan malam nisfu Syaaban dan juga keseluruhan bulan ini sebelum tibanya Ramadhan. Mudahan2 aku dapat mengisi ruang yang ada untuk lebih mendekatkan diri kepada MU..mudahan2 juga aku berjaya mengatasi hawa nafsu tidur yang sangat-sangat memburu ku kala ini....Dengan lebih bermuhasabah..aku dapat menyedari segala kesilapan yang telah aku lakukan sebagai seorang manusia biasa...kejayaan hari ini bukan hanya terletak pada tangan kita sendiri. Namun berkat doa ibu-bapa, dorongan org2 yg disekeliling..itu semua membantu...kemaafaan dipohon kepada insan-insan yang sangat terasa hati dengan sikap ku selama ini...samaada sedar atau pun tidak..sesungguhnya bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang....wallahualam...

No comments: