Wednesday, August 18, 2010

Fear vs Fobia

CINTA ?

Kau berani bilang ini cinta ?
atau sebenarnya ini semua nafsu semata mata ?
Mana ada cinta perlukan pengorbanan ??
Mari aku beritahu APA ITU CINTA ..


CINTA memerlukan agama sebagai telunjuk ke jalanNYA
CINTA membawa kita ke syurgaNYA ..
CINTA menjauhkan kita dari nerakaNYA ..
CINTA membuatkan kita mendekatiNYA , 5 kali sehari !
CINTA melafazkan zikir zikir serta selawat pada YANG ESA dan RasulNya
CINTA terlalu agung untuk diperkatakan ...


JANGAN SESEKALI KAU LAFAZKAN CINTA selagi kau belum bersedia ..
Jika kau dapat hayatinya , SESUNGGUHNYA CINTA ITU TERAMAT INDAH ..

tadi aku baca blog encik  ben Ashaari....dan aku terlihat pada title ni..ermm, bila baca..aku terkesima sebentar..meaningful..x boleh nak huraikan dgn kata2..namun penuh bererti...dan sebagai seorang muslim, itulah yang dimaksudkan..itulah yang seboleh-bolehnya aku harapkan. hummmmm

Berbalik pada entry ini. Actually bila dah dewasa, macam-macam perasaan yang timbul..oh tak tipu. Semuanya berdasarkan pengalaman, pengamatan dan keadaan sekeliling. Sometimes, rasa fear untuk berhadapan dengan satu situasi yang baru dalam kehidupan. takut untuk lakukan satu perubahan dalam kehidupan. Bukanlah bermakna telah sangat selesa, oh sangat tidakkk. Ada sesuatu yang terbuku dalam hati, entah lah yer..bilalah aku nak memulakan pembaharuan ini. Erm, banyak yang kena fikirkan..tapi aku tahu one day, masanya akan tiba juga..

Bercakap mengenai fobia. Bila dah dewasa ni, ada sesuatu yang aku rasa aku fobia. Mula-mula mestilah bunyi deringan telefon. Deringan telefon dari orang-orang tertentu di waktu pagi-pagi buta dan malam buta. Entah erk, aku sekarang ni kalau family aku, x kiralah sesiapa pun telefon waktu2 tertentu, aku dah rasa cuak. yelah, kadang2 kita tak tahu kan benda-benda yang tak diingini berlaku. Oh, tabiat aku pula suka charge fon dan off hp tu. konon bagi power battery lebih sikit. Tu yang pernah ada orang telefon aku waktu malam buta untuk bagitau perkara penting, tapi aku tak dapat dihubungi. Camner tu...tabiat aku ni dah lama, sejak aku mula-mula pakai hp lagi..so susah sikit nak ubah. Cuma sekarang ni je aku kurangkan mcm tuh.
 
Sekarang pun kalau driving, mata aku memang kena focus depan dan belakang. kadang-kadang tepi juga..focus dan warn myself berhati-hati dgn kenderaan yang ada kat depan, belakang dan tepi. Pertama kali aku accident, last year. Masa tu jalan tu mmg sibuk sangat. Entah macamana lori treller beso tu boleh langgar tepi kete aku..ohh, kemik jugak pintu, rim dan bumper depan kemek. Alhamduliilah x pecah apa-apa. recently, ohhh...scary nak tulis. Cuma, entah yerk mungkin bukan rezeki aku. Tulah lain kali bawa kereta baca doa naik kete. oh...scary nak ingat balik dan scary nak tgk kereta tu yg terkini. Cuma Allah tu panjangkan nyawa aku lagi, Alhamdulillah. Sebab tu, aku dah tambah-tambah penglihatan mata waktu driving. Kerja bertambah, tapi aku dah fobia. Kadang-kadang kita memandu dengan penuh cermat dan bertatasusila, tapi orang lain pulak yang buat hal. walau boleh claim insurans, tapi dah tak tahan nak tunggu kereta tu siap bikin.
~end~

No comments: