Tuesday, August 24, 2010

~Hidup perlu Makan!!~

Hidup ini sangat indah kalau dapat makan makanan yang sihat, balance dan enak-enak..nyum nyum. Tak semestinya nak kena makan kat hotel 5, 6, 7, 8 bintang pun. Tak juga kena makan makanan yang mewah, tapi asalkan kalau dapat menikmati makanan yang simple tapi penuh rasa nikmat yang tidak terhingga, itulah heaven rasanya..hohoho..Bagi peminat makanan sure lah suka explore tempat makanan yang best-best kan. Macam aku yang tak berapa suka nak explore tapi suka mencuba lah kalau ada yang introduce kan kat aku...Actually, aku memang suka tengok orang makan. Seriussss, kadang-kadang makanan tu biasa je..tapi the way dia makan tu...menjadikan makanan itu enak-enak sahaja..macam makcik kat opis aku ni lah. Cara dia makan telur separuh masak or roti bakar tu pun dah mengecurkan aku..walau, bila aku makan xdlah sedap mana pun..hohoho..dan......aku suka tengok orang pandai makan...menikmati makan sampai licin...ngeh ngeh...x rugik lah bawa org mcm ni...aku suka jek tengok, nikmat tengok org suka makan..ngeh ngeh...

Dan...buat pertama kalinya (ohh, so bad)..aku bersetuju untuk berbuka puasa dengan Pakcik and the gang. But aku ni kepelikkan sikit dua menjak ni. Mesti ada perempuan..nga nga..kalau xder, aku x mau follow. Itupun ikut sebab pakcik dah bakar-bakar aku. Nasib aku buat cite kat Mas pakcik ajak dia sekali..hohoho..So lepas class, pergi kat kedai steamboat kawan pakcik kat Mount Austin. Akulah orang yang paling lambat sampai, sebab drive kete dgn penuh berhemah..hoho..fobialah aku driving skrg...dag dig dug dalam hati ni....hanya tuhan yang tahu...




:  sampai-sampai je tengok diorang gigih memasak :-p :



: Dak keryn and dak Syuk yang tersangat gigih memasak:



: Inilah kedai dia-->>steamboat & Grill Cottage:

Lokasi kedai ni opposite Hospital Sultan Ismail
Tak sangka pulak, ramai juga org yg berbuka puasa makan steamboat ni..
aku bajet geng-geng aku jek..



: Drumstick  tu aku punya:

x boleh blah...lepas solat magrib , aku ingatkan diorang dah bedal ayam aku..
ohhh, rupanya ada lagi...cuma Syuk punya ayam yang bakar sampai geseng pun laku jugak..nga nga..


: Sempat lagik..dak keryn, Mas and Syuk :



: Kawan-kawan Pakcik......sebahagian:

kawan-kawan kereta dia lah ni...selalu nampak diorang ni kat FB pakcik jekk...


: terasa mcm kat Spa..mandi wap:

Tapi diorg ni selalu jaki dgn aku...bagus untuk muka aku..biar susuk (jerawat) aku keluar ...
x boleh blah...opss...ada 1 table yg kosong kat blkg aku tuh, dah nak berbuka, ada 1 'couple' yang maskulin...hensem...tapi sayang dot dot.....sempat lah bergosip dgn mereka2 ini..Astagarfirullah...bulan puasa....



: Sampai lah gelap:

Siap tambah-tambah lagi makanan kat dalam...tapi aku tak habiskan tom yam tuh..sebab pedas dan membunuh selera aku nak makan banyak..hohoho...


: Ais potong as dessert:

Dessert dia banyaklah jugak..tapi tidaklah mcm kat hotel or kat Taman Merdeka tuh...tapi oklah..banyak mana nau nak makan kan...Punyalah tamak, pakcik siap tambah-tambah amik ais-cream Malaysia lagi...ohh..mentang-mentanglah ni kedai kawan dia kan...


Dalam pukul 9.00 mcm tu aku blah..diorang ajak lepak lagi.. aku ni nak lah jugak lepak-lepak mcm dulu-dulu. Tapi entah lah erk sejak-sejak dah tak berapa nak muda ni, hati tu tak boleh blah kalau lepak lama-lama. Pukul 10 pun aku dah rasa malam. Ajak minum kat mamak tempat aku dalam area pukul 11 pun aku rasa dah malam sangat. Dulu pukul 12 tu pun aku rasa awal lagi..hohoho..sedarlah diri dah tak berapa nak muda lagi. Bila dah sampai waktu yang optimum, dah tak perlu nak buat lagi...akupun tak tahu diorang lepak sampai pukul berapa, sebab lepas ni diorang nak cabut pergi Pasir Gudang. Tak sedar pulak kan, esok paginya class start 8.30am..x hingat pulak yang Dr.fauzi pesan "mest be punctual at 8.30am"..hohoho...dan seperti biasa, aku dah tahu diorang ni akan datang kelas pukul berapa keesokan
harinya...:-).....

No comments: