Thursday, August 19, 2010

~Yang Pertama~

Selamat berpuasa bagi diriku..Alhamdulillah syukur.Padahal orang dah sambut yang ke 9 aku baru yang pertama. Oh, itulah nikmat sebagai seorang wanita..Ramadhan kali ini seperti tahun yang lepas, aku memang tak pergi bazzar Ramadhan yang bersepah-sepah kat JB ni. Aku lebih selesa memasak sendiri. Wah macam pandai bebeno lah kan masak. Idok lerr pandai masak. Cuma asalkan boleh masuk tekak. Sejak last year aku dan Ita decide nak masak masa berpuasa. kalau hari biasa, haramm lah nk tengok dapur berasap. kalau ada pun, jerang air and masak yang simple gilorrr. hari-hari dah macam suri rumah tangga yang lain, fikir apa yang nak masak petang nanti..huhu, haru (persedian beb, bukan akulah..dak Ita)..aku tumpang semangkuk jer perasaan persedian tuhh..:-p...

Aku memang kurang gemar lah membeli lauk pauk kat bazar ramadhan ni. Antara sebabnya penyakit 'geli' aku dah semakin menjadi-jadi. Sebab surelah diaorg tu masak awal pagi punya kan. Itu belum lagi bab membasuh sayur, ikan ke..ayam ke yang tak bersih..geli geli geli.geli gelemannn....kalau aku nak beli sekalipun, aku beli yang bergoreng aja. Kalau teringin sangat nak pergi bazar, aku beli kuih je..itupun selected kuih..ohhh, susahnya jadi miza nih..dan sepanjang aku dok Jb ni..bazar Ramadhan yang best for sure lah bazar Ramadhan Taman U ever..ohh, terbaekk lah bazar tu.sangat besar dan ramai pengunjungnya.especially student UTM..dapat cuci-cuci mata (sangat dah tak relevan bagi usia aku skrg..mood: sedar  diri)..kuih talam dia mmg power and kuih tepung pelita dia..sedap hingga teringat-ingat sampai nak tidur...tapi, sekarang sejak ita tak duduk Taman U, idokler aku menggatal nak pergi..jauh lah. So, kalau terasa nak makan..pergilah Bazar kat Perling. Kat Kipmart tu, idokler sedap bebeno. Makcik tu buat kuih macam tak ikhlas..x boleh blah lah ayat aku kalau merungut. Betul lah, beriya nak makan nyer, tapi rasa hampehh (baik aku buat sendiri). senang cakap, makcik tu buat kuih tak ikhlas langsung. Dalam kepala fikir nak untung yo..

Tapi sayangnya tahun ni, kami dah takder ahli yang kuat makan..:-( kesian makanan kami. Selalu sahaja di forward kan untuk hari esok (biasanya tambah menu). Takpun Pakcik tong sampah yang menjadi mangsanya. sangat haru..kami berdua bukanlah orang yang kuat makan (tapi aku lebih sikit kot..)tapi still makanan mesti berlebih. Aku rasa dah bajet untuk dua orang makan. Si Lela pulak, macam taker perasaan nak berbuka dgn kitaorang. Bukan apa, dia kerja shift dan selalu makan dgn tunang dia. So tinggal lah kami yang rajin masak tapi tak kuat makan ni cuba menghabiskan lauk pauk yang akhirnya memang tak terabis. Itu tak termasuk lauk yang dia bawa balik pun, sorrylah Lela, tak tersentuh langsung.  kalau tahun lepas, ada Eton..dia kuat makan. Memang lepas berbuka ada siaran ulangan makan. So akupun sedap nak follow. Tapi tahun ni, sekali makan je..humm, kasihan dengan makcik dan pakcik makanan. sebab itu kami cuba minimize kan kuantiti bahan untuk dimasak. Tapi kadang-kadang aku ni tamak sangat. Rasa mcm perut aku ni nak makan banyak, tapi nasib ada makcik ketua chef yang tolong ingatkan. Kalau tak, menangis makcik dan pakcik sayur,ikan, ayam dan beras memohon simpati apabila menjadi mangsa pakcik tong sampah.

Tahun ini juga jiran sebelah rumah aku tu rajin menghantar makanan. Oh. bayangkan betapa banyaknya makanan kami (haha, x boleh blah)..sebab itu  kami rajin masak. Sebab nak balas balik masakan dia. Lantak lah sedap ke tidak (tapi mestilah sedap kan)..malu dowh anak dara kurang pandai masak (hahaha, mcm terer bebeno gamaknyerr). Cuma ahli nak berbalas kunjungan makanan tu udahler kurangnyer. Sebab, akak sebelah blok aku dah pindah Mutiara Rini, if tak macam tahun lepas. Oh...we re so Full!! sebab itu aku suka dok kat community yg ada melayu ni. Still ada tipikal malay dulu-dulu...Kebetulan perumahan aku ni dekat dgn Masjid, ohhh lagilah menambah suasana tuh..cuma, pertama kali aku berterawikh malam tadi, tidaklah seramai mcm tahun lepas yang mengimarahkan masjid. Humm, mungkin juga masing-masing ramai yang dah berpindah atau solat sendiri kat rumah.

Cuma dalam kepala aku sekarang ni nak masak kuih muih. Tapi kadang-kadang masa macam ala-ala cemburu dengan aku. Time ni lah aku nak uji skill aku memasak kuih muih ni. Bulan-bulan puasa ni macamana ntah hobi aku dah bertukar dgn melawat blog-blog makanan. seriusss, meleleh mata menegoknya. Tengok blog-blog orang lain post makanan..perghhhh, sedappp siutt..Tapi bila ada yang bagi resepi lagi terbaikkk. Macam blok kakak ni..oh, saya nak buat resepi kek coklat dia dan puding caramel dia..tak kisahlah takder sapa yg nak perabih..aku boleh kasik akak jiran sebelah apa. Paling best, sebab Nani (my best friend when i was in POLISAS) yang dok jauh Terengganu pun text aku minta resepi karipap..seronok-seronok bila dapat tukar-tukar resepi dgn org. ngeeeee...:-)




: Lontong yang aku craving gilooo:

 menu ramadhan yang kerr??? err lupa
dah macam nak beraya..sebab dalam kepala dok teringat lontong
yang aku beli kat depan Esso kipmart...sedappp sehhhh..x bedek..
Lepas puasa ni, aku nak carik lagikkk...



: bahan-bahan tambahan untuk nasi lemak:

cara potong tempe tu aku belajar dari blog peeja..mcm best je dia potong tempe mcm ni..
normally aku potong lain sikit..hehehe, berjaya juga. Salad tu sebab semalam kitaorang buat rojak..
Bukanlah mcm Rojak Asmah yg fofular kat JB and Singapore ni..ala-ala jek..
Sayangkan nak buang balance salad dan timun tuh,...bagi perabihh



: dessert buah dragon tuhh..aummm :



: Nasi lemak sambal sotong:

sotong tu dah x berapa fresh..sebab aku beli kat Kipmart dah malam dah..
tapi sebab nak juga sambal sotong..amik kau...
seriuss x kick lorr...



:  me and makcik ketua chef melakukan operasi:




: ini adalah burasak..fofular kat Daerah Pontian dan Batu Pahat:
Mak Lela yang buat..sedap ..sedap..aku suka...
tapi disebabkan makanan dah banyak, jadi aku sempat sentuh seketul je..
burasak ni mcm nasi himpit, cuma letak santan sikit..dan masukkan dalam daun pisang..

~sekarang sdg msg ita, apa nak masak malam ini???? marilah membawa diri menjelajah blog-blog masakan orang ramai~

No comments: