Sunday, October 17, 2010

Bajet or Over budjet..

kenapa header aku hilang erk? sangat confuse..bila masa ntah dibuang?sudah di-check di 'design template' tapi tak mahu juga. Nanti-nantilah bila dah rajin aku google macamana nak cari sampai dapat semula itu header...

Bajet 2011
First time aku rasas bajet yang paling singkat pernah dibentangkan.sangat tak lama. sebab selalunya hampir 6.30 ptg. Tetapi tidak untuk kali ini. Namun rasanya kalau sesiapa yang perasan, banyak yang tidak dibenatangkan dalam bajet telah pun mula dikuatkuasakan. Salah satunya adalah harga rokok yang telah naik almost RM10.00 untuk yang 12 batang. Lagi satu bajet untuk kementerian pertahanan (normally dibentangkan dalam bajet). Banyak lagi isunya, tapi nampaknya isu tertentu yang dibentang sahaja. Buat julung kalinya aku rasa excited untuk menonton dan melihat apa yang bagus dalam bajet kali ini. Salah satu sebab memang diakui untuk mengetahui berapa nilai bonus yang akan diumumkan untuk kakitangan awam..mana tak nya selama aku kerja dgn jabatan awam ni, baru 2 kali aku merasa dapat bonus..yang lain hampeh. Tunggu punya tunggu dengan penuh excited, dapat RM500 je. Itupun bantuan khas persekolahan (nasib aku takder anak). Alhamdulillah lah...dari tak mendapat langsung kan. Ini pun cuma rintitan masa kita orang dapat bantuan nilai yang sama sebelum raya haritu. Sebenarnya kakitangan awam ni boleh dapat bonus lebih dari dua bulan jika kerajaan melakukan perubahan pada sesuatu dan tak perlu aku explain lebih disni kerana ianya melibatkan akta kerahsiaan. Bukan ramai pun kakitangan awam, cuma 1.2 juta jika nak dibandingkan dengan populasi rakyat Malaysia yang sekarang ini berjumlah 28 juta.

Terkilan
Terkilan bukannya apa. Cuma mengikut pendapat aku dan 'sembang-sembang petang' aka gosip-gosip sebagai rakyat, kenapalah cukai ditiadakan bagi keperluan wanita yang hakikatnya lebih memberi keuntungan kepada golongan atasan dan tiada kerunsingan walau sedikit untuk melaburkan ke arah itu. Kan lebih elok jika pengurangan cukai tu diberikan ke atas barangan makanan. Kasihan pada rakyat yang tidak berkemampuan, orang kampung yang tidak memandang keperluan ke atas barangan tersebut. Makin lama, harga makanan dan bahan-bahan mentah semakin melambung. Baru-baru ini harga susu tepung pun naik lagi. Kasihan pada mereka yang ada anak ramai. Baru nak merasa susu mahal, terpaksa tukar kepada yang berpaptutan dengan bajet sebulan. Apapun, pengurangan cukai untuk 300 barangan wanita berjenama dan gajet langsung tak memberikan kesan kepada masyarakat yang berpendapatan rendah. Dan lebih terkilan, dalang bagi semua ini telah dapat diagak siapa...hehehe....Tapi bolehlah aku tukar handphone baru tahun depan. YES!! apapun ikut prority ok..

Untuk kakitangan Awam
Mula-mula dengar dapat 3bulan cuti bersalin bergaji penuh sangat mengembirakan. Walaupun aku belum lagi berkahwin, namun aku rasa sangat best. Mungkin suatu hari nanti aku juga bakal merasa. Tetapi, setelah dicongak balik sama sahaja. Kerana sepanjang pekhidmatan kami hanya diberikan 300 hari cuti bersalin bergaji penuh. Bayangkan kalau 3 orang anak dah ambil 90 hari cuti setiap satu, anak seterusnya terpaksalah mengambil cuti tanoa gaji pula. Cuma syarat yang baru ni lebih flexible. Tidak mengapalah, kerana ia untuk kebaikan anak dan ibu. Semalam pun Dato' Sharizat mengandaikan untuk memohon tambahan 10 hari dan menjadikannya 100 hari bagi seorang anak. Maknanya kita digalakkan memiliki 3 orang anak ke????hummmmm....

Flexibilty untuk pembelian rumah
PM umumkan tiada lagi bayaran permukaan untuk pembelian rumah bagi golongan muda yang berpendapatan seisi rumah bawah RM3k untuk pembelian rumah yang pertama. Actually, ini bagus untuk private sector. Sebab untuk goverment sector memang sejak azali 100% loan. Dok terfikir ni, bilalah aku nak beli rumah?? impian aku sebenarnya usia 27 ni. Tapi nampaknya bila dah priority study ni, aku forwardkan selepas habis belajar. Harga rumah makin lama makin melambung, tapi aku tak tahu location dimana mahu membeli nya..banyak sangat hangky pinky bila fikir balik. Whatever pun, aku mesti beli juga bila habis belajar nanti. IMpian aku rumah 4 bilik dan bertanah dan memiliki dapur dan ruang tamu yang luas dan bertanah dan bukan apartment. hahahha...rate RM300 kebawah..gilakan..banyak pula duit aku..sekadar impian.hummm...

psss...peeja dah pergi 'kursus itu' ..tadi baca blog dia..hummm...aku mesti pergi bulan 12 ni 'kursus itu'......

No comments: