Tuesday, October 19, 2010

The power of Love

Masuk minggu ini, agaknya hampir sebulan aku tak balik rumah mak. Last aku jumpa mak abah masa Zai konvo. Lepas tu cuma bertanya khabar through cell phone. Keterbatasan masa kadang-kadang menyebabkan aku memutuskan untuk tidak pulang. Padahal bukan jauh pun jaraknya antara JB dengan Kota Tinggi. Hari-hari kalau nak ulang-alik pun boleh. Tapi disebabkan aku rasa penat, tidaklah aku membuat keputusan sebegitu.




: Meskam's family when eid 1431H without Saufi and abah:

Menanti Kepulangan
Memang pada awalnya niat aku untuk pulang memang ada. Tapi semua tu bergantung pada kesesuaian dan ayat paling best, kalau aku tak penat. Alangkah bagusnya kalau aku ada driver sendiri. Kebetulan pula Jumaat petang si gemuk memang tiap-tiap minggu balik rumah dari asrama, siap msg aku lagi kan

" akak, balik tak petang ni? mak suruh akak balik. Kejap pun jadi lah"

Dalam hati aku budak gemuk ni saja je tau. Biasalah padahal dia yang nak jumpa aku, dia pandai gunakan nama mak pulak. Tapi bila lama-lama fikir, aku memang tak sedap hati. Yelah almost 3 minggu aku tak jumpa mak abah. Mestilah diorang kerinduan kan kat aku anak dia yang cun  (poyo gila). So aku janji balik petang Sabtu memandangkan mungkin kelas habis awal sebab Statistik mula pagi. Jadi aku bajet dalam pukul 1.00 ptg mesti kelas habis.




: situation: dalam MPV kak In's nak ke Meranti untuk MAKAN:


Study group
Lepas kelas Aju ajak study Statistic pula kat MSI dengan Kak Nor dan Kak Yan. Aku fikir semula, oklah kan. Sebab tak tahu lagi bila Aju nak free dan aku ada masa nak study. Since orang ajak, aku ON je lah. Sedar tak sedar sampai pukul 5.00 ptg. Aku fikir semula, nak balik ke tak. Aku planning, pagi-pagi esoknya aku balik semula kat JB sebab ada kelas Mekanikal 8.30am. Tapi bila fikir-fikir semula, aku takut aku penat (kenapa ntah, ayat ni selalu keluar dalam kepala aku). Bila kak Yan dan Kak Nor bagi cadangan pilihan jalan untuk elak dari jammed, aku masih dok terfikir-fikir. AKu takut je, karang dah penat malas pulak nak bangun pagi-pagi drive to JB. Ada aku skip kelas nanti. aku telefon semula mak dan cakap aku tak jadi balik petang tu alasannya esok kelas pagi. Tapi suara mak lain, yelah aku anak dia. Mestilah aku boleh agak nada suara orang kan kalau macam hampa. Lebih-lebih lagi bila Kak Nor cakap yang kadang-kadang mak bapak kita ni tak akan cakap direct kat kita yang diorang suruh kita balik. Jadi dia akan pass pada adik kita pula untuk bagitau. Aku memang serba salah. hati memang tak sedap kan. Jadi petang tu call PM Yahaya kot kot dia nak sambung kelas sampai petang kan. Nampaknya dia adahal petang tu. So aku simpan niat esok lepas kelas aku terus cabut balik kota. Budak gemuk pun sibuk tanya aku nak balik ke tak...


: cute Rania...mata dia sangat cantik:
nota: mudahan2 aku dpt anak mata cantik mcm ni..mwahahwa..berangan..kahwin pun tidak

Birthday Party
Sebenarnya malam Jumaat tu ita ajak aku pergi birthday party anak Yati. Double triple aku jadi seba salah. Mana taknya kalau dia tu bukan close friend aku, pandailah aku bedek. Yang aku tak tahan, siap packing baju nk pakai isnin ni. Petang balik Lily Jasmine semula. Hahaha, macam nak gelak ok. Nasib Ita tak perasan. Pagi-pagi ahad pula, aku bawa semula barang-barang yang aku packing tu masuk kereta semula.


: dengan budak gemuk:
Kembali pulang
Habis kelas Mekanikal, aku terus bangkit untuk pulang ke kampung halaman ku. Nama kampung aku yang agak glamer dalam berita Sinar Harian minggu lalu disebabkan masalah keputusan bekalan air kat situ. Si Epul yang nak tiru (ayat aku memang ganas) assignment Geotechnic aku pun, aku tiba-tiba jadi lokek dengan mamat ni. Yelah padahal aku dh scan dan email bagi kat dia. Graph pun nak tiru. Ambil masa aku nak tunggu dia buat. Nasib Syuk bagi direction kat Epul, so aku boleh blah. Sampai rumah, budak gemuk menyambut kepulangan aku. Haha, rasa terharu pulak sebab budak gemuk ni patutnya balik asrama lepas zohor, tapi sanggup tunggu nak jumpa aku. Sampai-sampai je buka fabeook kan, kebetulan ada net book free kat rumah ni. Saufi pun ada kat rumah, coz dia cuti hari tu. Malam tu aku tidur dengan emak, sempat lagi mak cerita budak gemuk suruh belikan losyen mustajab pati halia. eleh, budak gemuk tu nak kuruslah kan. Baru perasan diri gemuk lah tu. Biasalah budak-budak bila dah meningkat remaja, dah tahu jaga penampilan. Macam aku jugaklah dulu, gemuk juga. Tapi adik mesti rasa x best dapat kakak macam kitaorang yang suka jaga tepi kain dia. Wall dia aku memang check, kalau ada ayat mcm nk ngurat2 je aku sound je " dia budak sekolah lagi"..itu belum lagi msg2 dia yang memang kitaorang baca. Bahayalah budak-budak sekarang. Kesian kau dik dapat kakak macam kita orang.

Kembali bekerja
Pukul 5.00 pagi aku dah bangun. Itupun sebab jam telefon berbunyi, kalau tak sambung tidur sampai pukul 6.00 am. Tapi mak macam biasa memang bangun awal untuk solat tahajud. Bila ntah aku nak jadi macam mak ni. Perasaan malas nak kerja tu ada. Itulah aku ni. Balik rumah memang dah malas nak balik JB semula. Semuanya MALAS. Tapi bila terfikirkan En.Awi cuti hari tu terpaksalah aku bangun dan bersiap. Bos aku cuti pulak hari tu, sejak-sejak dia nak kahwin ni..macam kelam kabut sikit dia. Nasiblah kan. Kebetulan adik dia kahwin bulan 11, dia pulak bulan 12. huhu, serabut tau. Driving nak ke office dari Kota Tinggi memang mencabar tahap pemanduan aku. Hakikatnya aku memang masih lagi fobia bila lori-lori besar lalu. Gila punya banyak pagi-pagi buta ni. Dalam kepala aku sampai office nak sambung tidur. Since aku masuk 7.30am, takder sapa kat office kan. Tidur lah kejap sebelum 8.30am tuh. Apapun, minggu-minggu akan datang aku menjadi busy dengan mengadap buku (harap-harapa lah..jangan tinggal harapan jek). Mudahan-mudahan penyakit tidur aku berkurangan lah time-time tu..huhuhuhu...

No comments: