Wednesday, November 24, 2010

Bahana Facebook

Nombor satu
Baru beberapa minggu yang lepas akhbar mengumukan Facebook merupakan laman sosial yang paling digemari oleh manusia. Baca akhbar sisipan Utusan Malaysia pulak harini, laman sosial ini menyumbang kepada kes penceraian rumah tangga. Bukan kebetulan, tapi dengan penggunaan yang meluas pada laman-laman sosial spt FB dan twitter ni, sedikit sebanyak menjadi penyumbang. Lebih-lebih lagi ia dijadikan sbg tempat meluahkan perasaan dsb. Selama hampir tiga tahun aku menggunakan laman ni (walau pada mulanya memang tak best, sebab takde ramai kawan yang aku kenal)..now, kebanyakkan kawan-kawan dari sekolah rendah  hingga IPTA aku boleh jumpa kat sini. Namun, senario hari ini aku melihat ada sedikit kepincangan jika kita tidak berhati-hati menggunkannya

Bagus
Actually, FB ni bagus. Terutamanya bila kita dapat conect semula rakan-rakan lama. Namun yang tak bestnya bila ada unsur-unsur negatif digarapkan oleh pengguna yang tak pandai menggunkannya secara berhikmah (poyo gila ayat aku ni). Sekarang ni, atas incident-incident yang terjadi pada diri sendiri, dengan video klip kesedaran khususnya untuk kaum wanita, aku mengambil  inisiatif untuk private banyak gambar-gambar yang berbentuk peribadi. Kalau dah di tagging tu, x boleh kata apa. Tapi kita ada hak untuk remove kan. Aku akui lah, dulu memang galak untuk upload gambar-gambar peribadi, tapi  sesuai dengan peredaran masa dan adakalanya ada manusia yang 'upload' gambar kita untuk tujuan peribadi yang 'kita tak tahu niat' (tak semua orang berhati mulia), lebih baik private or delete terus. Aku suka tengok gambar-gambar orang, tapi ada juga gambar yang aku rasa "dia tak patut letak upload pic ni!!". Apapun, semua tu di tangan sendiri. One day manusia akan berubah fikiran, macam aku lah. Kesedaran tu datang dengan sendiri....dan akhirnya aku nampak the true colour is.

jeleousy
of course. feeling yang gila susah aku nak buang. once bila kita ada love one in FB, surely feeling ni mesti ada. Lebih-lebih lagi bila ada something2 yang ditulis, di post mungkin oleh diri sendiri atau org lain. Memang akan cepat perasan. Nasihat untuk diri sendiri, cuba berfikiran postive dan tak perlu buka akaun FB ni selalu. Lama-lama baru perasan yang reality ni lagi best dari maya.


Minggu ini adalah minggu exam. Tapi aku sempat lagi pergi wedding Fiza kat Skudai Kiri. Tak jauh dari UTM. Jadi aku boleh lagi cabut. Sempat jumpa Shaza dan Joker je. Since aku datang awal kan.

Congrat untuk Fiza. She is my coursemate masa Diploma. Now she doing PHD in UTM. Minah ni memang pandai gila dan rajin. Sekarang pun dia lecturer kat UTM. Best dapat jadi orang pandai, best ada title DR pada nama kita nanti...best juga dapat jadi isteri orang...eh...eh..

Gila sojuk. 3 hari cuti umum aku habiskan masa kat PSZ UTM. First time aku study kat 'discussion room'. Normally aku study kat level engineering kat level 5..Gila memang sejuk tempat ni. Camne lah nanti kalau next year dapat join trip kat EUroPe..

sem ni aku study dengan Aju and the gang. Aku ni memang takde group study yang sama tiap sem. Suka ati aku kan nak study dengan siapa. Cuma untuk subject yang aku rasa aku lemah dan sangat kritikal mata kredinya, aku study dengan Aju. Sebab dia pandai. see, makanan. ni curik-curik bawa masuk. Dah macam party study pulak, ada spagethi, kek bagai, jajan. Sedap..terima kasih kepada kak Liza dan Kak Nor yang menaja makanan kami. Kitaorang cuma bawa yang mudah-mudah je.

Day 3: sedap bihun kak Liza ni.

mereka di bilik sebelah
actually kat UTM ni fasility dia sangat bagus dari tahun ke tahun aku tengok. Kat sini ada 5 level. Buku nak cari kena tengok by system. Kalau main-main carik, lambat sikitlah nak jumpa. Ada bilik karel (perseorangan) dan discussion room. Belive or not bilik-bilik ini di kuasai oleh pelajar asing.  Diorang memang conquer tempat ni. sebab tu aku dan Aju datang awal-awal untuk booking. Tapi senario dalam PSZ ni memang full dengan pelajar asing  especially dari Afrika dan Asia Barat yang study kat sini. Diorang suka berkumpul dan jumpa kat sini.

sebenarnya satu bilik nak kena 3 pass utk booking. see, aku kan gila kuasa, sorang-sorang jek. yang lain pergi sebelah. cuma bila nak tanya, nak terangkan, nak makan, nak borak aku g bilik sebelah.


kesimpulan
Gunakanlah Fb dengan cara yang berhemah. Tapi kadang-kadang aku pun suka meluahkan perasaan kat FB. Cuma sekarangni aku lebih berhati-hati. Paling penting hati sendiri kena jaga. Sebab aku ni cepat 'berperasaan' yang tak best. so, kena hati-hati ....ada hati yang nak kena jaga. Hati sendiri juga....

No comments: