Tuesday, November 2, 2010

Hati ku

Lately aku agak emosi..
aku pun tak tahu kenapa..
tengok cerita sedih sikit, tiba-tiba je air mata boleh jatuh.
Sekarang aku dah tak suka tengok cerita ganas-ganas..cerita seram pun aku dah kurang tengok..
Akupun tak tahu kenapa..nak kata pms, mungkin..tapi kenapa lama sangat..
Mungkin juga perubahan umur...entah..ye kot..

Segala-galanya telah aku luahkan..mungkin itu bukan jalan yang terbaik.
Mungkin boleh mengundang perkara sebaliknya.Tapi ianya telah aku lakukan..
Jadi aku harus redha untuk terima apa sahaja kemungkinan.
Apa yang telah aku luahkan adalah apa yang aku pendam selama ini.
Selama ini aku simpan, kerna aku tak mahu dibesar-besarkan dan demi menjaga 'ia'.
Tapi, selama mana. Aku bukanlah orang yang keras hati, tapi aku punya perasaan.

Aku tidak lah minta layanan seperti puteri dan aku bukanlah mengidamkan yang bukan-bukan..
cukuplah sekadar menghargai kehadiran aku dalam hidup , jaga hati aku...itu memadai...
Akhirnya aku ikhlas untuk menyatakan yang aku tidak lagi meletakkan harapan..
Ye, aku seorang yang jika menyimpan impian aku ingin laksanakan..
aku berusaha bersungguh-sungguh, Namun, aku sedar jika hanya aku yang berusaha..
sampai bila pun, tak kemana..
Ya, aku akui, perlu percaya pada takdir. Tapi kalau usaha tiada, bagaimana?

Apapun, aku tak menyalahkan mana-mana pihak. Aku salah kan diri aku sendiri.
Itu lebih baik, agar aku tidak menjadi seorang pendendam.
Mungkin juga aku yang banyak bersalah sangka selama ini..
Dan paling nyata, aku bukanlah yang sangat terbaik aku sedar itu semua.
Aku sedar aku punya kekurangan dari pelbagai aspek.
Segala-galanya aku sedar.. Aku cuba perbaiki mana yang boleh.
Selagi ianya tidak bertentangan dengan akidah.

Bukan aku tak hargai apa yang telah 'ia' lakukan.
Banyak perhatian yang diberikan, sejujurnya aku rasa sangat dihargai.
Hati memang sering tertanya-tanya, jujurkah 'ia'..Namun itu semua aku serahkan pada tuhan.
Maaf, aku sering persoalkan tentang ini, kerana aku tidak mahu terluka sekali lagi..
Aku bukan muda lagi..aku tidak punya masa untuk membuang masa.
'ia' mungkin tidak berfikiran seperti ku disebabkan faktor gender..apa ada hal kan.
Sekarang populasi wanita melebihi lelaki..jadi itu semua tidak menjadi masalah.

Aku berusaha menahan air mata dari jatuh, hati aku sangat-sangat terusik
Bukan mahu cemburu buta, tapi aku tak mampu menahan sifat sensitive yang ada
Aku cuba menjadi seperti tiada apa, tapi tidak boleh...kecuali lah 'ia' tiada extra feel dlm hati ku..
Layanan yang diberikan kadang-kadang endah tak endah..
Tidak mengapa, aku faham...
Aku pun tidak tahu kenapa aku terlalu emosi kebelakangan ini..

Terharu atas ucapan maaf yang dititipkan petang semalam selepas sesi luahan ku..
Selama aku kenal 'ia' baru ini lah ucapan kedua yang berunsur kemaafaan..
mungkin aku sangat skeptikal, tapi fakta bernombor memang akan aku ingat..
Seperti yang aku luahkan, i love this relationship..tapi aku tidak akan meletakkan sbrg harapan..
kerna aku sedar, aku mudah sedih dan kecewa...
Apapun aku hanya berdoa yang terbaik sahaja utk segala-galanya...
Kadang-kadang bila kita fikirkan, penat kita usaha, tapi semacam dihargai..
Mungkin, aku bukanlah yang terbaik...aku muhasabah diri sendiri...

Hati aku sangat terusik, tak tahu gambaran perasaan yang ingin dicambahkan
marah?kecewa?suka?sedih? semuanya bercampur baur..
kenapa? biarlah aku simpan untuk diri sendiri ...
Sedih kerana ia dtg bukanlah dari yang kita harapkan....
suka sekurang-kurangnya, Allah masih sayangkan aku...
tapi aku bedoa agar blog ku ini tidak dapat diketahui kewujudann'nya'

Aku hanya berdoa yang terbaik sahaja dalam hidupku...
Moga Allah tunjukkan jalannya....permudahkan segala urusanku...




No comments: