Monday, November 1, 2010

Kerajaan VS Swasta??

Dalam kehidupan ni, memang kita tidak akan puas dengan apa yang kita miliki. Semakin kita hidup dengan cabarab hidup yang semakin meningkat, pasti kita akan merasa sentiasa tidak puas dengan apa yang kita miliki. Itulah sifat semulajadi manusia. Tapi jangan lupa, segala-galanya hanyalah pinjaman semata, Allah boleh tarik dalam sekelip mata dengan kuasa nya.

Rentetan Pembentangan Bajet 2011
Sebenarnya macam isu dah basi sangat. Tapi aku terpanggil nak meluahkan rasa dengan apa yang aku baca pada status rakan-rakan di Facebook, surat-surat pembaca di akhbar dan juga topik yang diutarakan di Radio. Aku baca status rakan-rakan yang bekerja dalam bidang swasta yang menyuarakan ketidak puasan hati atas 'hadiah' yang diberikan oleh kerajaan dalam bajet yang lepas. Mereka kata, lebih memihak kepada pekerja Awam dan Pekerja Swasta dianaktirikan. Sedar tak yang kitaorang ni, nak dapatkan 'sesuatu' tu punyalah lama. Kau orang yang kerja swasta tak perlu susah payah nak 'meminta' senang-senang korang akan dapat. Kitaorang ni kena 'fight' barulah dapat. Memanglah muka CUEPACS macam muka tak reti malu minta bonus, kenaikan gaji, COLA dan elaun-elaun tertentu untuk kakitangan Awam. Janganlah persoal kan kerja mereka, itu tanggungjawab mereka. Kalau nak harapkan 1.2 juta kakitangan awam ni, sampai bila pun susah nak dapat. Sebab itulah, tugas mereka membela nasib kakitangan awam. Tapi tak semua yang diminta akan dipenuhi, jadi jangan lah silap tafsir.

Kemudian, isu bonus. Masing-masing pertikai kredabiliti kakitangan awam yang tak begitu efisyen dalam melaksanakan tugas. Janganlah silap, tahu tak kenapa CUEPACS tiap-tiap tahun memohon bonus dua bulan gaji?? korang ni tau x...kalau diorang minta sebulan bonus..jangan harap nak dapat sebulan. Ini minta dua bulan pun, cuma dapat bantuan RM 500.00. Minta maaflah, kita orang sangat bersyukur. Sebab kita orang tahu, yang perkhidmatan yang kami berikan tidak melibatkan profit macam syarikat yang korang semua kerja. Cuma sedikit terkilan bila ada yang kata, kakitangan awam ni dilebihkan. Jadi kalau awak rasa, nak sangat kelebihan dalam kerajaan ni, silalah apply di website spa8 ye. Janganlah perlekehkan tugas masing-masing. Awak kira bernasib baik dapat kerja dengan gaji basic yang lumayan, cuba awak bandingkan dengan profesional dalam kerjaan dengan swasta, sangat ketara perbezaan gaji. Jadi, awak harus bersyukur.

Duit rakyat?
Macam jabatan aku yang sering mengadakan event yang tujuannya membantu golongan usahawan bumiputera, agak terkecil hati sedikit bila ada yang mengatakan ;

" tak perlulah korang membazir nak jamu makan...ni semua duit rakyat..aku bayar cukai"

Sedar, ayat yang diluahkan sekadar ingin melepaskan kemarahan kerana tiada usaha yang membolehkan para 'pengusaha binaan' membuat pembelian dengan mereka. Sedar tak, kita orang ni tak boleh ada personal interest dalam korang punya bisnes. Sah-sah BPR boleh masuk campur. Kami hanya bagi network, tolong mengembar-gemburkan syarikat awak, next step itu usaha awak. Janganlah salahkan orang lain kalau business awak tak menjadi, sila lihat faktor dalam diri awak tu macam mana. Tidak perlulah menuntut yang bukan-bukan, yang akhirnya memakan diri sendiri.

Pemberian cuti bersalin
Sekali lagi aku rasa nak tergelak bila ada sebuah Radio Swasta membincangkan topik ini di pagi hari. Seorang penyampai mengatakan, kerajaan memberikan cuti 3 bulan bergaji kepada kakitangan wanita tak kiralah dari anak pertama hingga ke tujuh pun. Hahaha, minta maaflah encik DJ. Lain kali kalau nak berkata-kata di udara tu, lebih-lebih lagi berkaitan kerajaan sila buat assignment dulu. Jangan Main ikut sedap rasa je meluahkan kata-kata. Tahu tak, kakitangan awam ni diberikan cuti bersalin 300 hari SAHAJA dalam tempoh perkhidmatan. Kalau sebelum ni, hanya diberikan cuti 2 bulan bergaji dari anak pertama sehingga ke lima, kalau ada rezeki anak seterusnya cuti tanpa gaji lah. Untuk cuti bersalin yang diumumkan baru-baru ini, hanyalah flexibility sahaja bagi kakitangan wanita. Jika cuti 3 bulan bergaji tu diambil dari anak pertama hingga ke tiga, balance tingga 10 hari untuk anak seterusnya. Itu sahaja, tiada yang istemewa sangat. Cuma lebih flexibel.

Kekosongan staff
Sekali lagi nak tergelak bila baca surat dari pembaca dalam akhbar tempatan. Aku memang suka baca surat-surat yang orang bagi kat akhbar. Part-part rencana aku memang suka baca. Penulis ini mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan cuti bersalin selama 90hari ni. Katanya siapa pulak yang akan mengisi dan mengambil tugas yang ditinggalkan oleh wanita bersalin. Memang dari isi kandungan surat ini, bagaikan tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Wahai Encik penulis, awak ni memang sah-sah bukan kerja kerajaan kot. Kalau dalam kerajaan, bila seseorang meninggalkan tugas dalam tempoh yang tertentu, Ketua Jabatan akan melantik seorang untuk menaggung beban tugas ni BESERTA dengan ELAUN TANGGUNG KERJA. Faham tak? maknanya, awak still dalam post awak yang lama tapi awak buat kerja orang lain juga dengan elaun-elaun tertentu. Siapa tak nak kan?? Bukan lama pun, 3 bulan jek. Itulah, lain kali nak menunding jari sila buat assignment dulu, jangan suka nak pertikai je. Beli lah buku GO kat MPH ke, Book Store tu..tahun lepas aku beli kaler hijau, harga RM 70.++. Tahun ni tak tahu kaler apa..Cakap je dgn orang yg kerja kat kedai buku tu, mesti dia tahu. Baru awak tahu norma kerja dalam kerajaan. Jangan main sesuka hati je menghentam ye.

 Application
Baru-baru ni pun, seorang rakan yang kerja dalam bidang profesional di swasta menyuarakan hasrat ingin memohon kerja dengan kerajaan. Aku cuma bagi moral support. Tapi aku bagi juga pendapat pro dan kontra kerja swasta dan kerajaan. Supaya dia tidak terkejut bila dia kerja dengan kerajaan. Ini pengalaman aku bila berborak dengan Arkitek dan Jurutera yang sebelum ni bekerja dengan private. Mungkin bila kerja dengan kerajaan, beban kerja berkurangan (depends jabatan). Sebab tugas-tugas dan skop kerja semakin mengecil. kalau swasta, semua korang buat sendiri. Katanya, dia mahukan pencen bila tua nanti. Entahlah, aku pun tidak lah tidak bersetuju. Tapi dalam kerajaan pun masih diberikan kelonggaran untuk memilih skim berpencen atau EPF. terpulang pada individu. Kelonggaran had umur bersara pun diberikan samaada 56/58. So, kalau nak ada kuasa dan nama..pada yang profesional, silalah apply kerja kerajaan. Kalau nak ada ilmu yang lebih dan gaji yang lumayan, silalah kerja swasta. Pilihan di tangan anda.


No comments: