Monday, November 29, 2010

Ujian buat diri

Ragam
Actually dalam hidup ni banyak sangat benda yang datang tanpa kita duga
Kadang-kadang menggembirakan dan kadang-kadang sangat menyakitkan
Buat diri yang sentiasa Allah kurniakan dengan ujian ini
Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya DIA masih menyanyangiku
DIA tak akan memberikan ujian yang tidak mampu untuk hambanya tanggung
Walaupun sesungguhnya aku amat takut sekali untuk menerima ujian ini

Ujian
Ujian mu kali ini aku terima dengan hati yang terbuka..insyaAllah aku redha
Sesungguhnya aku sedaya upaya melupakan ujian yang lepas..tapi ternyata
aku adalah insan yang kau pilih sekali lagi untuk menerima ujian ini.
Aku tahu KAU tahu aku mampu menaggunya...
sesungguhnya ujian ini membuatkan aku benar-benar muhasabah diri ..
benar...sebagai insan aku kadang-kadang khilaf sebagai hambamu
sepatutnya aku lebih menyanyangi MU dari insan ciptaanMU
Jika aku lebih dekat denganMU, tak mustahil aku mampu meraih sayang insan ciptaanMU

Khabar
Akhirnya benda yang selama ini aku ingin tahu dan lama terpendam...terlerai jua
teka-teki yang dimainkan di benakku..akhirnya terpaksa ku telan...
sesungguhnya ujian MU kali ini benar-benar menguji kekuatanku
Tatkala aku menghadapi peperiksaan, dikala ini juga khabar yang aku terima..
Pada luaran memang aku seorang yang kuat.i can smile..i can laugh...my smile is sooo FAKE!!!
dalaman...hanya KAU yang tahu...aku mohon kau berikan aku kekuatan yang berganda..
Berikan aku sifat ikhlas yang selama ini aku panjatkan...
sesungguhnya sifat ikhlas ini yang benar-benar sukar untuk aku perolehi...
ikhlas dan redha dengan segala pemberianMU...

Muhasabah dan Mujahadah
sesungguhnya jika aku insan yang kau pilih untuk merasai berkali-kali ujian ini
aku terima dengan redha...ujian ini menjadikan aku lebih dekat denganMU
Biar dengan manusia ciptaanMU aku luahkan..namun teman yang paling akrab untuk aku
luahkan adalah MU...engkau yang amat mendengar dan mengabulkannya...
Mungkin aku khilaf..aku lalai..dan aku lupa dengan tanggungjawab sbg hambaMU...
inilah tanda yang KAU benar-benar menyanyangiku...aku terima...aku redha...
biarpun ia adalah mimpi ngeri yang tidak mungkin ingin aku ulangi...

kesilapan
merenung kembali..aku tahu ku punya kesilapan dengan makhluk ciptaanMU
nafsu amarah, syak wasangka yang dimomok-momok kan oleh makhluk laknatullah ciptaanMU..
That was my BIG mistake!! tanpa aku sedar, perasaan itu meluap-luap..
sepatutnya aku lebih tenang dan ikhlas dengan apa juga ketentuannya...
Mungkin aku bukanlah insan yang luck dalam kategori ini..dan itu tak mampu aku nafikan...
tapi aku akan pegang kata-kata ini, biarlah kita menangis hari ini..kerana mungkin ada sinar dihadapan..
dari kita ketawa berpanjangan ..namun di penghujungnya kesedihan yang mematikan...

sesungguhnya ujian ini amat bera buat masa ini...
tapi akulah insan yang terpilih pilihanMU...
terima kasih kerana menyederkan aku untuk lebih dekat denganMU
Jadikanlah aku insan yang redha dan ikhlas dengan ketentuanMU...
aku mohon tiada dendam yang ku simpan..agar ia tidak menjadi nanah dan luka berpanjangan..
ku mohon janganlah KAU butakan hati ku....
terima kasih dengan ujian Ini sekali lagidalam hidup....
ku mohon tiada dendam tersemat dalam hati....
walau berapa banyak air mata yang dititiskan....aku harus kuat....
aku Mohon......

No comments: