Tuesday, December 14, 2010

2011 Around The corner

Makin cepat masa berlalu. Lebih-lebih bila aku dah sambung belajar ni, lagilah aku rasa cepat. Sebab ikut semester. Bila dah habis satu part, tunggu satu part. Then masuk tahun seterusnya. Bila dah hujung-hujung tahun ni, HQ mulalah minta report itu dan ini. Aku tak mahulah cerita pasal kerja, sebab pada aku tak perlu. Hanya mereka yang suka gebang dan perasan macam bagus untuk buat dasar itu dan ini, tapi pelaksanaanya hampeh. Bila meeting macam dia yang bagus, tapi kesudahannya macam tu juga. oh, meluahkan perasaan pulak...Stop!!!

Malam tadi sempat borak-borak dengan Ita masa nonton TV dan sambil menulis bil-bil perbelanjaan buat separuh bulan ini. Tak sangka dah nak masuk 15hb. Sangat cepat masa berlalu tau. Ngeri pun ada aku rasa. Jadi emosi bila nampak minah tu macam sedih. Emosi siot aku. Yelah, soon dia nak jadi bini orang. Aku pulak akan alone. Sedih weyy. Dia kalau boleh nak drag lagi waktu untuk date kahwin tu. Tapi kena ingat, awak tu bukan muda remaja lagi. Since dah ada orangnya, date pun dah siap..kasi jalan ok. Banyak yang di discuss kan. Perkahwinan ni bukan semata-mata menghalalkan perhubungan intim. Tapi sebenarnya bagi kaum wanita ni lebih menghargai dan give & take. banyak yang kena consider lepas kahwin. Kadang-kadang masa bercinta semuanya indah di mata, bila dah duduk serumah baru tahu hati budi, buruk baik perangai. Nak nak kalau kita ni yang jenis pembersih..dapat partner yang tak berapa pembersih..ramai kawan-kawan perempuan aku yang pesan, makcik-makcik yang pesan..perkahwinan adalah berkahwin dgn KESABARAN. Banyaklah ye yang hendak difikirkan kalau cakap bab kahwin ni. sebab tu tanya diri sendiri (akulah), keinginan dan perasaan ke arah itu  mmg membara, cuma fikirkan dari sudut mental dan emosi..segala-galanyalah ..ready kah aku??banyak yang aku kena belajar lagi.




Sekolah waktu zaman Menengah Rendah. Zaman aku dulu cuma taraf Sekolah Bestari je. Tapi skrg antara sekolah yang Tip Top kat Daerah Kota ni. Kalau tak dapat 5A UPSR jgn harap dapat masuk. Dulu dapat 2A pun boleh masuk. Skrg tak lah ye. Nasib aku dah melepasi zaman tuh, sebab tahu diri tak berapa nak bijak.Sekolah yang rajin buat jualan goodies times valentines Day's dan Teacher's Day..zaman akulah . Time tu kalau nak kasi bunga ke, coklat ke kat SA ataupun cikgu kegemaran, memanglah waktu yang terbaik.


 Masa akad nikah busu. Masa ni aku baru sampai tau dari JB. Mula-mula pakai jeans dan T-shirt lagi. Tapi atuk aku ckp " pergi tukar baju kurung, temankan busu". So ASAP lah aku bukak almari atuk aku dan pinjam baju dia. Nasib baik atuk aku ni jenis ada taste sikit baju-baju dia, xdlah kain orang-orang tua sangat. Aku still boleh pakai, cuma besar lah sikit. Pinggang sama ye...



Unexpecting coming. Serius tak tahu pun kedatangan mantan KPN, Tan Sri Musa Hassan . Puan Sri pun best. Sebab diorang ni humble sangat. Sebab tu lah, aku rasa kalau jadi orang gaji dia pun tak pe (wahh, d/grade kan diri pulak)...

 
Penat siot menyiapkan cup cake ni (lah sangat cup cake)..hahaha...Balik kerja terus buat. Serabai gila aku rasa. Mula-mula tu idea aku nak buat dalam cup yg cute miut then masukkan dalam cup ni. Then terasa mcm membazir dan ambik masa yang lama, since aku tak cukup masa nak buat 150-200pcs kan. Penat menunggu nak masak. Lepas ni kena beli oven yang besar sikit. Sekali masak aje (emangnya dasar pemalas).


hasilnya ok lah kot . Topping tu atas bantuan Ita untuk letak. Kalau harap aku sorang, penat wey. Sebab masa cukup-cukup je.  pelokek gila aku rasa. kasi half-half. Serius aku memang tak rasa pun..sebab sendiri buat. Lantaklah sedap ke tak kan. Tapi diorg comment sedap. Masa kenduri busu pun habis. Cuak jugak aku tak habis. Mana taknya, sampai rumah atuk aku rasa ada 4 jenis cup cake dari 3 orang yang berbeza dan decorate yang berbeza. Licin ....aku nak nyorokkan pun tak menyempat.

Quarter of us. Ini muka-muka yang suka nak bergambo. Especially aku lah. Yang lain-lain sibuk-sibuk kan. So, welcome to our family lah Pak Usu Hakim. Sepupu-sepupu yang kecik-kecik lagi. Family aku je dah gedi-gedi.


1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Hi, lawa awak pakai baju kurung biru tu. Saya suka.