Friday, December 24, 2010

Fynn Jamal

Aku berjalan...berjalan membaca cerita
cerita manusia lain.
Mungkin bisa ku ambil iktibar
Mungkin bisa ku temu jawapan
Tiba-tiba aku terserempak dgn blog ini
Aku pernah baca, penulisannya begitu sastera
Mungkin sesuai dgn jiwanya seorang yang berseni
itulah dia Fynn Jamal

ku kenalinya melalui Video yang dipost di FB
Itupun tajuk lagunya "150 Juta"
barangkali sesiapa yg ingat tika bulan Ramadhan yg lalu
Lagu itu agak popular di FB
Hingga ada entry-entry di blog yang membincangkan
lirik lagu '150 Juta' ini..

Entry yg bertajul 'mahal' amat menarik utk dibaca
mungkin ianya adalah jawapan bg persoalan yg pembaca uatarakan
Aku suka pada kata-katanya yg tidak mendabik dada
Masih juga merasa diri punya kekurangan
Namun pada yg sama punya kata-kata yg sgt menarik utk dipegang

entry nya sgt sarat dgn  kata-kata yg sangat menarik
namun ada yg sgt menarik pada minda ku

adikku Perempuan,
kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.

adikku Perempuan,
masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.

Teruskan berkarya fynn jamal...

No comments: