Monday, December 13, 2010

Gunung Ledang

Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Agak famous kerana dijadikan tajuk dalam satu filem Epik Puteri Gunung Ledang
Dijadikan sebuah karya yang dipentaskan di Istana Budaya dan Singapura..
Sentuhan seorang anak seni yang mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai kaum...
Jika ingin melakukan pendakian, memerlukan 12 jam untuk naik dan turun dari gunung ini.

Kami datang ke sini dengan custom pakaian baru balik kenduri kahwin.
Orang lalu lalang tengok macam rombongan cikgu sekolah.
Abang kat kaunter pertanyaan tu pun menyangkakan aku ni cikgu sekolah (haha, sgt takde talent sbb garang)
Kedatangan ke sini pun semata-mata just nak welcome pelancong yang datang dari Cameron Highland..
Itupun setelah pelancong tu bermalam 2 hari kat rumah atok kat Bukit Gambir.




 Untuk memasuki kawasan Gunung Ledang ini, setelah membayar parkir dan letak kenderaan di tempat yang dirasakan selamat..anda perlulah berjalan lebih kurang 10 minit. Bergantung port yang anda inginkan.


 Panorama di bahagian bawah air terjun kaki gunung ini. Kalau rasa malas nak berjalan ke depan dan mencari spot area yang tercorok dan agak private..boleh lah port kat sini. Tapi bagi aku, no no...macam air kotor pulak nak mandi-mandi kat area bawah ni.

 Berjalan dan mendaki anak tangga untuk mencari port yang bagus. Budak ni tak rasa penat pun, sebab dalam hati menjerit "ye!! ye!!nak mandi kejap lagi"

Nampak kawasan perkhemahan kat situ. Orang pun tak ramai kat sini.

 Akhirnya 2 orang anak dara ini berangan feeling bestnya dapat mandi. Walau yang sebenarnya tak bawa walau sehelai baju. Feeling-feeling pun jadi lah.

Saya nak mandi..saya nak mandi...Kasilah peluang mandi kat budak ni.
Walau sebenarnya hanya memakai seluar katok. Nasib diorang budak-budak.kalau orang dewasa, haru.


Lebih kurang satu jam kat sini, setelah dua orang photographer yang sedang mencuba kamera DSLR mereka...ais cream puddle pop pun dah habis..kami decided untuk balik ke tempat asal. Kasihan pulak bagi sebuah kereta yang akan bergerak pulang ke Cameron Highland. Bak kata Shahrul " aku duduk bawah ni, badan berlengas. rasa nak cepat-cepat naik atas (Cameron) ". Itulah penangan kalau orang dah biasa kawasan sejuk kan.


No comments: