Thursday, December 30, 2010

Harimau Muda mengaum Di Piala Suzuki AFF 2010

Semalam aku kira semua rakyat Malaysia menonton Final Suzuki AFF dengan Indonesia. Congrat untuk pasukan Harimau Muda kita. Aku balik kerja petang semalam, serius jalan kat JB ni jammed. Kedai mamak dah penuh. Sebab semua orang bersesak-sesak nak tengok Final AFF nih. If aku ada peluang untuk berkomunikasi dengan seseorang tu akau nak cakap macam ni " b, see tak sia-sia i sokong Harimau Muda selama ni" citt, ni semua gara-gara Piala Dunia haritu. Coz aku  menyatakan sokongan pada pasukan Harimau Muda .Argh, tu semua cerita 8bulan yang lepas waktu Piala Dunia.

Yeah, Malaysia mengorak langkah setapak kehadapan. Pasukan yang disegani di peringkat Asia Tenggara sekarang. Sebenarnya corak permainan Malaysia malam tadi macam hampeh. Indonesia main memang bagus, cuma diorang unlucky je malam tadi. Kalau nak ikutkan, 45 minit pertama diorang boleh score banyak gol. Mujur kita punya gol keeper yang terbaik KHAIRUL FAHMI. Kamu memang pemain terbaik lah malam tadi . Gud job Fahmi then the rest pemain Malaysia. Kat twitter malam tadi, memang ramai yg cakap pasal dia ni. Pagi ni, kat berita dia diumumkan sebagai pemain nombor lima dunia yang popular di internet especially twitter. Dunia ok!! bukan Malaysia aja. Proud of you.

Cakap pasal twitter. Since aku dah mula addicted dengan twitter, memang sebelum perlawan akhir ni memang ada perang twitter tau pasal dua-dua negara disebabkan oleh bola ni. malam tadi penuh semua orang cakap pasal game ni. Fahmi, awak sangat glamour malam tadi.



yeah..kali ni kita punya tuah..Harimau sudah mengaum. Walau muda, tapi lebih bagus
dari pemain-pemain senior. Tahniah buat Rajagopal sebab berani pertaruhkan skuad yang lebih muda.


congrat untuk players also K.Rajagopal
Ini baru permulaan, banyak lagi yang korang kena improve.
Nasihat, please jangan ada gosip dan skandal dengan artis-artis. Semua tu boleh menjahanamkan carier anda. Lihatlah pada episod senior-senior korang semua. So focus dalam carier..



 My favorite gol keeper..Khairul Fahmi che Mat
He doing good job last nite. Gilalah, kalau tak memang banyak bola tu bole lepas tau masuk gaung Malaysia. He is the best. Kesian dia betul-betul pertahankan malam tadi



Muda lagi. Baru 21 tahun. Pemain Kelantan
so, fokus pada carier. walaupun ini pertama kali beraksi untuk Malaysia. tapi dia banyak menunjukkan kematangan dalam setiap perlawanan. cayalah, Kalau ada yang cakap aku jadi peminat dia lepas malaysia menang, WRONG!! cause aku tengok setiap games Malaysia. he is the best!!

psss: saya peminat awak dari awak fight dengan Vietnam hari tu...malam tadi tu bukan kesilapan awak sbb 2 gol Indon tuh....awk dah melakukan yg terbaik...hahaha (zam cakap " ee..tolonglah dia muda lagi ok!!" saya cuma peminat awak je..hahaha). Girlfriend Kahirul Fahmi kena banyak sabar lah lepas ni. Sebab Boyfriend dia daha da ramai peminat.


safee sali... penjaring terbanyak musim ini. Congrat!!


Apapun, malam tadi memang havoc sangat. Management Lily Jasmine should letak layar besar, supaya semua resident kat apartment ni boleh bersorak sama-sama. Ini tak, setiap rumah mesti bising. Rumah aku yang tiga orang pun dah macam 13 orang punya bising. Itu belum lagi jiran depan rumah. Satu keluarga akak tu bersorak. Eh, kalau join sekali kan seronok..hahaha...

Ini adalah penutup terbaik untuk Malaysia buat tahun 2010. Mungkin sesuatu yang bagus untuk permulaan 2011. Walau banyak yang berlaku kat Malaysia sekarang, natijahnya kita tetap sati Malaysia. Buat K.Rajagopal, tahniah kerana memberi peluang kepada pemain muda mengasah bakat. Serlahkan lagi bakat pelapis muda kita ni. Congratulations juga pada player yang mengekalkan semangat bertahan. Indonesia memang bermain baik malam tadi, tapi kita punya luck malam tadi. Congratulations Malaysia!!

psst: Fahmi dan Safee sali...jangan ada gosip-gosip dengan artis yea.....


No comments: