Thursday, December 9, 2010

Kuantan

Cuti akhir tahun
How i spend my Holiday and Annual Leave..
Sisa-sisa cuti tahunan aku masih berbaki 13 hari lagi  setelah aku bertekad untuk mengambil cuti tahunan..
Simpanlah sikit untuk forward tahun hadapan, untuk CGR lagi. Nasib aku baik kerana untuk hari exam, aku dapat Cuti Tanpa Rekod dari Kerajaan Malaysia. Siapa tak nak kan, so cuti tahunan aku selama 25 hari setahun itu belum campur lagi dengan cuti yang di forwardkan untuk tahun hadapan, tak perlu diusik. Tapi oleh kerana mood kemalasan tu kadang-kadang timbul, suka-suka hati aku ambil cuti rehat walau boleh mengular kan. Tapi aku puas hatilah sebab dapat spent time holiday ni pergi tempat yang sangat memori bagi aku. Puas hati sangat-sangat, lebih-lebih lagi I'm driving alone!!!! seriusss wehhh, tak tipu punya...terer tak terer potong lori2balak yang berbuah-buah kat laluan Muadzam tuh...ceh poyos gilo aku ni..org lain dah biasa potong treller panjang2 pun steady ja...dok eh, before ni kalau aku driving jauh macam pergi PD (ehhh, dulu masa kerja kat PD aku drive alone apa dari JB)...apapun, puas hati gilaaa...stress wehh, ngadap buku sebulan..tuh tak campur lagi dengan masalah-masalah sampingan yg lain...result??superb...

Kuantan dalam  memori
Actually kembali semula ke Kuantan merupakan flash back memory semula. Serius bila sampai sini i can catch up semula nama-nama tempat, nama-nama jalan yang ada kat sini. Automatically i can speak Kuantan..poyo ja bunyinya. Rindu sangat nak kembali semula ke sini. Lepas aku habis study kat Kuantan tahun 2004, last aku datang sini 2007. Masa tu aku ada course kat INTAN. Aci tak aku suruh lecturer aku choose Kuantan untuk aktiviti luar kitaorang. Sejak tu aku dah tak pernah datang lagi. Tahun 2001 aku datang Kuantan sampai tahun 2004. Kalau orang study amik degree, aku rasa habis dah. Tapi sebab aku ngada-ngada nak kerja kat Kuantan (time tu serius aku tak pandang JB nihh...)Jb pun tak pernah pergi since aku memang selalu pergi belah-belah utara Johor je. Kiranya banyak benda lah aku dapat buat kat sini, especially lesen memandu ku.


Seperti Dahulu
Kat sini tak banyak yang berubah pun. Aku still boleh ingat lorong-lorong short cut jalan-jalan kat sini. Cuma yang bestnya kat depan Stadium dah happening sebab dah ada East Coast Mall. Kiranya area tu dah agak popular lah sekarang . Dulu time tunggu bas nak balik Semambu, kalau rasa nak tgk player training kat Padang MPK tu buleh ja. Masa zaman kitaorang tempat yang agak glamer selain TC adalah Kuantan Parade, Megamall, ada satu mall tu tapi dah tutup. Maydin pun glameres jugak sebab nak save duit selalu beli peralatan belajar kat situ. Masa hujung 2003 kat area depan Kuantan Parade dan Maydin ada Kuantan Walk. Masa tu agak happening sebab banyak stall kat situ. Tapi sekarang ni aku tak rasa macam tu, sebab area depan stadium dah happening.

Dulu aku ingat lagi. Budak-budak lelaki kelas aku nak save bajet makan sanggup pergi kat satu Kedai makan akt area-area Kg. Selamat kat Tanjung Gelora. Makan apapun RM2.00. Samalah kot situasinya kalau kat JB ni student-student UTM sukan nak pergi kedai makan Pak Ali kat Taman U. Makan apapun RM 2.00. Tapi cepat habislah. ramai yang serbu. Time study kan, mana nak bermewah-mewah sangat unless kau tu memang anak orang kaya tak pun berlagak macam kaya bolehlah.

Dulu masa kat sini petang-petang aku suka jogging kat Taman Hutan Bandar kat Taman Indera Mahkota. Best sangat-sangat. Nak tengok orang merendek pun boleh. kalau rasa nak berpicnic, kitaorang akan lepak kat Air Terjun Pancing. Takpun kalau rasa nak tengok orang asli dan mandi sungai, pergilah Sungai Lembing. Hisyy, memori habis lah. Sebabnya mas tu baru lepas SPM kan..bak kata orang-orang tua...baru dapat kebebasan kan. Tapi sangat tak boleh blah kalau aku ingat balik masa awal-awal aku datang Kuantan ni. Aku sorang je dari Johor ok. Yang lain tu semua budak-budak pantai Timur. Memang bolok habis kepala ni bila saing-saing demo kecek klate blake..sebutir habuk pun dok pahe. Tapi lame-lame, aku bolah paham. Nak tak nak, kena belajar kecek sikit-sikit. Itu tak campur lagi kalau Pahang ni dah lah besar, setiap daerah ada bahasa deme sendiri. Pekan, Temerloh, even Kuantan macam kat Beserah nun ada bahasa sendiri. Demo belaka influence beloh2 Kemaman.


 View dari esplanade. Dulu zaman aku dah ada dah. Cuma le ni agak kotor sikit . Banyak sampah-sampah kat sini. Dengan Adik, anak kak Linda...

 Tempat ni masih ada lagi. Wall dia sangat cantik..suka untuk nak amik gambar. Tempat apakah ini? pergilah level 3 area panggung dan depan sikit dgn bowling...mesti tahu. Tak pernah pun masuk, cuma dulu-dulu time praktikal kat YTL, Raymond dgn Thamb selalu cerita tempat ni dgn kitaorang.

 megamall Kuantan. masih seperti dulu. Setiap kedai tu masih lagi bertapak sehingga hari ini. Sama je tak de yang berubah. Tipulah kalau xder kot, cuma kebanyakkan masih ada lagi katsini. Sekarang Megamall dah tak sehappening dulu, sebab dah ada East Coast mall

Dah berubah dah TC ni. dulu area ni boleh parking-parking kereta. skrg dah jadi ruang yang besar. oklah ...

macam jakun pulak aku rasa.hahaha...i'm lost my weight..tapi nampak gemuk gila dalam picture...lagi 2kg to my ideal weight...hope can get soon..tapi mak bising, cakap tak cantik...tak kiralah, yang penting aku mahu kurus kan lenggan(sangat susah)...drumstick(gila susah)....

 Landscape yang wajib diambil. Sebelah sana tu Tanjung Lumpur. Ingin mencari makanan laut?? ikan goreng tepung??sotong goreng tepung petang-petang?satar ke? moh leh datang Tanjung Lumpur. Dah banyak kedai makan yang bukak skrg...makin laris dan laku aku tgk...

Dari Teluk Cempedak..
Ada satu panorama rumah yang terbakar sebelum sampai TC...rumah siapakah itu..jeng jeng..sempat gosip dgn Cik Noi dalam kereta.. tak sangka ok...mcm itulah, kalau dah namanya kaki perempuan, sampai ke tua memang tak pernah berubah.Bak kata orang kalau dah lepas 40an still di takuk yang lama, memang tak akan berubahlah...Tapi kita kena ingat, semua manusia pun boleh berubah. Cumanya, diri sendiri kena kuat. Ingat, makin lama kita makin dimamah usia, bekalan kita kat sana pun belum tentu penuh.  Apapun ini peringatan buat diri aku sendiri. Usia muda belum tentu panjang lagi perjalanan kita, esok lusa mungkin kita dijemput ilahi. Aapapun, terima kasih kepada majalah solusi kerana menemukan diri.


Tempat melepak dulu-dulu zaman study kat Polisas...seronok gila zaman remaja. Siap overnight lagi kat TC sampai pagi tau...dan tak lupa juga Jungle Tracking dari bukit Tegak masa zaman wataniah tembus kat TC ni..gila jauh..apapun serius memang best


Meet Them
lately ni aku reunite semula dengan kawan-kawan masa kat Polisas kat FB. Great.Terima kasih lah kat Facebook sebab medium inilah yang menemukan aku dgn rakan-rakan lama.. Itu yang buat aku rasa teruja nk datang Kuantan kan. Yang best bila ingat balik time join Wataniah dulu. Motifnya of course lah untuk dapatkan allowence RM250.00 tu bulan-bulan. Tapi hampeh gak. Sebab kita memang tak akan dapat full, unless wekend selalu join aktiviti kat Kem. Then kalau perlatan mcm pingang ke, mangkuk ke, sudu ke..kalau slh sorang dari anggota tak rosak kan atau hilangkan. Kalau salah sorang yang pedajal, semua kena potong tau elaun tu.. Tapi yang memang tak boleh blah, activiti yang aku suka time kat kem adalah--->Pitik. Words ni digunakan untuk anggota memasak..hahaha..sebabnya tak kuasa nak kawad berjam-jam kat panas, kena susun senapang lagi. Tapi bestlah sebab ada exprience pergi kem tahunan wataniah kat Temerloh seminggu kot. Bad experience bagi akulah..hahaha..sebabnya...aku bukan jenis yang boleh hidup dalam keadaan yang sangat tidak selesa..nak mandi pun payah benar..Tapi demi aktiviti Koko aku dan demi ada 2 peluang lepas habis belajar, aku tahankan. Masa tulah, budak-budak lagi. Tapi seronok dapat timba pengalaman, kenal dengan anggota Wataniah dari IPTA lain kat Pahang ni..dapat menembak, dapat berkawad, dapat pakai uniform askar, dapat elaun, semualah dapat. Dululah..

Apapun, itu adalah kenangan lama. Kadang-kadang kita kena toleh kebelakang semula. Supaya kita sedar dahulu kita macamana dan muhasabah diri untuk jadi yang terbaik untuk hari-hari mendatang. Lepas ni kalau boleh nak driving lagi ke utara mungkin. who knows. Jangan serabutkan fikiran bila ada problems.Put aside, filling dengan something yang valuable. InsyaAllah can healing your heart. Allah knows what is the best for his ummah...yes Kuantan, maybe i'll back soon or later!!!


No comments: