Friday, December 17, 2010

the worst

Dua hari lepas aku baru saja tengok result exam untuk semester ni.
Hari-hari dok check dalam SMP. Terasa untuk sem ni lambat sangat result keluar.
Semalam aku check, wah dah siap kira dengan CPA sekali. Cuma result belum sah.
Tapi normally itu dah sah, cuma belum diputuskan dalam mesyuarat senat.
Sesungguhnya sebagai seorang manusia yang normal, yang Allah Ciptakan dengan pelbagai perasaan,
aku akui aku agak kecewa dengan keputusan tersebut. Sebab apa, sebab keputusan tersebut diluar jangkaan.

Bukanlah bermakna aku terlalu yakin. Tidak, tetapi aku rasa seperti "ada yang tak kena".
Ok fine, masa test mungkin tak adalah sejuara mana. Cuma aku rasa i did well in final.
Eventhough sebagai manusia biasa sepanjang tempoh ini, focus aku agak terganggu.
Tapi aku rasa ayat yang paling tepat, awak banyak main-main lah sem ni miza.
Itulah bila terasa terlalu relax, lupa kejap " hello u're part time student!!!"
But, i admit this is worst semester for me. Just smile ;-)


walaupun begitu, aku kena bersyukur lah walau tak lah seperti yang diharapkan..
CPA aku masih dilandasan yang betul. whoops, serius sangat takut jatuh.
Tapi, bagus juga bila situasi ni berlaku. Ingatkan diri sendiri untuk semester berikutnya.
Itulah, Allah ni datangkan kita dengan pelbagai ujian dalam hidup.
bila kita suka, kaya, miskin, putus cinta, bahagia, kecewa, gagal...
itu semua ujian hidup yang ada hikmah disebaliknya tanpa kita sedar.
so, untuk next semester aku harus bekerja keras.
Mungkin aku terpaksa ikut resepi kak zaharah untuk berjaya..
Tahun hadapan?? ermm, banyak yang dirancang..so, aku memang kena manage schedule dengan punya disiplin yang tinggi . Agar yang dirancang, menjadi.


baru perasan, ye aku memang pentingkan GPA dan CPA. Ia bukan setakat lulus sahaja.
But i need more dan yang lebih penting, aku kena rajin.
lepas ini aku harus focus pada benda yang aku nak buat.
Aku suka qoute ni.
"If you love your mate and want the relationship to grow and evolve, you've got to learn to close one eye and not let every little thing bother you ~ Ronald McFadden
betullah , itu yang aku fikir dan rasakan betul..ceh..tetibe nak kepoyo an



Ku dapat qoute ni dari status Bei kat FB. Aku tak pernah jumpa dia dalam reality.
Tapi just through FB since awal tahun lepas. Itupun through Am when dia kerja kat Petronas.
Masa kenal dia tu, dia baru clash dgn Bf dia. dia suka notes, update agak jiwang lah time tuh.
. Kitaorang chat through Fb, then layan sembang kat YM pulak.
Pastu tukar pulak kat fone. Nice girl, educated dan engineer Petronas yang berdedikasi. chewah.
But now, she seems happy dgn life dia. agak matang dari sebelum ini. Aku doakan dia berjaya menukar status diri tahun hadapan sbg yg diharapkan dgn En.Syafiq awak..


 
apasal tetibe dari qoute terus tukaq pergi cerita ni...??
Point aku mudah, if kita nak kan sesuatu kita kena fokus.
Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Good luck myself!!! smile .....:-)









No comments: