Thursday, January 27, 2011

Fobia Cinta



Sinopsis lagu ni

Aku huraikan ikut apa yang aku faham lah kan. Video ni memang sangat tak relevan dengan lirik lagu ni. Ok, one thing aku ni suka sangat menghayati lirik-lirik lagu kan. ala-ala feeling konon. Lirik lagu ni menghuraikan yang ada seseorang yang meminatinya, tetapi dia sangat tak bersedia untuk menyambut cinta yang dihulurkan. Memanglah cinta yang dihulurkan itu ikhlas, tapi diri dia tak berani nak menyambut. Takut kerana akan terluka buat kesekian kalinya. Dengan bahasa yang paling senang, dia ni sangat fobia dengan cinta.

Huraian aku sendiri

Actually selalu dengar lagu ni kat radio. cute je mamat ni. follow dia sejak dari MyStar LG. Since ada org kat rumah aku ni mmg minat rancangan² realiti ni. Apa yang aku boleh katakan, aku berada dalam situasi lirik lagu ni sekarang. Dengan apa yang terjadi, aku rasa YES I am!

Bukan apa, focus sekarang ni aku lebih kepada masa hadapan. Sebab diri bukan muda lagi. Kadang-kadang tak terlalu berharap pun, bila benda tu terjadi kat diri sendiri..of course sedih. Kita ni manusia biasa, bukan robot atau anak patung yang tak ada perasaan.Yang suka² hati je nak simpan, kita simpan..bila rasa nak buang, buang terus. Kadang-kadang bila berhati² pun, tak mustahil akan terkena buat kali yang ke berapa pun tak tahu. Dah namanya pun, manusia ni rambut sama hitam (walau kaler²) pun, tapi hati lain-lain. Hati tu bukan objek fizikal yang kita boleh nampak. Nak robek pun tak boleh.

Tapi aku belajar dari pengalaman yang lepas. Everything happens for a reason babe. Ok fine, kalau ada yang cakap aku fobia, YES I AM! Sebab aku ni jenis focus, bukan utk current je. Aku dah tak suka lagi dah nak just for current² nih. Aku rasa semua orang yang over 25 tahun punya feeling yang sama. Kalau xd, aku tak tahu nak cakap. Just for fun²,hit and run. Aku pun tak faham macamana diaorang planning hidup masing². Oklah kan, sebab aku ni jenis bertarget dan focus pada benda yang aku hendak kan. Sebab tu selalu rasa mcm ni. kenalah admit, manusia ni lain² tak sama.

Apapun, aku kena motivasikan diri sendiri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dengan umur aku sekarang dan aku tahu tahun ni aku harus buat satu keputusan yang amat besar dalam hidup. Oleh itu aku harus matang dalam membuat keputusan. Bukan terburu² mcm yang kajian bulan kelahiran oleh Dato' Dr.Fadzilah Kamsah. ye..aku admit, semua dalam kajian tu memang betul.

Sebab tu lah pada mereka² yang hadir membuka peluang dan memberi peluang, terima kasih. Terima kasih sebab bersabar sekian lamanya walau anda tahu tika itu aku closed with someone. Cumanya, buat masa ini berilah masa. Aku tak mahu lagi terburu². Sebab ini dah melibatkan issue masa hadapan. Bukan issue remaja-remaja lagi. Honestly aku amat takut. Takut tersalah membuat andaian, takut tersalah membuat pilihan. Kerana aku ni hanya perempuan. Yang hanya boleh berkahwin dengan seorang lelaki dan bukan empat lelaki.Yang kena banyak bersabar dengan kerenah lelaki ni. Apapun, aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Pada Allah ku mohon petunjuk mu.

so, aku dedikasi kan lirik lagu ini (bukan video lakonan itu) buat mereka² itu. Aku bukanlah hot sangat, kaya pun tidak, belajar degree pun tak habis lagi.Cumanya bersabarlah jika betul² serius. Semuanya aku dah perjelaskan secara jelas terang dan nyata melalui percakapan dan text² sms aku mahupun perbuatan. Aku rasa tiada yang melampaui batas sebagai orang Islam. Itu lebih baik dari menjadi seorang yang pengecut untuk berkata benar dengan hanya berdiam dan buat macam tak tahu. Sebab aku tahu, kita ni bukan muda lagi. Setiap orang ada hati dan perasaan. Sekiranya tiada jodoh, biarlah ianya selesai sebagai seorang kawan tanpa dendam dalam hati (yg kita sendiri pun tak tahu). Sebab, aku sedar yang aku punya adik perempuan dan lelaki. Fikir-fikirkanlah jika ianya terjadi dalam keluarga sendiri.

~Yes i'm fobia with love..but i know, it is not forever..Ya Allah please show me the brigthness way..AMIN~

No comments: