Monday, January 3, 2011

Pantai Pasir Lanun ke Air Papan

Cuti hari tahun baru 2011, aku dah planning siap-siap.Mahu mandi pantai. Tapi mak siang-siang dah pesan, jangan mandi..banyak org mati lemas.Tapi aku rasa, diorang mandi tengah laut. Aku tak mahu mandi jauh-jauh sangat.

Since kat office aku dah planning nak mandi kat Pantai Penyabong.Tapi En.Suhaimi suggestkan  Pantai Pasir Lanun. Sebab pantainya cantik dan tak ramai orang.Dari rumah ke Mersing ni lebih kurang 45minit. Sebab aku drive ikut peraturan (lah sangat..;-p).Carik-carik (main hentam ikut signboard kaler coklat)..Jumpa macam-macam nama pantai pulak.Pantai Penyabong lah...Kemudian Telok Gadok lah...Tanjung Resang..Aku nak juga cari mana pantai Pasir Lanun tuh...

cari punya cari tu dia, hujung sekali. Tapi mcm bukan tempat mandi je (ke aku yg silap parking)..tempat orang punggah ikan aku tengok. lagipun air laut bergelora..nun jauh...belum pasang lagi.suasana kat area-area ni, boleh digambarkan kalau kita pergi nun belah-belah pantai timur, Terengganu.Keadaan rumah dia, bahasa diorang ni..semuanya anak-beranak keturunan org2 sana.

Last-last adik aku ajak pergi pusing semula dan lepak je kat Pantai Tanjung Resang.Atleast dapat tahu tempat ni kat mana pun ok, sebab kalau pergi Mersing tak pernah pergi kawasan dalam-dalam.Banyak chalet kat situ. Tapi tak ramai orang walau hari cuti.Adalah dari Jabatan kerajaan yang buat kursus kat sini. Tapi super sunyi dowh.

Then yang paling bangang, sudahlah aku mau terkucil..tak kan mau sorok kat semak.takpun pura-pura mandi laut tapi sebenarnya nak kencing..Punyalah mahal challet tu charge aku nk membuang air kecil ni, RM 1.00 dowh..Macam toilet kat KLCC pulak aku rasa..oklah tempat orang, layankan.Sebab kawan aku yg kerja kat JKR Mering ni dah pesan, "hati-hati dgn org Mersing" ni.Ok fine, mula-mula cakap 0.50 ..lepas tgk tgn aku pegang seringgit ..cakap mcm pundek RM 1.00 pulak..yapedaa....hahaha



Nama je adik-beradik 6 orang. Tapi bila semua dah kerja, hampeh nak dapat kumpul sama-sama sebab komitmen. Tulah tengok cm aku, keje gomen. Bnayak je cuti..hahaha..So, just si tua dan si bongsu yang pergi. Mak tak join coz ada registration budak-budak sekolah. Layankan saja lah walau berdua.
Oh, nampak abah kat pintu rumah..mcm nak menghantar kitaorang pergi balik jauh pulak.




Pantai Tanjung Resang
sangat sunyi. Banyak juga chalet kat sini. Tapi tak ramai orang.





Ombak bergelora. Tak berani nak mandi. Kot-kot lemas, takder orang nak selamatkan ;-p




benda alah ni aku tak reti nak sebut apa.
Cuma best main, sebab angin sangat kuat kat sini.





 my fav ever..sata..
Tapi tengoklah sata kat area ni, dah berapa ntah..dok bakar simpan bakar..x laku2..
Masih tak boleh lawan sata kat Marang dgn Kemaman. Rindunya nak pergi sana lagi..




the scenery





Pantai Air Papan.
lebih kurang 15+minit dari Tanjung resang jumpalah pantai ni.
Kat sini seronok sikit. Agak famous sejak aku kecik lagi.


Angin bertiup kuat. Pantai pun bergelora..ececeh..
orang-orang JPA tu..pantang nampak orang mandi pantai kauh sikit dah tiup wisel..
Memang red flag je kat situ..Best bersantai-santai dengan family pun ok..




Last point yang wajib singgah. Area Medan Tanjung Nelayan kat Mersing.
Singgah beli kepok lekor. Banyak kedai kat sini dan banyak choice.
kepok dia memang berasa buta-buta ikan sungguh.



Then singgah bandar Mersing beli peralatan sekolah adik.Tak boleh blah lah pekan Mersing ni. Dari sejak zaman aku naik bas balik Kuantan dari Mersing..sama je pekan nya. Takde perubahan besar sangat pun..Patutlah si Amy merunggut bila dapat pindah office kat sini. Serius tak banyak kedai mcm kat JB or Kota.Mcd pun takde..apatah lagi Pizza. Kesian Amy time dia pregnant dulu, sanggup bekal Mcd dari Jb.Aku cari barang sekolah adik pun kat kedai-kedai biasa je. Tak banyak pilihan.takdenya Giant ke(adalah, tapi itu market).Pastu takdenye pasaeaya KINI ke..Kipmart ke...cuma aku lupa ada Tunas Manja ..apapunbest lah duduk kat tempat ni. Sebab boleh save duit gile-gile...


No comments: