Friday, January 7, 2011

Pertama Jumaat 2011

Hari ini adalah hari jumaat.
Penghulu segala hari.
hari yang disuruh perbanyakkan berdoa.

banyak yang boleh dipelajari dalam sekitar kehidupan kita.
Kadang-kadang pandangan pertama sgt menipu.
Kita perlu melihat untuk kali kedua.
supaya tidak disalah erti dan lebih memahami objek tersebut.

Semua orang berhak untuk mencintai dan dicintai
Tapi kadang-kadang 'love' means 'gambling'
samaada kita berjaya atau tersungkur.
Kekecewaan itu kita boleh melalui dua jalan.
Kita 'release' perasaan tsbt melalui jalan yg baik atau sebaliknya.
Samaada menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Atau memilih jalan yang sebaliknya.

lelaki apabila merasakan diri adalah berkuasa..
Mereka merasakan kita patut mendengar katanya
Dengan semangat keegoaan yg terlalu tinggi..

situasi 1:
seorang perempuan yg cantik, bijak, dan mempunyai masa dpn y cerah
bercinta, post status di FB umpama merekalah psgn yg sehati.
Mahu bercerita bahawa mereka pasangan y sdg hangat dilamun cinta.
Siap deactivate akaun bila tak online. Alasan sebab terlalu ramai peminat.
sekarang dah putus, status memang frust sangat-sangat.
sangat active berFB. nak tengok saham laku lagi ke tidak.

moral: bila bercinta, jgnlah terlalu show off. Kegembiraan tu biarlah tunjuk sedikit pada orang lain. Tak semua orang suka. Kata-kata org lain, kdg2 doa juga.Jadi bila menulis status tu, biarlah berlapik dan berhati-hati .i've learned so much from writing in FB.so, if rasa nak meluah dgn menulis, fid out some social web yg tak ramai org kenal kamu..(this my trick..;-p)

situasi ke2:
FB ni umpama satu sesi menjana minda dgn penulisan kreatif dari minda.
Kita boleh mencelah dengan menjadi spt Kak Nam dgn 'comment' pd status terbabit.
Tapi, kadang-kadang kita salah sangka dgn komen² tsbt.
eh, diorang ni ada apa² ke?
eh, diorangni gaduh ke?
eh, kenapa dia npk mcm bagus sgt..apa kes?
yup, aku admit banyak buat silap dlm menilai komen-komen org.
Kita silap tafsir dgn tulisan tersebut. semua tu propa kdg²..
tapi kalau betul macamana? tepuk dada tanya diri..ahaks..

moral: rasional bila membaca komen dan memberikan komen. tulisan biarlah berlapis. semua tu boleh jadi issue. Tapi, apakata kita tanya pada empunya diri di luar alam siber. Mungkin jawapan tak seperti yang digambarkan dalam alam siber. bersikap jujurlah pada diri sendiri ya..;-p


Apapun, semua yang berlaku pasti ada hikmah.
Kesilapan yang dilakukan, jadikan pengajaran dalam hidup.
Nasihat pada diri ku, jangalah berbuat kesilapan untuk kali yang ke-2.
Untuk menjadi seorang yang baik, sekeliling kita mestilah org yg baik juga.~Maher Zain~
Mudah-mudahan ku punya sifat kemaafan buat semua orang.
Mungkin sukar untuk memaafkan, tetapi ku yakin suatu hari nanti aku pasti memaafkan.
Kerna, biarlah Allah sahaja yang membalas setiap perbuatan manusia.
siapa kita untuk menghukum....

situasi ke 3:
Ini pengalaman aku sendiri. Ia membuatkan aku tersedar seketika.
Ada satu hari tu, aku perlu hadir majlis perkahwinan seorang kawan di Batu Pahat.
Kebetulan kami singgah di satu majlis perkahiwinan di Kluang dahulu pada waktu zohor
Niat dari rumah mmglah jamak takhir, sebab lebih dari 2 marhalah.
Lepas shj dari majlis di Kluang, kami otw ke batu Pahat.
Satu-satu masjid di pinggir jalan kami lepaskan. Niat " argh, kat depan tu mesti ada masjid"
tup-tup kami decided utk solat di Summit Parade. Luaran mmg cantik mall ni.
Dgn harapan surau dalam mall ni seindah mall nya.
Namun amat malang, sbb surau nya sangat menyedihkan. Tak boleh nak kata apa.
seorang kawan terlepas cakap
"kalau tahu tadi, baik kita singgah masjid kat tuttttt..ni lagi teruk..nk solat pun x selesa"


moral: semakin kita mencari yang terbaik, tak semestinya kita akan dapat yang terbaik pada akhirnya. Kalau kita rasa kita dah jumpa, grab lah. Mungkin dia bukanlah orang yang terbaik pada mulanya. Tetapi kita sama-sama belajar untuk perbaiki. Tak semua bend ayang cantik pada luaran, dalaman pun begitu juga. Ya, aku betul-betul terkasima. Sekarang aku belajar utk menghargai orang yang betul-betul ikhlas. Belajar untk menerima kekurangan dan kelebihan org yg boleh menerima kita sebaliknya. Give and take is the point. Mudahan² Allah permudahkan segala²nya. Rasa kecewa itu perlu. Tapi janganlah dipanjang²kan. jangan hancurkan hidup sendiri. cepat² bangkit dan mulakan sesuatu yg baru. Anggap apa yg terjadi pasti ada hikmah yang kita tak nampak sebelum ini.

~bersikap sederhana dalam segala hal~






No comments: