Monday, January 31, 2011

Segmen: Jom syok sendiri




Kali ni Hencik Ben buat segmen lagi.
Gila rajin dia buat segmen² soh ikut..
sejak dah join yg 1st tu, aku nak gian nak follow segmen² hencik Ben ni..




Wartawan : Ben Ashaari
orang yang ditemubual : Akulah kan





Ben: Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Saya tidak mempunyai nama yang khusus untuk glamour. Cukuplah orang mengenali dengan nama Miza Petite.

Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
saya memilih nama tersebut kerana ia adalah nama saya sendiri. Selain senang untuk disebut ia juga mengambarkan diri saya yang sememangnya kecil molek je. mudah bukan.

Kenapa anda berblogging ?
Salah satu faktornya adalah saya gemar mengekpresikan diri dengan cara menulis. Kadang-kadang tak semua yang kita fikirkan mampu kita luahkan. Saya berpendapat menulis merupakan salah satu ekspresi yang boleh dizahirkan. Dahulu pada zaman blog ni tiada, waktu zaman sekolah saya gemar menulis cerpen. Itu juga merupakan salah satu wadah saya mencurahkan apa yang terpendam. Saya juga mempunyai seorang kawan di zaman sekolah yang suka mencurahkan segala yang terpendam dengan cara melukis kartun. Jadi saya berfikir, ia bukanlah satu cara yang salah.

Siapakah pemberi semangat anda ?
Tiada pengkhususan sebenarnya. Ianya di motivasikan dari diri sendiri selain teman-teman rapat. Selain daripada penulisan  blogger-blogger yang sedikit sebanyak memberi semangat untuk terus menulis di dalam blog terutamanya blogger Leeds. Dia adalah pencetus semangat untuk saya berblogging setelah saya membaca blognya buat pertama kali.

Sudah berapa lamakah anda berblog ?
Masuk tahun ni adalah tahun ke empat saya berblogging. Tahun 2010 merupakan tahun yang paling katif saya berblogging.


Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
Selain daripada Leeds, saya gemar membaca penulisan-penulisan Ben Ashari, peeja, Hanis Zalikha, nani Rostam dan Aunty Noraini . Gaya penulisan mereka begitu bersahaja. Walaupun blog mereka merupakan blog personal, tetapi pengalaman hidup yang mereka curahkan dalam blog tersebut amatlah berguna dalam kehidupan masa kini.

 
Ben: Kenangan pahit anda dalam dunia blogging ?
Buat masa ini tiada lagi. Mudahan-mudahan tiada adengan saman menyaman seperti sesetengah blogger

Ben: Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
Saya amat berbesar hati kerana entry pertama saya dalam dunia blog, iaitu Percutian Ke Tasik Kenyir mempunyai ramai pembaca setakat hari ini. Selain dapat mempromosikan pusat perlancongan tersebut, ia secara tidak langsung memberitahu masyarakat luar bahawa negara kita mempunyai pusat perlancongan yang indah.

Ben: Selain berblog , apakah minat anda ?
Aku: Pada waktu lapang saya suka menjahit manik. Seni jahitan ini saya belajar sendiri melalui blog dan juga buku. Bila menjahit manik, memang banyak masa yang diperuntukkan kerana terlalu ralit. Selain itu saya juga mempunyai hobi membaca buku terutamanya motivasi dan juga journal kehidupan orang lain. Saya berangan untuk memiliki pepustakaan sendiri di dalam rumah.

 
Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
Saya hanya berblog bila ada waktu lapang sahaja. Biasanya saya mempruntukkan waktu untuk berblog dan aktiviti² lain.


Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
Saya bercita-cita agar blog saya dapat menjadi tempat rujukan untuk kerja-kerja sulaman tangan seperti manik yang mampu dilakukan oleh semua wanita. Selain itu dapat menjadi tempat rujukan kepada mereka² untuk pergi melancong ke tempat² yang menarik tetapi tidak begitu popular di negara kita.


Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
Sekarang ini ramai yang menggunakan blog untuk meluahkan pendapat masing², memandangkan semua orang mampu berblog . Cuma berhati² lah bila menggunakan blog, takut ada yang tersilap faham.


Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
Miza: Kepada mereka yang ingin memiliki blog sendiri, pastikan blog anda dapat memberikan manafaat kepada mereka yang membaca. Bukan sekadar penulisan kosong semata. Biarlah kita menjadi manusia yang dapat memberikan manafaat kepada orang lain.


Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan ..
kalau boleh, saya ingin blog saya ini dimasukkan di majalah NUR atau DARA. Kerana ia sesuai dengan imej feminisme saya ini. :-)



wah betapa perasan nya aku menjawab soalan
wartawan Ben Ashari ni...hahahaha


PS : Ini segmen syok sendiri ok .. jangan pk bukan bukan .... (Ben Ashari)..------> aku copy

3 comments:

wanmardziyyah said...

hihihi, same2 la kita perasan kak. salam kenal kak.

Nadhirah-chan said...

wahh akak . jawapan semua bernas2 . hehe . saya tak reti nak buat macam tu . akak ajar saya eh ? ehehe :)

Dari sudut Hati kecilku said...

wan: yelah wan...saja2 cuba
nadhirah: ceh..main hentam saja..bak kata Ben, jawapan kn ikhlas dr hati..bkn propa..hek hek