Friday, January 21, 2011

the true of friendship




Lately ni banyak sangat benda yang tak disangka² berlaku. Might be perasaan aku sendiri bila umur nak ke 30-an dan juga rumour yang sedikit sebanyak menyebabkan aku rasa sangat depress. Hopefully aku berjaya mengahrungi segala dugaan dan ujian yang Allah berikan.

Lately ni juga kesihatan aku tak berapa bagus. Sangat tak suka. Aku rasa naik segan pulak jumpa doktor yang sama. Kejap demam lah, batuklah dan yang paling azab adalah buat sekeian lamanya sakit gigi!! betul² menguji. Aku pun tak tahu kenapalah lambat sangat gigi bongsu nak tumbuh. 2009 putik² mahu muncul aku dah terasa sakit sangat dan menyebabkan muka aku bengkak. Setahun (2010) takde apa² pun yang terjadi, kalau rasa sakit pun sekejap je tak sampai bengkak. Dan skrg awal 2011, dia datang balik. Awal² pagi adalah tahap maksimum aku serius tak tahan sakit yang amat. mencucuk² rasanya. Dengan muka yang bengkak sebelah macam alien. Takpe, aku anggap ini semua pengubat dosa² kecil aku.

Berbalik semula lagu diatas. Aku nak dedicated buat sahabat² yang pada aku , they are true friends. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana aku memiliki teman baik yang sangat menyokong walau apa jua keadaan. menjadi pendegar setia tika sedih atau suka. Teman bergosip ku. Ada diantara mereka yang jauh, namun dengan teknologi yang ada sekarang semuanya memudahkan. Hari² pun boleh berbual tanpa batas.

Aku nak dedicated song ni buat my lovely friends Zam Azilah, Ita, Ayus dan juga As. Semoga kebahagiaan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi kalian. Amin.

1 comment:

zylang said...

walaupun aku x suke lagu ini
neway thanks..
ape pon hidup mesti diteruskan
dont ever give up
patient and put faith on
insyallah...
one day d reward will return..