Monday, February 14, 2011

Mentor 5



Malam tadi sesi ujibakat Mentor 5 dah ditayangkan kat TV 3. Seperti biasa, pengacaranya adalah Ally Iskandar yang baru bertunang dengan Aishah Gadis Melayu musim 1. Untuk musim ni, artis yang terlibat sebagai mentor adalah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Rahim Maarof, Sharifah Aini, Edry Halim dan Noh Hujan. Rancangan ni seperti biasa bersiaran pada hari Ahad 9.00 mlm.

Dulu mula-mula diri tak minat sangat Mentor ni. Memang follow sejak zaman Peja, Fiq..tapi gitu² jek. Sampailah zaman Black, memang follow betul-betul. Sebab masa tu dpt housemate mmg suka bebenar tgk realiti show ni. Siap vote² lagi si Black tu. Sebab dia memang best, memang ada bakat.

Cerita pasal Mentor 5 semalam. Nak nilaikan pun baru lagi. Tapi agak seronok sebab ada Afdlin Shauki dan kebanyakkan Mentor musim ni memang agak 'best' lah. Sebab tu, ada kriteria-kriteria yang diorang hadkan season ni. Paling best aku rasa masa ujibakat Afdlin Shauki. Dia memang seorang penghibur. Sebab tu lah, ramai yang admire hasil kerja dia. Even ada sorang mamat yang pergi audition semata² nak jumpa Afdlin. Serius, mamat tu memang excited terlebih. Aku rasa kan dik, kalau kau masuk Raja Lawak bagus. Sebab ada bakat kat situ, bukan nyanyian. Sebab tulah, audition Afdlin paling lama..sampai pukul 4.00 pagi!!

sebenarnya apa yang aku nak higlightkan kat sini bukan tu semua. Cuma aku nak bagi pandangan sikit pada tujuan peserta yang datang tu. Ada yang beriya² merayu pada judge walau pun tak layak. Siap nangis² lagi. Yang tak boleh blah ada satu minah bertudung ala² tomboy tu dengan geng-geng nak jumpa Erra Fazira. Marah-mrah  tak puas hati sebab diorang nak Erra yang judge diorang, bukannya Ajai. Haisyyy, dah terang-terang diorang mmg tak ada bakat. Hello dik, akak yang bukan pakar pun tgk tahu. Ni, kau nak pertikaikan pulak orang yang memang sah-sah profesional dalam bidang ni.

Next, bila tak dapat merayu². Meleleh air mata. Cakap nak ubah nasib keluarga..ini jelah yang diorang boleh buktikan pada family dan nak ubah nasib hidup. Dulu aku boleh terima tau zaman aku kecik². Tapi bila zaman sekarang ,aku rasa tak boleh terima. Ok fine, kalau memang sah-sah berbakat tak pe. Ni memang hampeh, boleh lah pulak kan merau². Buat lawak lah dik.  

Cubalah fikir dik, bukan dengan jadi artis je kau boleh ubah nasib. Banyak cara dik. Cuba awk tgk pemenang mentor season yang lepas, mana dia??? senyap je kan..ramai lagi lah yang jadi artis pun suam-suam je. Ramai yang independent sendiri. Aku cakap bukan sebab aku jeleous sebab memang aku tak der langsung pakej nak jadi artis. Tapi pada aku, mentaliti diorang yang merayu-rayu dan mengamuk bila tak dapat masuk Mentor ni.

Tolong lah dik. Banyak lagi cara nak ubah hidup. Belajar lah salah satu darinya. Even kau memang tak pandai pun, cubalah cari kursus-kursus kemahiran yang FREE kerajaan punya. Lepas tu pandai² lah kau bawa ilmu yang kau ada. Jangan MALAS. Tak pun, kau kerja lah apa-apapun yang halal . Bila lama kau kerja, banyak pengalaman ..kau mungkin akan naik pangkat. Mungkin juga kau boleh buka bisnes sendiri. Senang cakap, banyak lagi jalan nak ubah hidup, bukan jadi artis je dik!. Yang penting kena usaha bukan goyang kaki. Macam artis yang bertahan sekarang, diorang tu bukannya goyang kaki nak sampai ke tahap mcm sekarang.

Senang cakap, kelakar pun ada aku tgk gelagat diorang. Puas kena kutuk je. Kadang-kadang tak cermin diri dulu. Syok sendiri pun iya gak. apapun, musim ni agak menarik. Sebab barisan mentor yang punya nama besar dalam industri. Mudahan-mudahan protege yang dipilih bukan hanya gemilang dalam mentor sahaja, tapi diluar juga.

No comments: