Friday, February 4, 2011

the passionate

Bila dah lama-lama aku membaca blog blogger2..banyak juga yang aku belajar. Banyak juga yang aku tahu. Aku suka membaca blog especially tentang kehidupan seseorang. Bagaimana dia berjaya dan menguruskan kehidupan. aku seorang yang sangat motivate dengan benda-benda mcm ni. Kadang-kadang pengalaman orang lain samaada buruk dan baik boleh kita jadikan panduan dan pengajaran.

Last week aku baca blog seorang blogger ni. Sebenarnya dia memang agak fofular dalam industri seni. walau bukan artis, tapi nama dia ada je dalam akhbar. Bakat dia sangat hebat. aku suka fashion yang dikenakan. Walau bertudung, kita masih boleh bergaya sebenarnya. She write up how dia re-schedule semula hidup dia sekarang. Proffesion dsb. Dia bukan losser ..some how kita tak sangka yang kita terpaksa berpatah balik semula dalam perjalanan menuju pada sesuatu yang kita impikan.

Tapi apapun, aku lama baca blog Leeds. I'm too adore her. Seingat aku jumpa blog dia tahun 2009 kot. Time tu aku google Akim Af7. Maybe entry dia berkenaan Akim masa tu top list kat google, aku klik dan knowing her. Almost entry yang lepas aku baca. Adore dia bukan apa, cause skrg dia tgh struggle with her PHD. Umur dia lbh kurang baya aku je. She is wife, student, lecturer..gila kan. yang aku maksudkan adalah time management dia. Still can hang out with friends, bijak lagi. Mungkin juga disebabkan status aku bergelar pelajar dan pada masa yang sama pekerja.

Aku selalu tengok perubahan umur seseorang. What their achievement's dalam hidup pada usia mereka. Pada umumnya in 23 habis study degre lah paling koman, 25 seeking for job, 28 adalah stabilize dalam kerja, after 30 atleast we have something. Serius, aku paling takut after 30 aku takda apa². Tak kiralah dari segi aset dan liabiliti. takut kalau² terpaksa patah balik semula. walaupun apa yang aku planning mmg ada yang hanyut, tapi masih lagi boleh dikawal. Kadang-kadang aku guessing bila tengok mereka yang after 30 takde apa²..apa yang diorang buat masa 20-an erk? ok lah, kita fikir dari sudut yang positive, mungkin mereka ada komitmen yang kita tidak ada.

Ok dari sudut lain pulak. Kadang-kadang aku sendiri terkeliru dengan apa yang mahu jadi dalam hidup ni. Adakah benar aku benar²  ingin menjadi seorang Jurutera Awam ataupun sebenarnya aku sesuai pada bidang yang lain. Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku beriya² nak dapatkan post Jurutera dalam gomen, sedangkan aku pun punya planning utk buat bisnes. Sebenarnya tak kisah, cuma kadang-kadang aku keliru. Takut-takut kalau pisang berbuah dua kali. Sebab itulah, walau dalam kepala ni nak buat itu ini, just keep it je. Fear tu tetap ada lagi.

Aku selalu je berangan (hampeh je kan) bilalah aku boleh shopping tanpa tengok tag harga baju dan terus bayar. Buka-buka dompet je duit kaler hijau berkepul². Nasiblah aku ni jenis yang suka window shopping dulu. Memang agak membazir masa. Tapi jenis aku, kalau mahal tapi cuma sekejapan pakai dan tak menarik di mata aku pun, aku tak akan beli. Tapi itulah, nak jadi kaya macam Linda Onn haruslah berusaha keras. Bukan makan gaji dan goyang kaki serta berangan . Tapi kena ingat jugak, nak jadi macam tu kenalah usaha yang sangat maksimum. Banyak masa, tenaga dan uwang yang harus diperah sebelum dapat capai apa yang dia ada sekrang.

Takpelah, akupun tak mahulah jadi kaya sangat. Takut nanti aku alpa. Cuma aku harap, apa yang aku planning dalam hidup ni termakbul dan diredhai. Biar aku hidup selesa dan tak pening² asalkan ada masa dengan keluarga. Kadang-kadang tak semua yang kita impikan tu akan dipenuhi. Mungkin kita lebih disini, tapi kurang disana. Hidup kena sentiasa bersyukur. Cuba fikirkanlah kan, PAR yang gaji kecik tupun boleh besarkan anak-anak dengan bini yang tak kerja. Ini yang gaji besar pun rasa x cukup.

Selalu je aku rasa kenapalah diorang ni beriya²  nak minta kerja gomen. Sebelah opis aku selalu je jadi medan tempat orang temuduga. Bukan sikit yang datang. Ramai gila. Sesak. Pastu yang aku tak boleh blah, siap bawa kaum keluarga tu datang. Macam dah dapat kerja gomen pulak. Padahal baru datang interview. Yang paling kasihan, jawatan tu cuma driver dan PAR je. Tapi siap ada fitness test. yang datang punyalah ramai. Siap bini yang datang mengekor dah berangan nak berenti kerja sebab laki dpt keje gomen. akupun tak faham apa kaitan kerja diorang tu dengan larian 1 pusingan padang dalam masa 5 minit. Itu belum lagi kena attend  ujian IQ dan EQ sebelum dapat interview!! Apapun, aku harus bersyukur sebab tak pernah pun melalui semua tuh.

Takdelah, bukan apapun. Aku masih lagi rasa kerja gomen ni gaji ciput. Yelah mungkin aku ni dalam family aku ni, aku sorang je yang keje gomen. Bila bandingkan gaji aku dgn adik² aku, perghhh jauh gila beb. Itu belum lagi dengan kawan² yang sebaya aku yg keje private. Memang sah-sah julat beza tu sangat jauh. Contoh yang paling senang, bila aku belajar sekarang. Dalam kelas tu ramai yang kerja private dan juga gomen. Tapi yang beriya² nk dapat pointer dan jaga pointer adalah yang private. Yelah diorang ni bila² masa boleh kena terminate. gaji kan dibayar base on project. Masa ni pjct banyak, memanglah gaji kaw-kaw. Esok lusa bila dah takde projek, sendiri mau ingatlah. Itu kata-kata senior (dalam kerja) bila aku selalu membanding²kan. Ok fine, aku harus bersyukur. Kalalulah ditakdirkan tiba² aku kena terminate dlm gomen (sgt susah tanpa sebab² yang sgt munasabah), aku rasa blank dalam kepala nak kerja mana. paling-paling pun aku start meniaga kot. kalau dapat laki yang berduit, tak pe jugak..tapi kalau sebaliknya sendiri mau ingatlah yer..

Apapun, hope sangat apa yang dirancangkan akan berjaya. Kadang-kadang mungkin kita akan peroleh dalan tempoh masa yang terdekat, tapi dalam satu jangka masa yang lama mungkin akan diperolehi. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita belajar dalam hidup. Bukan senang nak senang, dan sangat senang nak susah.

1 comment:

anizsDANbintang... said...

bukan detinasi yg penting tapi perjalanan tu yg lebih bermakna =)