Wednesday, February 23, 2011

Senarai Kesyukuran

This time saya sahut cabaran senarai kesyukuran yang blogger tag kan..


1.Saya bersyukur saya mempunyai blog untuk letak senarai kesyukuran :p

2.Saya bersyukur nama saya Nurhamizah. Walau hanya saya seorang adik beradik perrempuan yang tidak bermula nama dengan nama SITI.

3. Saya bersyukur walaupun saya anak sulung, tapi kadang² saya terlupa saya ni anak sulung.;-p

4. Saya bersyukur kerana adik bongsu saya akan menalifon saya supaya saya balik rumah mak saya setiap kali dia balik dari asrama.

5. Saya bersyukur walaupun saya rendah, tapi saya cumil (x boleh blah)

6. Saya bersyukur saya pandai main badminton. (walaupun dah 2 tahun saya gantung reket Yonex kat dinding rumah)

7. Saya bersyukur saya sukakan benda² yang cantik dan vintage. (saya sangat suka Hana Tajima)

8. Saya bersyukur saya tidak cacat fizikal dan mental.

9. Saya bersyukur saya berada dalam keluarga yang bahagia.

10. Saya bersyukur bapa saya didik dengan ajaran agama yang saya fikir sangat mendera waktu saya kecil.

11. Saya bersyukur emak saya pandai masak. Kuih telinga keling yang emak saya buat sangat sedap dan tak sama macam yang jual kat luar.

12. Saya bersyukur adik-beradik saya ramai.

13. Saya bersyukur kucing-kucing saya selalu macam dua tahun tak makan bila saya buka pintu nak bagi diorang makan. Kalau saya buka pintu nak sidai baju pun, diorang akan terkam macam dah bertahun tak makan.

14. Saya bersyukur saya tahu kelepet karipap dengan bentuk yang cantik dan tak benget.

15. Saya bersyukur adik-adik saya sukakan mee goreng saya. Kalau saya malas masak, saya masak je mee goreng.

16. Saya bersyukur saya dilahirkan sebagai orang Islam.

17. Saya bersyukur saya tidak racist.

18. Saya bersyukur saya tidak gemuk dan tidak kurus.

19. Saya bersyukur kerana ada kawan baik dari bagsa India dan Cina.

20. Sayabersyukur saya tidak hisap rokok/minum arak

21. Saya bersyukur saya pernah dapat pelajar terbaik waktu darjah 6. Itu je lah pertama kali dan terakhir. Dan dapat kasut sekolah free time tuh.

22. Saya bersyukur saya selalu dapat peluang jadi ketua kelas atau penolong ketua darjah waktu sekolah rendah dan menegah dulu.

23.Saya bersyukur saya dapat peluang tulis nama pelajar yang buat bising dalam kelas dan bagi pada cikgu waktu sekolah dulu. ;-p

24. Saya bersyukur sentiasa ingat dengan azab seksa yang bakal saya terima bila saya buat dosa. (takutt)

25.Saya bersyukur saya selalu sahaja ada perasaan  ingin berubah ke arah kebaikan walaupun saya tahu cabaran itu sangat besar.

26. Saya bersyukur saya mempunyai rambut yang lebat. Orang cina saloon yang selalu saya pergi cakap rambut saya cantik tapi banyak kelemumur. Jadi diorang selalu nasihatkan saya tukar syampoo. ;-p

27. Saya bersyukur walaupun saya sering gagal dalam bercinta tapi masih lagi ada orang yang inginkan cinta dari saya. ;-p

28.Saya bersyukur kalau ada orang jealous sama saya. Maksudnya saya lebih bagus daripadanya. (sebab kalau saya tak bagus, buat apa orang nak jealous kannnnnnn)

29. Saya bersyukur walaupun keluarga saya tak kaya dan mewah, bapa dan mak saya sangat mementingkan pendidikan untuk masa depan.

30.Saya bersyukur adik-adik saya lagi pandai dari saya. Walaupun dalam hati jelous, tapi saya bersyukur.

31.Saya bersyukur saya masuk asrama waktu form 4. walaupun mlm nak masuk asrama tu saya menangis satu malam macam tak akan jumpa dengan keluarga saya lagi.

32.Saya bersyukur diterima masuk ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dalm bidang kejuruteraan Elektrik dan 2 minggu kemudian saya memohon untuk bertukar kursus dalam bidang Kejuruteraan Awam, sebab tak boleh nak g dalam kursus Elektrik tuh!

33.Saya bersyukur saya dipertemukan dengan rakan² dan lecturer yang best² di Politeknik Port Dikson

34. Saya bersyukur saya dapat sambung degree dalam bidang Kejuruteraan Awam di UTM waktu saya telah bekerja.

35.Saya bersyukur dua minggu lepas final exam waktu Diploma, saya diterima bekerja dalam Perkhidmatan Awam!

36.Saya bersyukur saya mempunyai mak dan ayah yang memaksa saya untuk pergi ke interview SPA di Pulau Pinang, walaupun masa tu saya bulatkan untuk tidak mahu bekerja dgn perkhidmatan awam.

37.Saya bersyukur saya dipertemukan dengan seorang kakak yang bernama Kak Sal (skrg dia cikgu di Sarawak) waktu saya masih lagi umur 21 tahun waktu mula² datang Putrajaya.

38. Saya bersyukur saya dipertemukan dengan Kak Shima waktu saya nak lapor diri di Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur waktu saya umur 21 tahun.

39.Saya bersyukur saya seorang yang indipendent!

40. Saya bersyukur saya pernah gemuk waktu saya belajar dan  tinggal dengan Cik Noi kerana dia selalu masak makanan yang sedap dan selalu bawa makan di tempat yang sedap². Nanti bila dia dah ada anak, saya nak balas jasa makcik kesayangan saya ni.

41. Saya bersyukur kerana mempunyai pakcik dan makcik yang boleh dijadikan tauladan.

42. saya bersyukur mempunyai kawan rapat spt Zam azilah dan Nik Asnita yang boleh sharing banyak benda .

43. Saya bersyukur walaupuan saya orang yang terakhir kahwin dikalangan kawan² rapat, saya berpeluang menjadi pengapit mereka.

44. Saya bersykur walaupun mood boss saya selalu tak betul, dia tetap sayangkan saya. ;-p

45. Saya bersyukur bila selalu je orang cakap saya ni periang.

46. Saya bersyukur kerana pernah melalui percintaan yang paling berkesan dalam hati. Tinggal bekas je kot. Saya tak suka tulis sebenarnya, sebab nanti saya akan merindui dia.;-p

47. Saya bersyukur kerana Allah ada waktu saya memerlukannya.

48. Saya bersyukur mempunyai tulisan yang cantik. (eh, ni kawan saya cakap )

49. Saya bersyukur dapat pangkat 1 aggreget 11 waktu Sekolah Agama Darjah Khas. sebab saya no.2 belakang G manan yang memang terer gila dapat Agg.9. Sekarang dia sambung PHD kat London.

50. Saya bersyukur kerana saya dapat siapkan senarai kesyukuran ni dalam masa 30minit.

so, marilah sama-sama kita bersukur dengan apa yang kita ada.................

No comments: