Thursday, February 10, 2011

~Tanjung Piai~

 Kat negara dan negeri kita ni banyak sgt tempat² yang best nak pergi. Cuma nak tak nak je kan kita nak explore. Salah satu darinya adalah  Tanjung Piai ..yang mana terletak di Kukup, Pontian Johor. Kalau destinasi dari JB ni, lebih kurang 30 minit (if jalan smooth..esp x jammed kat Pekan Nenas).

Tempat ni dikenali sbg benua paling selatan kat asia. Jalan nak pergi sini senang jek. Banyak sgt signboard. Tapi mmg agak hujung sikit kat Kukup tu. Nak masuk sini kalau tak silap RM 5.00. kalau nak dapatkan sijil tu, kena bayar RM 10.00 kot. x ingat. Memamng best lah. Sebab salah satu paya bakau yang ada. Tempat ni pun dijaga bersih.




main entrance

lepas dari pintu ni, barulah boleh jelajah kawasan kat sini. sangat besar woo..kalau jogging ni, cukup dah.

diorang guna laluan pejalan kaki menggunakan kayu sebab ni kan paya bakau.
agak banyak monyet. Tapi monyet jinak. (jinak ke? akupun tkt..grrr)

scenery yg cantik....


diorang ni aktif buat proram penanaman semula paya bakau
kat area ni. Banyak badan² korporat dan sekolah yang join.

Papan tanda arah..
kalau ingat belajar Geografi dulu....nilah kegunaanya..


terletak di selat melaka


besar gila akar bakau ni....
cintailah bumi kita..ececeh

Mercu tanda yang kita berada di penghujung benua asia tenggara
everyone yg dtg sini should abadikan memories kat globe ni...

 view  from here ....Tanjung Bin Power Plant..nearby frm Tanjung Piai


Mercu tanda juga..wajib bergambar depan mercu ini menandakan telah sampai ke sini

Prove...utk membuktikan yang telah sampai ke penghujung benua Asia :

Lepas dah pusing², boleh lah balik. tapi mmg letih lah juga. besar juga tempat ni. dari tempat ni ke pintu mula² masuk 10minit ++.


one more, kat sini boleh camping juga. Normally sekolah, jbtn kerajaan dan pihak korporat selalu je buat camping kat sini. Diorang ada tapak yang diorang buat gunakan kayu kat paya bakau ni. Last, cintailah bumi dan alam kita.
 

No comments: