Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Rasanya semua orang tahu tentang filem epik "hikayat Merong mahawangsa'. Actually sana sini orang sibuk cakap pasal cerita ni. even bangsa lain pun tahu hot movie malay sekarang (base on borak² dengan chienese and indian ). Kiranya hampir seminggu launching, diorang dapat kutip over 2k..superb. as a review yang aku bacalah, filem yang bajet nya bernilai RM8 juta ni mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.

kalau nak diikutkan publisiti filem ni, mungkin tidak begitu hot macam filem PGL dulu. Hari² rasanya satu muka besar iklan PGL je kat paper. Itu belum TV lagi. Bak kata penerbit dan pengarah filem ni lah(aku terbaca kat satu paper), diorang highlight untuk pasaran luar negara. Akupun tahu tentang filem ni pun masa tengok movie Magika..ala, biasalah kan..mula-mula mesti iklan 10minit camtu kan...

last day aku decide nak pergi tengok dengan dak Ita. Tapi aku malas nak booking awal². Takut tak jadi, sebab dak Ita sangat busy dengan tender-tender dia kat office. Me tak busy, cuma kalau hujan aku memang tak mahu keluar rumah lah. So, around 7pm kitaorang decide nak pergi tengok after magrib kat Jusco Tebrau. Dak Lela suggest kitaorang tengok kat Leisure Mall/KSL, sebab tiket murah ..tapi aku rasa tempat tu mcm tak happening...Murah pun takat -Rm2 je.



 ni after beli tiket pukul 10.30pm
Punyalah ramai orang. Baru teringat hari ni hari Rabu, plus cuti sekolah kan. Aku bajet nak tengok around 9+. tapi tiket takder dah. Time aku beli tiket 10.30(alang-alang dah sampai kan), pun seat dah full. nasib aku tak duduk depan sangat. Oklah, dapat tengok dengan puas. Akupun excited nak tengok sebab kat twitter sibuk org cakap pasal filem nihh..



finally jumpa twist potato kat Jusco
(sementara nk tunggu 10.30pm)

agak jakun ye. sebab lama dah kitaorang cari kat JB ni. Last aku jumpa time bazar Ramadhan kat Kipmart. Then just baca paper tentang benda alah ni. Diorang jual 1 cucuk RM2.50/pcs potato.



sesi beramah tamah

Macam biasalah. kitaorang suka berosal siasat. Minat tengok orang buat bisnes, banyak idea tapi takut nak mencuba..mwahaha..Biasanya kitaorang akan tanya² modal etc. Sebab publisiti tentang twist potato ni dah meluas kat paper. Cuma belum ramai yang conquer lagi kat JB ni...Diorang just franchaisee je. Modal around 7k+. Bahan² semua dpt dr supplier. Nampak mcm senang. sebenarnya boleh jual murah lagi utk per pcs pd pandangan aku. Sebab tools dia sgt ringkas. Tapi memandangkan sewa tapak dan bukan hari-hari ramai customer, costing kena ambil kira. Siap tahu lagi berapa banyak dah kedai close kat JJ ni dari abg yang jual benda nih.




minah yang tamaks...dah lah dah gemuk..kuat makan lagi..mwahaha

twister ni banyak perisa. kitaorang choose black paper and hot and spicy. Actually tepung yang diorang buat goreng tu sangat senang. Perisa tu memang dah ada, just tabur lepas dah siap goreng. Kiranya aku pun boleh buat. Just ada mesin nak bagi putar-putar (berangan memang kuat)..



ini adalah salah satu scene dalam filem HMM ni.
Time ni merong injured lepas berlawan dengan Geruda (yg sangat jahat)..Pak Kesum ni tabib jaga dan bagi ubat kat dia. Dia jaga sampai Merong sihat sebab ada misi yang Merong kena laksanakan. Ummi tu dalam cite ni nama dia Embok, dia kahwin dengan Merong .


Barisan pelakon,penerbit dan pengarah


masa aku tengok cite ni, aku actually tak berapa paham (serius). bahasa dalam filem ni banyak guna Bahasa Inggeris sebab dalam cerita ni ada gabungan cerita dari negara Rom, China, India, Langkasuka..Cuma waktu tengah-tengah cerita, otak aku teringat waktu belajar Sejarah Form 1(tak nak bagi boring dan terlelap). Asal Usul Parameswara dan siapakah Merong mahawangsa tu sebenarnya. Kiranya cerita ni sebelum kedatangan Islam di tanah Melayu. Kiranya dalam cerita ni, Parameswara (sultan Muzaffar Shah), menceritakan siapakah sebenarnya Merong Mahawangsa.

pada pendapat aku lah kan, cerita ni aku bagi rating 3 bintang dari 5 bintang. Oklah. Cuma CGI dia waktu Merong fighting dengan Khir Rahman tu nampak macam game lawan². Over lah CGI dia.  Cuma superb lah, sebab tak de lagi filem melayu macam ni. Walau agak gelap jek (bak kata Yusry nak nampakkan zaman dahulu kala), oklah. Actually ini adalah filem epik, kalau yang tak minat tu, boleh tertidur. Tapi bila filem ni dah jadi gabungan ada omputih, cina, india n Melayu..so terus rasa wahhhhh....tapi serius, memang ramai gila orang tengokkk...






No comments: