Tuesday, March 1, 2011

Petua Untuk Memilih Pasangan Hidup

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah pesanan-pesanan berikut:



TEMPOH MASA PERKENALAN

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

nota: memang betul. Tapi sebenarnya bergantung pada diri sendiri..ada juga yang bercinta bertahun², tapi bila berkahwin tak sampai sebulan.


MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

Nota: Sekarang ni orang dah mula berfikiran terbuka. Mereka hanya membuka jalan, yang selebihnya bergantung kepada pasangan tersebut.

HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

Nota: Pengalaman dari kawan² yang telah berkahwin, kebanyakkan pasangan (terutama lelaki)..akan berubah 180darjah, malah ada yang 360 darjah. Jadi apa yang perlu kita buat? sabar adalah kata kunci.


MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

Nota: Orang-orang tua selalu berpesan, jika pasangan itu solatnya celap celup..ia boleh diubah. Tetapi, jika dia adalah seorang kaki botol, judi dan dadah....ia amat BERAT . Kerana amalan ini menjadi ketagih dan SANGAT sukar diubah tabiat ini. i'm not prejudice, but this is happened right now.


BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

Nota:  ia, sangat betul. This thing boleh diuji pada pasangan anda...


BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.

Nota: i always in sub-concious mind. That why my parents said i'm too choosy, even i had proposed with someone...tetttt..entah, quite complicated person...

PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

Nota: kadang² kita berusaha untuk memahami dan menerima pasangan kita seadanya mereka. selalu ingin belajar dan menerima dan juga memperbaiki. Tapi sebaliknya pada pasangan kita. So, hubungan itu tak akan kemana. are you happy?? outside napak mcm gembira..inside???


MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

Nota: in my side, aku sukakan someone yang ada Misi dan Visi dalam hidup. Tapi bukan setakat ada visi dan misi. Tapi haruslah seiring dgn perbuatan. Nowdays, bnyk je org yg kahwin tidak sekufu. Yang penting satu je, toleransi. EGO ni kadang² membunuh kasih sayang!


KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

Nota: Ini adalah perkara yg sgt penting!!! dan aku sangat akuinya. KOMUNIKASI adalah perkara yg sgt penting! aku belajar dari my parents. Even both kdg2 jauh, abah akan called & sms mak mcm org bercinta secara kerap. Aku bnyk belajar dari mereka.

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Setiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Nota: heh, kan...tapi kalau ada yang meletakkan EGO di tempat pertama mcm mana erk??? saya amalkan tolenrasi dan suka bawa berbincang. Tapi kadang² kita tak boleh nak expect pasangan kita sama macam kita. so how??? sabar+belajar+physco+sabar+doa..hahaha...hope myself akan berjaya menjadi org yg boleh menyelesaikan masalah ini.







happy married !!!
some of my friends...
lovely moments..my dreams !! always.... :-D




No comments: