Tuesday, March 15, 2011

saat-saat sukar hidupku

Tak mudah untuk memuaskan hati semua orang
tak mudah memubuat keputusan yang melibatkan masa depan
tak mudah meluahkan apa yang terpendam di dalam hati
tak mudah melupakan apa yang telah menyebabkan hati terguris
tak mudah orang memahami diri kita sendiri
tak mudah mengenali diri sendiri...

Luarannya seperti enteng...
bukanlah material yang terlalu dipersoalkan
bukanlah luaran yang terlalu diidamkan..
segalanya berpunca dari hati...
kerana hati ini telah dilukai....

Aku belajar mengenal diri...belajar utk mencari apa yang ku inginkan
Belajar untuk memahami kehendak diri...
Pengalaman menjadikan diri sebegini...
Bukanlah fobia sebenarnya..tetapi ianya berkaitan hati
pengalaman menjadikan hati ini sebegini..
tidaklah mengharapkan cinta yg lepas hadir kembali
cuma sekadar memendam satu perasaan yg tak mampu
diluahkan dengan kata-kata...

Diri bukanlah seorang yang pendendam...
tetapi apa perlu sebuah kemaafan andai diri sedar ada sesuatu yg masih tersimpan
sesuatu yang menjadi nanah dan kemarahan yang tak mampu diluahkan..
Barulah sedar kemaafan yang diberi bukanlah ikhlas...
cuma mahu menenangkan diri...

Adalah tidak adil rasanya membuat perhitungan yang sama buat semua orang
Kadangkala diri berasa berharga dengan sebuah pengalaman lepas
namun terkadang diri berasa menyesal kerana menempuh pengalaman tersebut
Perasaan marah, benci dan sedih segalanya bergabung
Namun aku sedar akan hikmah yang tersembunyi...
syukran Ya Allah kerana sentiasa ada bersama ku...

Bila diri didesak dan memerlukan ku membuat keputusan..
aku sangat berasa buntu dan amat tertekan...
tertekan kerana ia melibatkan hati ramai pihak...
Banyak hati yang perlu aku jaga..ia bukanlah melibatkan dua hati....
Banyak air muka yang perlu aku jaga....
aku sedar aku bukanlah muda lagi, jadi aku harus bijak membuat keputusan.

Kata-kata yang orang tua ku luahkan amat menyedihkan hati ku..
aku sedar pengharapan mereka terhadapku
impian mereka untuk melihat aku berkeluarga...
namun satu saja pinta ku..berilah aku masa...
Memang pada dasarnya aku agak selektif, tapi berikanlah aku masa.
aku masih belajar untuk menerima.....

aku bersyukur aku bukanlah orang yang lari dari masalah..
aku masih berterus terang dan cuba untuk menyelesaikan polemik ini..
terima kasih kepada 'insan terbabit' kerana memahami....
Aku sangat appriciate dengan semua yang diberikan....
sikap jujur dan segalanya..tapi berikanlah aku masa....
cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa...
Aku sedar sudah berkali-kali aku menolak mereka yang jujur..
Selamat belajar dan memahami konflik diri ku andai benar diri mu ikhlas...

Buat kisah yang lepas....buat pertama kali aku ingin luahkan dalam blog ini..
andai dirimu terbaca....ada sesuatu yang ingin ku luahkan....
sejujurnya memang diri amat terluka dengan segala apa yang 'mu' lakukan..
ada sesuatu yang tak mampu ku luahkan dan masih terbuku dalam hati...
satu saja persoalanku, kenapa harus meletakkan ego di tempat yang pertama
aku sangat realistic andai diri 'mu' berterus terang dan bukan lari dari masalah...
terima kasih atas segala-galanya yang 'mu' lakukan terhadap diri
mungkin selama ini diri yang bertepuk sebelah tangan dan tak nampak apa sebenarnya..
kerana aku mmg naif....diri memang terluka.

buat diri sendiri..berusahalah berubah untuk menjadi insan yang lebih baik..
kadang-kadang bila tuhan menguji hambanya, cuba nilaikan semula amalan kita dgn-NYA
mungkin selama ini aku khilaf dan alpa dengan segala pemberiannya
Dekatkan diri dengan tuhan dan berusaha untuk menjadi yang terbaik
diri bukanlah sempurna..umur yang muda bukanlah menjadi sebab nyawa diambil lambat..
ku mohon agar aku mampu membuat keputusan yang mampu menyenangkan hati ramai pihak..
berilah aku masa...ku mohon.........

'ini adalah saat yg sukar dalam hidup aku..tapi aku harus sabar'

No comments: