Thursday, June 2, 2011

Bukit Broga/Broga Hill

Kadang-kadang kita tak tahu nak buat apa untuk hilangkan semua resah
Cuba baca buku motivasi, tapi sangat tak memotivasikan diri
pelik kan kenapa?Mungkin juga jiwa memberontak ..
Jadi tak perlulah nak ikutkan perasaan..
Carilah sesuatu aktiviti yang mampu mengurangkan resah (ececeh) tersebut

Jadi sabtu lepas, sanggup balik hari dari JB semata-mata aktiviti ni
mendaki Broga Hill/Bukit Broga lepas turun dari bas
hebat tak hebat..lepas tu terus balik semula JB
kau ader??? Kira hebat jugaklah stamina aku
sebab sebelum tu aku baru je balik dari KL

aku pergi dengan some friends
Tempat ni area Semenyih...Dekat je dengan Nottingham Uni.
Area-area Kuala Klawang. Ni teringin nak pergi since last year
Itupun lepas terpengaruh tengok pic si Azuan dan Bei kat Facebook..







:benda pertama yang akan nampak:

1) Tempat parking kereta kat area sawit
2)signboard (actually ada 2 destinasi boleh pergi)
tapi kalau berhajat nak pergi GunungTok Wan, dinasihatkan pergi awal pagi ke..
sebab perjalanan agak jauh. Kalu pergi petang, siap-siap bawa sikit makanan dan torch light.



: nasib baik ada bekas-bekas ni:
jadi senang sikitlah bagi beginner macam aku nak terjah



: From the top:



: my own pic ni belum sampai atas lagi ye:

guwe gayat, sebab bukit tu tegak..pandang bawah ..gayat gilaaa..
gila lama guwe dok kat sini sebelum cekalkan hati nak panjat..well, panjat ke merangkak kak??
kalau ikutkan dalam 45minit -1 jam boleh sampai atas ni. Tapi guwe ambik masa 1 jam, oklah kan.



: Finally i did it:




: ni masa nak turun:

seluar guwe kotor gila (sebab crawling ye) gayat punya pasal
Note self: next time nak pergi hiking jgn pakai crocs nih..sebab tapak x boleh nak grip
sebab tulah aku cuak, kot kot tergolek kan.
tapi ada gak yg dtg tu pakai selipar je aku tgk. ok jek...
diorang tak gayat, aku gayat ok.



: Aunty dan Uncle ni jual -jual kat sini:
a bit mahal ....tapi fahamlah, sebab dalam hutan



kalau aku tak silap, buai ni dibuat masa photoshoot pre-wedding
Dato' Dr. Sheikh Muzaffar & wife




: Land mark tempat ni:
depan dia Rabbit Farm



Tempat ni menariklah. Kiranya stamina aku ok lagi, eventhough dah lama sangat tinggal aktiviti macam ni lepas stop join Wataniah zaman belajar-belajar dulu. Tapi cuma, dengan umur sekarang aku sangat gayat. So kenalah belajar untuk hilangkan fear tu. Faktor umur ..hahaha. Aapapun, sangat enjoy.

Dalam bulan 7 insyaAllah, nak explore Gunung Ledang pulak. My classmate siap bagi warning, training jogging selama sebulan. Sebab nanti kau kena tinggal. Then jangan pakai make up. Gila undersetimate aku kan kau Syimi! then hope sangat-sangat lepas tu boleh hiking Gunung Kinabalu pulak. Mungkin aku tak boleh jadi macam Kak Lia yang memang dah expert hiking semua gunung kat Malaysia. kat luar negara pun dia pergi dah tau!! tapi atleast aku ada sesuatu untuk diabadikan dalam hidup ini.




psst: terror tak guwe..sebab i can smile (gila FAKE)..eventhgouh dalam hati tuhan ja yg tahu..


enjoy this sharing people!!!



actually, aku approach someone utk join. Tapi nanti aku takut tersedih sendiri pulak ..siot je kan akuni...


so, pergi jangan tak pergi....!!!
Tapi kalau awal pagi memang ramai orang, sebab diorang nak tengok sunrise....





No comments: