Saturday, May 7, 2011

i LOVE u more than others

Dulu masa aku kecik-kecik masa sekolah tadika
masa tu sekolah tadika PASTI.
Time hujung tahun nak buat majlis penyampaian hadiah
ustazah aku sibuk latih kitaorang nasyid lagu Dipondok kecil
Lagu tu boleh buat aku dan budak2 lain tacing gila time tuhhh

Pastu ustazah aku selalu cerita..
nanti kat akhirat kita akan terpisah dengan mak pak kita..
balik rumah terus nangis2 sebab takut kita tak jumpa mak pak kita kat akhirat
Tapi mak cakap, kita kena sentiasa doakan ibu-bapa kita didunia

Bila aku masuk asrama pulak
malam-malam sebelum nak pergi sekolah, menangis satu malam
macam tak akan jumpa mak lagi..
Masa dalam kereta pun nangis macam sekolah kat overseas kan

Kemudian mak orang lain datang time minggu tak outing
siap bawak makanan..
aku selalu je dapat makan free makanan kawan-kawan aku

Selama aku duduk asrama aku boleh kira sebelah tangan
berapa kali mak aku datang jengguk aku
Tapi aku faham(bila dah besar sikit), sebab rumah aku jauh...
kemudian...bukan aku sorang je anak mak aku kan

Bila dah melepasi alam remaja pulak
satu impian semua mak-mak kat dunia..
sampai sekarang aku tak mampu nak penuhi lagi
Tapi sebagai anak, aku appriciate sangat dengan apa
yang mak aku dah usahakan...
walau adakalanya aku tau dia sedih dengan tindakan aku..

Walau mak awak tak cantik
walau mak awak masak tak sedap mcm mak org lain
walau mak awak bukan orang kaya
walau mak awak cuma kerja biasa je
walau mak awak tak mampu nak bagi duit saku sehari RM5
walau mak awak tak tak tahu apa makna I WANT YOU
walau mak awak tak mampu nak bagi pakai  motor zaman IPTA
walau mak awak tak tahu SOGO tu apa
dia tetap mak awak!!!!!


:i love u mak dunia akhirat:

Kalau hari guru je kita selalu jeles
sebab mak dapat byk hadiah..
kita tak pernah pun dapat hadiah banyak mcm tu...

everyday i love you..
not even MOTHER'S DAY CELEBRATIONS

aku tahu aku seorang yg sangat keras hati
tapi keras hati aku lama2 pun lembut juga
sebab MAK....

semoga mak sentiasa sihat
dan diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah Haji..
serta dapat melihat semua anak-anak mak berjaya

Maaf kerana tak mampu memenuhi semua permintaan mak
tapi kita sangat mengaharapkan DOA dan RESTU mak..


SELAMAT HARI IBU
PN.SANIAH AMAT







No comments: