Thursday, June 2, 2011

hidup ini banyak rintangan

Dah lama rasanya tak menaip di sini. Bukan tiada idea, banyak idea ingin dicurahkan. Tetapi kekangan masa dan mood yang kadang-kadang tidak menentu menyumbang kepada penulisan ini. Dah lama juga tak blog-hoping. Aku hanya mengetahui kisah-kisah semasa pun melalui TL Twitter. Agak jarang membuka Facebook, kerana bila membukanya jiwa tak keruan. Lebih baik JANGAN buka.

Surat khabar pun jarang aku baca. Puncanya kerana isu semasa politik yang kadang-kadang memualkan dengan tajuk yang serupa. Lebih baik aku baca sisipan hiburan walaupun sebenarnya tak menjana langsung minda aku ni. Bukan nak cakap berlagak, tapi memang sebenarnya gosip hiburan tu memang bukan santapan minda. Walau hakikatnya memang  menjadi pilihan aku nak baca dulu bila beli surat khabar..bahahahaha..

Bulan May adalah 5 kali je kot aku punch card kat office. lain-lain tu aku sibuk attend course and ada exam. Aku suka life yang busy. Sebab atleast aku jumpa kawan baru, environment yang baru dan knowledge yang baru. Rasa hati ni nk transfer memang sangat kuat. Sebab aku ni jenis yang memang tak boleh lebih 3 tahun dalam satu department.  Cepat bosan buat rutin yang sama. Nasib dulu aku dapat tukar lepas 3 tahun. Sekarang?? banyak aku kena fikir. First mestilah study, eventhough boleh je tukar pusat belajar kat KL tu..kawan-kawan aku pun ramai kat situ. tapi sebab mungkin dah terbiasa kat JB. Tapi hakikatnya bila ada ura-ura department aku ni nak dijumudkan, aku pun tak kisahlah sangat sebab aku memang dah boring kat sini. So kalau lepas ni kena campak kat mana-mana jabatan/kementerian kenalah terima. Hakikatnya aku sebenarnya target untuk J36 sebelum dapat jadi pure Engineer J41. Tapi PTK pun dah takder, pekeliling baru pun tak keluar lagi..camnerrr tu. Sabar je lah.

Cakap tentang study pulak. Minggu lepas start 1st week untuk short sem selama 2 bulan sebelum boleh berjimba cuti-cuti Malaysia selama 2 bulan. Untuk subjek wajib University ni, kitaorang kena mix class dengan semua course. Last week aku punya subject, aku dapat sekelas dgn student electrical n mechanical. Agak seronok sebab dapat geng baru. Nasiblah aku still ada kawan dari course yang sama. Kalau tak, mahu mati kutu aku aku ni kan. Terpaksalah behave myself. yelah, sebab kalau dah super jovial..susah sikit nak ubah. Tapi next class aku mmg kena behave myself sebab ramai ustaz dan ustazah untuk subject TITAS ni. Azam aku untuk short sem ni pun, cumalah nak overlap CGPA lama aku supaya boleh jadi bagus. Bukan nak jadi best student, sekadar tak kurang 3.0 (Maaf lah yer, akuni bukan full time student).

itu sahaja untuk kali ini. idea banyak nak tulis sebab banyak sangat picha yang aku ambik. Tapi bersepah-sepah idea tuh. Apapun, sekarang dah masuk bulan Rejab. sikit lagi nak puasa. I miss the month. Tinggal 6 bulan untuk aku reach goal aku, tak tahulah sempat capai ke tak. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja.

Yang baik tu datang dari tuhan, dan yang buruk tu memang diri aku sendiri.




3 comments:

Cimot said...

salam.
akak. ni sy, adik Adhar, classmate akak kt PoliPD tu. :)
angah tanya macam mana nak contact akak? lost contact katanya. :D

perondajaketbiru74 said...

usaha tangga kejayaan...

Dari sudut Hati kecilku said...

cimot: nanti akk singgah kat blog awak erk...tinggalkan jejak camne nk contact akk


PJB74: thanks my