Wednesday, June 15, 2011

Highway baru Pasir Gudang-Desaru

Last day aku ada kerja sikit kat area Pasir Gudang.
Then kitaorang try lah lalu highway baru Pasir Gudang-Desaru.
Sebab kata orang yg biasa lalu, ambik masa 20 minit je nak sampai Bandar Penawar.
Kebiasaanya, kalau jalan biasa hampir 2 jam lah especially kalau Jalan Air Tawar jam.
Itu tak kira lagi Jam kat Pasir Gudang, Tiram, Kota (kota Tinggi).


First impression ingatkan ada empat lane, rupanya cuma dua lane.
Kemudian kelebaran jalan pun agak kecil berbanding highway biasa.
Itu belum lagi termasuk permukaan jalan ni yang berbalun.
Belum lagi finishing yang tak berapa cantik sebab bertampal-tampal.

Syarikat yang buat highway ni agak glamer jugaklah.
Tapi glamer juga dgn hasil kerja yang macam ni (highway Senai-Pasir Gudang) sblm ni.
Tapi tak boleh salahkan kontraktor ni seratus peratus.
As someone yang belajar dan kerja in civil engineering field, kita boleh simpulakan beberapa faktor;-

i) Lacking dari segi pemantauan pihak SO
ii) Dari segi logistic
sebab tempat ni agak pedalaman. Batching plant untuk premix agak jauh dari site.
Jadi bila lori sampai site, suhu masa premix tu tak mencapai piawaian yang ditetapkan.
iii) Jenis minyak yang digunakan utk premix (tengoklah syarikat minyak mana yg dia guna)

actually ada beberapa faktor lagi. Mungkin juga keadaan tanah kat kawasan tu (macam jalan Pontian)
yang beralun. Walau dah pelbagai cara pun nak atasi, tetap macam tu juga. mahu tak mahu, kena tinggikan level jalan tu untuk cut cost.




Takjub dengan design bridge ni..


tak pasti berapa kilometer seberang laut/sungai Tanjung layar ni
tapi dah feeling mcm kat atas jambatan Penang..


Apapun, ni salah satu alternatif bagi kemudahan pada rakyat.
Kemudahan yang perlu kita bayar (tol).
apapun ini cuma pandangan peribadi..




No comments: