Friday, June 17, 2011

Hijrah

Lately ni kita selalu sahaja dipaparkan dengan artis-artis yang berhijrah kembali pulang ke asal.Paper hari ni je dah group Ruffedge and innenundo (betul ke aku spell?)..lantaklah, as long i meant them!Setahu aku yang mula-mula berubah adalah Amir Ruffedge, see muka dia..sangat bersih. Ada cahaya disitu.Then sorang-sorang berubah. Alhamdulillah, nampak tak sekarang ramai orang muda kembali pada 'asal'.Dulupun Irma Hasmie pun sama. Apa yang aku salute sangat kat Irma selepas penghijrahan dia?cuba tengok cara dia pakai tudung. dia akan tutup bahagian dada. All the picha dia macam tu.kalau nak dibandingkan dengan diri aku yang memang sah-sah pakai tudung sejak kecik, aku rasa aku lagi jahil dari dia.

Kadang-kadang cuba perati wanita yang pakai tudung labuh (mungkin bukan semua), nampak tak muka diorang bersih? kan..nampak cahaya. Actually, semua tu bergantung pada hati. Hati tak bersih, mana nak dapat semua tu. Dannnnnnn, aku perasan sekarang..disamping banyak trend fesyen 'pelik-pelik' sekarang ..pelik-pelik mean:

i) Pakai tudung tapi pakai pengilat kuku (sangka baik dia period)
ii) Pakai tudung tapi smoking ( dulu nak jumpa kat JB ni jarang.nyorok2.sekarang dh biasa)
iii) Pakai tudung tapi seluar/skirt senteng

well, aku bukan bagus sangat pun (still got lacking!!), cuma cara tu macam mempersendakan agama. Kan lebih baik tak payah pakai tudung. Bukan nak cakap orang yg pakai tudung ni baikkkkk sangat (oh no!), cuba hormati agama. kalau rasa tak mampu nak berubah sepenuhnya, buat slow-slow jangan drastik sangat.
Nanti jadi tak ikhlas. Bila tak ikhlas, surely akan patah balik.

Then akuni pulak suka baca blog-blog orang. Normally blog orang perempuan. Ada blogger yang mmg tegar berfashion sekarang ni aku tengok dah kembali back to basic. hidup dalam kesederhanaan. Makna hidup yang dia cari selama ni dia telah jumpa  bila dia jumpa hidup dia sekarang. Pastu baca blog kak Di (rasanya semua org kenal dia kan). Tiap kali aku on blog dia je, tak miss mesti ada seratus lebih orang tgh baca blog dia termasuk aku dalam satu-satu masa tu..hahaha. Diapun telah berhijrah sekarang (kalau sapa baca blog dia dari dulu sure tahu camna gaya tulisan dia dan dia mmg vouge okeyy)...Now Pakai tudung, baju longgar-longgar dannnn dia pun pakai tudung tutup dada. Dua kali aku mentioned bout this, sebabbbbb aku sendiri pun jahil. Masa dia tulis nak tutup or privacy kan blog dia, gelabah juga aku. sebab aku suka baca tulisan dia, out of spoken tapi sebenarnya dia ni baikkk (even tak pernah jumpa dia in reality). Now blog diorang pun dah berubah. Mana-mana yang tak perlu, di private kan.

Dulu persepsi aku terhadap material ni sangat menimbun!! in certain age aku patut capai apa dan apa...dan kalau aku tengok someone yang lebih tua dari aku takda apa-apa, aku akan rasa camni "apa yg dia dah buat dengan hidup dia?". Persepsi aku terus berubah bila aku berborak dengan seorang Hamba Allah ni. Pasangan ni kerja goverment. Mungkin lagi 10 tahun kot nak pencen. Tapi suka tengok anak-anak dia semua berjaya. Ada yang belajar di Russia dalam medic, di Mesir dan MRSM. ayat dia simple je " kita ni nak cari harta banyak-banyak pun nak buat apa, bukan boleh bawa mati pun. Amalan kita ni yang kita bawa mati. Anak-anak ni kita tinggalkan diorang dengan ilmu. Biar kita hidup sederhana, hati tenteram, dunia dapat dan akhirat pun kita dapat" Balik tu, aku terus muhasabah diri. Pencapaian dalam hidup tu penting, tapi pada masa yang sama kita kena ingat TUHAN.

Rezeki tu dia yang beri, tapi kalau kita tak ingat dia, macamana ianya nak berkat. Mungkin kita kaya, tapi jiwa tak tenteram. Anak-anak terabai, hubungan kekeluargaan pun rapuh, bisnes berkembang tapi kita rasa masih tak cukup kumpul harta. Tapi satu yang kita ingat, kita tak akan dapat segalanya dalam satu masa. Aku dapat rasakan, walaupun situasinya mungkin berbeza. Karma itu pasti ada, Janji TUHAN itu pasti.

Apapun iman tu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Kalau nak cerita tentang akuni, aku rasa ilmu agama tu mak pak dah bagi habis dah.
Sapa orang Johor semua tahu kan, kita ni kena sekolah agama sampai darjah khas.
Masa tu dok ngapal kitab mutaal badrin yg tebal, 90hadis, munakahat je 4 kitab.
Dulu masa darjah khas ada 12 subjek kena ambik. Setiap subjek tu ada 4/5 kitab yg ada.
Dahlah zaman aku tu, pagi sekolah Agama. Rushing balik rumah siap-siap nak gi sekolah menengah.
Habis kalut exam akhir form2, sambung kalut nak ambik Exam Darjah Khas Agama.

So, kalau nak kata mak pak tak bagi ilmu agama yang cukup, silap besar lah.
sendiri yang silap kan. Bukan tak belajar..belajar..cuma tak praktikkan.
Bila hidup dengan influence yg macam-macam, surely sikit-sikit kau berubah.
Lagi pulak, iman kau bukan setebal premix yg berlapis, Senipis kulit bawang mungkin.
sebab tu lah Radhi OAG tu tak berani nak keluar dari rumah PENGASIH tu.

Tapi aku tulis entry ni pun sebab aku tengok ramai sangat dah berubah sekarang.
itu sebenarnya cerminkan diri aku sendiri. Sila lihat diri anda...byk yg anda kena ubah.
Muhasabah yang  bukan sekadar melihat penampilan (aku akui susah sikit)...
tapi yang lebih penting sifat aku sendiri...pendirian aku...pandangan aku...
Sebab tu aku rasa sedih sangat bila meluahkan sesuatu dengan mak pak aku satu masa tu.
That why aku pernah tulis kat satu entry dulu, i need find my self, time frame for myself..
what i need actually....what i want actually...that why i choose to be single and alone.
Tipu kalau tak rasa sunyi kadang-kadang. Tapi kena cepat-cepat postive kan diri lah.

let muhasabah myself....everyday kena muhasabah diri!! Kurniakan aku Hati yang bersih..Amin



suka tengok muka diorang semua ni..
bersih dan ada cahaya..cewahhh..
eh, betullah....

No comments: