Wednesday, July 6, 2011

Bersyukur


motip letak rose?
tak tahu..tapi sebab aku mmg suka rose..


cuma nak menulis seuatu pada petang yang nyaman (nyaman ke??) yelah, siap pakai stoking n jaket lagi kat office. Nasib guwe tak pakai sarung tangan beb..kalau tak dah macam kat overseas pulak feeling-feeling.
Tadi aku had coversation dengan kawan lama aku thru ym. Lama gak aku tak jumpa and borak dengan dia ni. Haritu pun aku singgah office dia, tapi dapat borak kejap sebab dia tersangat busy (tak tahulahkan kalau buat-buat busy)

Borak punya borak pasal life. Dia cakap aku lagi beruntung  terutamanya dlm kerjaya sebab post aku ferderal bukan macam dia yang cuma state post walaupun post aku sama dengan dia. Then dengan kelebihan aku study lagi sekarang. Dia pun cerita macamana susahnya dia nak survive walaupun dia TA dan wife dia EO dalam govt. Nampak macam best, tapi camna nak handle financial dengan rumah, anak-anak, bibik lagi bla bla...semua pun nak duit.

Tapi aku faham. Dengan harga hartanah kat Nusajaya yang mencanak-canak sekarang. Aku ingat lagi mula-mula aku datang Gelang Patah dulu, hutan je pun. Harga rumah masa tu tak sampai 100k pun. Ingat lagi aku pernah survery rumah kat situ. Tapi sekarang dah hampir 300k dengan keluasan rumah yang makin kecik. Itupun dia terpaksa beli rumah lot International sebab kalau nak tunggu, sampai bila pun harga rumah makin naik. Nak tak nak belilah, nasib rumah tu dah siap. Itupun dah 280k. Govt. loan laki bini lagi baru dapat 260k. Pening kepala dia nak cekau 20k lagi. Seru aku tengok harga rumah sekarang. Sebab dalam kepala masing-masing nak beli rumah bertanah. Makin lama, makin dah kebelakang dah rumah kat area JB ni. Kalau ada yang murah pun dah nak masuk area Pontian and Tiram.

Itu belum lagi dengan anak dia selalu sakit. Ingat lagi time dia sama-sama belajar dengan aku dulu, memang tak boleh fokus. Sebab anak dia selalu sakit. Tapi atleast keputusan dia stop belajar pun bagus. Kalau tak, kesian wife dia nak handle. Sebab, kalau dia teruskan pun..membazir duit. Lagipun dia jarang datang kelas. Sebab tu, aku tak kisah kalau dia nak copy assignment aku time tu. Sebab aku faham kondisi dia masa tu. Alahh belajar ni bila-bila boleh. Apapun, appriciate kat dia, sebab dia yang banyak approach  aku masa mula-mula nak buat keputusan sambung study dulu. dannnnnn kalau bab kerja especially teknikal works, he willing help kawan-kawan a lot!!!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii, pada akulah kan. Tu yang aku cakap kat dia. Dia lagi kena bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang. Ada keluarga sendiri, ada anak 2 orang dah walau kau sebaya aku je weiii dan ada rumah sendiri. Tengok aku...apa yang aku ada..semua tu pun aku tak ada. Sebab tu lah kau kena bersyukur dengan apa yang kau ada. Jangan tengok orang lain. Nanti pun satu masa, akupun mungkin berada kat tempat kau jugak. Kita pun tak tahu kan nasib kita akan datang kan.

 best sebenarnya bila jumpa semula dengan kawan-kawan lama ni. Banyak cerita dan gaya nak cerita. Masing-masing ada life sendiri. He is one of my best buddy time diploma dulu. Kitaorang dah macam adik-beradik. Close dengan family. Even wife/husband group2 kitaorang time study dulu. Sekarang pun aku dapat rasa yang classmate aku sangat close tak macam classmate orang lain. Sebab  short sem ni, aku dapat tengok diorang antara lelaki dan perempuan x close mana. Tapi kitaorang memang close. Tak tahulah kan kalau course civil engr. ni memang close. wah, masuk bakul angkut sendiri nampak. ok stop it lahhh!

semua orang pun ada kisah masing-masing dan masalah masing-masing. Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. kan...note to self: bersyukurlah walau kau sekarang begini (aku sendiri yang faham).


hidup aku mungkin tak se-awsome kamu..kamu..dan kamu...tapi ada aku kisah???



No comments: